Saturday, December 22, 2012

Mak Getting Older

Entah apsal tetiba aku teringat masa umor around 6-10 tahun cam tu kalau aku or Uda (my bro) buat hal sikit kat rumah cam bersepah, gaduh etc then emak akan pura-pura pengsan. Then kami akan nervous dan cuba untuk buat emak sedar. Aku cukup takut sampai pernah aku menanggis then janji tak akan sepah rumah ngan mainan or gaduh or janji untuk jadi anak yang baik etc. Kemudian bibir emak bergerak nak tersenyum. Lalu aku jerit kata emak tipu so emak bukak mata dan kami sama-sama ketawa besar.


Waktu tu ingatan aku hanya ada emak dan Uda. Sesekali baru ada bapak dan Angah (my sis). Mungkin sebab bapak aku sorang polis marin so dia selalu outstation dan traveling. Angah lak bersekolah sesi petang jadi waktu kami bersama cukup singkat. Lalu memori aku yang cukup kuat hanya ketika bersama emak dan Uda jer.

Waktu tu emak cukup cool. Emak main basikal dalam rumah. Kami belajar baca jawi sambil berbaring dalam bilik tidur. Kami berjalan kaki ke masjid (yang quite jauh gak) semata-mata nak kutip bunga tanjung yang jatuh kat rumput luar pagar masjid untuk diletakkan dalam botol minyak kelapa agar wangi. Even setiap pagi emak akan hantar dan ambik kami pergi dan balik sekolah sedangkan jarak rumah sewa pertama kami ngan sekolah waktu tu cukup jauh. So setiap kali balik then emak pasti akan beli ice cream asam boi yang cukup sejuk dan menyegarkan. Plus kami pernah makan buah kelapa sawit yang emak kata dia pernah makan waktu kecik tapi rasanya lebih cam minyak dari kelapa. Hmmm.

Dan setiap kali aku kena denda (waktu tu denda paling famous ialah tulis: saya berjanji tidak akan bla bla bla satu buku) so emak ar yang akan menyelesaikan semua tu. Kami selalu melukis sesama (of coz laa bakat melukis aku, Along dan Angah diwarisi dari emak). Mak selalu cuba resepi-resepi baru dan setiap kali raya then mak akan buat kuih dan biskut raya sendiri. Cuma part yang tak cool pada emak waktu tu ialah bila aku mintak mak bercerita sebab then dia akan cerita kisah-kisah nabi yang tak ada fantasy or magis cam cerita-cerita fairy tales yang selalu diceritakan oleh aunt aku.












20 tahun lebih dah berlalu. Sekarang emak dah 64 tahun. Emak dah tak secool dulu lagi. Jalan sikit pun dah letih. Kulit dah berkedut. Rambut dah almost penuh ngan uban. Even sekarang ni emak lebih banyak membebel dan bising-bising bila dua cucunya mulai nakal dan tak dengar kata. Jujor aku kata yang emak tak pernah membebel or bising-bising pada kami adik beradik cam ni waktu kami kecik-kecik dulu. Ia buat aku bimbang. Emak semakin tua.







p/s: andai korang yang membaca post ni punya anak sendiri yang masih kecil then please jangan biarkan parents korang or orang gaji menjaga anak korang. Nanti bila dewasa kelak mereka tak akan ada moment-moment memori membesar bersama ibu bapa mereka seperti apa yang korang pernah ada. Hmmm..

2 comments:

missSenget said...

sampai part makan kelapa sawit je, aku tersengih..

aku penah makan..!!
tp masa kecik dulu la..masa bapak aku rajin lagi nk gi kebun sawit tu..
sedap kot..tp berlemak laa..

mak aku pn dah tua..tp makin tua dia, makin byk plak keje dia kene buat..

Aj Abdullah said...

Ada gak orang yang sama pernah makan bnda pelik tu. Berlemak tahap cam makan minyak pun ada gak. Tapi cukup ar pernah merasa sekali. Nanti leh gak cerita kat anak cucu nanti.

Nak buat cam ne kan? kita pun membesar gak. Dulu kecik-kecik emak masih muda. Sekarang kita dah besar emak pun dah tua. Hmmmm