Dunia tak jadi kiamat pada tahun 2012, yap it is a good news. Dan malam tadi sempat lak TV2 mainkan filem 2012 yang memperlihatkan cam mana omputeh (plus mereka-mereka yang kaya) percaya walau kiamat berlaku diaorang still leh terselamat ngan teknologi moden diaorang. Btw post kali ni aku nak buat review tentang apa perkara besar yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2012 ni. Hmmm..
1. JOBLESS
Disebabkan aku tak ada kerja untuk setahun ni so tak ada ar episode marah-marah kat boss or sumpah seranah kat rakan sekerja yang main palat kat belakang etc. But walaupun aku tak officially kerja tapi aku still ada gak pendapatan secara tak langsung ngan baki gaji lepas untuk memuaskan nafsu serakah aku untuk membeli dan belah. Hmmm..
2. SOCIAL LIFE
Disebabkan aku tak kerja gak so aku tak ada buat kawan tahun ni. Kalau ada pun setakat kurang 10 orang. Itupun diaorang sekadar aktif di FACEBOOK jer. Kawan-kawan yang sedia ada lak mostly dah kawen tahun ni or dah jadi emak or bapak budak so officially dah tak leh lepak lagi. Meanwhile bakinya aku gaduh ngan diorang sekaligus yang tertinggal cukup sikit. But still aku dan diorang-diaorang leh kuar lepak makan malam-malam. Tapi still tak seaktif dulu.
Tapi ada 2 effect besar among kawan tahun ni iaitu Kasfalela Manja, seorang kawan suddenly masok hospital dan mostly lumpuh satu badan disebabkan oleh satu acute syndrome ni. Ia mengejutkan sebab sebelum ni dia cukup sihat dan happy go lucky tapi suddenly bila lawat dia kat hospital dia totally berbeza. Next lak bila ada sorang kawan yang cukup rapat bila kawen tak jemput aku dan aku hanya tahu melalui gambarnya kat FACEBOOK jer. Ia totally buat aku sedih dan down sangat-sangat ar. Hmmm..
3. BUKU
Once again sebab aku jobless so aku banyak habiskan masa aku either komputer dan buku jer. So aku agak banyak membaca buku tahun ni. Even bulan ni jer aku dah beli around 9 or 10 buah buku. 3 darinya aku berhenti tengah dan tak akan sambung lagi, 4 untuk anak buah aku dan 2 dah habis dan 1 bakal menyusul. Hmmm..
Bagi aku buku terbest untuk tahun ni ialah The Hunger Game oleh Suzanne Collins. Then korang kata: Seriously..? Yap, ia sebenarnya ialah sebuah cerita politik ngan idealogi yang cukup berat tapi disampaikan dalam penulisan yang ringan untuk pembacaan remaja. Plus kalau korang just tengok movienya then memang korang tak akan jumpa unsur politik tu ar. Cuma sekual demi sekual buku ni makin lame dan boring kecuali bab-bab terakhir pada buku terakhir: Mockingjay kembali menyengat ar. Hmmm
4. PSORIASIS
Aku percaya bahawa kehidupan ialah perjalanan mencari diri sendiri. Plus aku juga yakin bahawa aku masih lagi berjalan pada laluan yang dah ditentukan oleh Sang Pencipta untuk aku lalui. Contoh cam aku yakin tempoh setahun mengganggur tu bukan kosong dan sia-sia jer. Ia seperti kalau kita berjalan then ada masa kita perlu berhenti dan menoleh ke belakang dan tengok apa yang telah kita lalui dan lihat jika ada perkara yang belum selelai kita kerjakan or jika ada benda yang tertinggal.
Beberapa bulan terakhir ni aku dibukakan mata oleh tuhan melihat sesuatu yang aku tak tahu nak cakap cam mana. Aku suddenly jadi berani dan yakin untuk menunjukkan kulit aku kepada orang ramai. Sebab selama ni aku menyembunyikan kulit aku dari pandangan orang ramai ngan pakai baju lengan panjang all the time sebab malas nak handle perangai manusia yang pelbagai. Dan sekarang aku gi mana-mana aku just pakai t-shirt lengan pendek. Dan manusia masih lagi kekal prejudice sama cam dulu ngan kata-kata, pandangan dan diskriminasi mereka. Cuma kali ni aku tak ambik peduli.
Sebab aku adalah ciptaanNya yang berbeza dan jika kau menghina kulit aku yang tak sama cam kulit kau then kau sedang menghina Tuhan yang sama mencipta kau. Hmmmm..
Dan kesimpulan aku untuk tahun 2012 ialah: Berhenti mencari kesempurnaan dan kemudian kita akan sedar betapa setiap ketidaksempurnaan kita adalah cukup sempurna.
Walaupun aku bukan jenis manusia yang menyambut 1 Januari sebagai tahun baru tapi aku still yakin yang 2013 akan jadi tahun yang jauh lebih best dan mencabar. Hmmmm
2 comments:
Assalamualaikum...
all d best k taun 2013 ktk...
Sbnrnya Ktk sik knl kmk n kmk pun sik kenal ktk....hhehe
Me accidently tebukak blog tok sbb mok carik lukisan2 org n tiru... hehe..mek suka lukis tp pande lukis karton jak lah..N sejujurnya kmk jeles ngan ktk sbb ada bakat ya...:)
alu belalak bc post ktk.. Before tok kmk sik pnh tauk pun yg penyakit kulit ya...now i noe.. Kmk pun ada mslh kulit tp sikla seterok yg kmk sangka.. Tp mmg plh dikpun down kdg2.. Heee
cara ktk ekspresi apa yg ktk rs is sgt straight to d point n mean juak kdg2.. Tp still ok...Ada jiwa seni yg sgt tinggi..n.kmk rs ktk lucu tp ada ms jak lah... Haha.. Ilek jak komen org sik knl o?keep it up~ (^_^)
yaa leh best dunia blog tok. dari x kenal lalu jadi kawan sebab kongsi minat sama. dah setengah taun 2013 tapi leh juak mok wish kitak sekali selamat taun baru.. terus follower ar walaupun lately jarang update. wakaka
Post a Comment