Minggu ni ialah Perhimpunan Agong UMNO dan korang percaya tak kalu aku cakap yang aku pernah join benda tu before? Aku taklah masok hall tu sambil dengar mana-mana perwakilan berucap. Aku sekadar ngan satu rombongan bas bebudak universiti gi PWTC untuk rehearsal dinner diaorang sehari before dinner yang sebenar. Korang tahu tak yang rehearsal dinner tu totally sama ngan dinner sebenar dimana bukan sahaja persembahan malah makanan yang kami makan pun ialah makanan yang sama yang akan dihidangkan pada VIPs esoknya. Duh, 'kerajaan kita' memang ada banyak cara nak belanjakan duit kita kan? Hmmm..
Waktu aku form 6 dulu kami ada kelab kami sendiri. So once kami dah jadi senior aka upper six so kami adakan satu perjumpaan pertama untuk pemilihan ahli jawatankuasa ngan aktiviti bakal dirancang serta certain issues. Dalam masa sama ada sorang cikgu penasihat ni as pemantau. Walaupun dia kata yang dia hadir just sekadar pemerhati so buat cam dia tak ada tapi setiap student yang kami pilih or setiap benda yang kami cadangkan as untuk yuran or aktiviti then dia pasti akan bangkang dan keluarkan pilihan sendiri (yang mostly all of students tak suka) sehingga nak tak nak kami terpaksa terima gak..
Tapi disebabkan waktu tu aku tak as berani as hari ni (plus form 6 ialah era dark age aku dimana aku cukup moody dan anti sosial) so aku just kata ngan cousin aku "Aku rasa it better kita tukar nama kelab ni dari Kelab Form Six kepada Kelab Cikgu Dot-Dot (nama dirahsiakan)". Aku rasa dia terbawak-bawak sebab dia selalu ungkit kata yang zaman dia form 6 dulu then kelab form 6 nya sangat aktif, berjaya bla bla bla so dia masih lagi tak nak lepaskan era dia tu so dia still nak kuasai kelab kami ni. Akibatnya kelab tu jadi sangat lame and dull.
Sedangkan realitinya budak form 6 ada 7 buah kelas (include lower and upper six) ngan setiap kelas ada sekitar lebih 30 orang sedangkan cikgu tu hanya sorang jer. Sedangkan kami tahu cikgu tu sangat syok sendiri, gila kuasa, suka bodek diri, merapu tak tentu pasal bla bla bla but still kami tak buat apa-apa. Adakah sebab dia ada status 'cikgu' dan kami lak hanya 'pelajar' or sebab dia selalu ungkit kata zaman form 6 dia sangat glory so mungkin ada antara students yang fikir dia akan buat benda yang sama gak pada era kami or sebab dia main psikologi 'culture of fear' agar kami tak memberontak..?
Perhimpunan Agung UMNO ialah hari membodek Najib. Walaupun aku tak tengok but still aku tak leh nak tutup telinga aku untuk dengar TV yang bapak aku bukak tu. Yap, bapak aku maniac tahap iFag peminat Apple dimana bapak aku akan terima semua yang datang dari Kerajaan Barisan Nasional sebagai benda baik dan semua yang datang dari pembangkang ialah salah dan jahat. Dan aku sanggat annoying bila bapak aku sangat desperate sehingga sanggup daftar setiap anak dia secara sembunyik-sembunyik ngan tiru tandatangan kami jadi ahli BN. Tahap as desperate as BN leaders yang sanggup mewarganegarakan orang asing asal janji menang pilihanraya nanti. Hmmm..
Bak to story. Perhimpunan ni semuanya tentang Najib (dan Rosmah) yang banyak berjasa dalam membangunan Malaysia, menjadikan keamanan di Palestine, menjadikan ibu tunggal terpelihara, menjadikan orang miskin ada klinik dan kedai barang murah bla bla bla. Menjadikan aku cukup muak ngan nama dan muka Najib yang kat mana saja aku pergi ia yang akan menghantui aku ngan nombor 1 berbendera Malaysia. Belom masok part yang berambut kembang tu lagi. Aaaaaaargh....!!!!
Tak lupa gak UMNO satu-satunya yang akan menyelamatkan maruah anak cucu cicit kita bla bla bla. Dan pembangkang ialah jahat. Hmmm..
Tadi masa balik dari majlis kawen cousin aku then dengar ar sorang perwakilan ni kata: Pembangkang dah meracun pemikiran rakyat Malaysia untuk membenci kerajaan. Statement ni totally buat aku terfikir: Adakah pemimpin yang mengeluarkan statement ni betul-betul bodoh tak tahu bahawa punca rakyat membenci kerajaan bukan disebabkan oleh pembangkang atau dia fikir rakyat cukup bodoh untuk membenarkan statement ni...?
Sebab sejujornya aku tak membenci kerajaan kerana pembangkang tapi disebabkan tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan selama ni. Sama seperti aku tak suka cikgu penasihat tu tadi bukan sebab orang lain kata dia teruk tapi sebab tindakan dia sendiri yang membuktikan yang dia memang teruk. Hmmmm
No comments:
Post a Comment