Aku tinggi dan mempunyai bahu yang besar so ramai orang kata aku pakai baju saiz L tapi sebenarnya selama ni aku pakai baju saiz S jer pon itupun masih ada ruang yang cukup selesa untuk aku bernafas. Kecuali part perut aku yang cam mengandung tak deliver-deliver lagi tu ar yang buat aku nampak besar. Sejujornya part lain aku kuros (kecuali that 'special' part ar). Dada aku used to be ada gitar lagi wei. Hmmmm..
Tapi as time goes by, selepas setahun aku menganggur (yap but please jangan nak wish lak yea) segalanya mulai berubah. Berat badan aku naik lebih 20 kg dan pinggang aku bertambah 7 inci. So effect utamanya untuk aku ialah baju aku dah jadi cam sarung nangka busuk dan seluar aku leh tahap tak dapat nak dudok. Itu belom masuk part pipi aku yang bertambah gebu dan chomel tahap isteri PM Malaysia. Hmmmm..
So maknanya it time for shopping baju dan seluar baru. Aku memang suka shopping tapi aku ada 2 masalah: citarasa pakaian aku sangat rare dan aku tak ada kerja untuk memuaskan nafsu serakah aku dalam bab shopping ni. Hmmmm.
Citarasa aku dalam pemilihan pakaian ialah ia mesti simple sesimple-simplenya dan baju tu mesti punya ciri muram, kelam dan murung. Aku sangat-sangat tak suka baju yang complicated ngan banyak-banyak corak pada satu pakaian tu. Tapi masalahnya baju ada satu trend di mana makin kurang corak pada baju tu then makin mahal harganya. Korang bandingkan je ar baju polo yang hanya ada design sorang mamat naik kuda ngan baju Upin-Ipin yang cameo sekali ngan Boboiboi kat pasar malam tu harganya berkali-kali ganda berbeza. Kalau secara logiknya makin banyak corak ar makin mahal kan sebab kos cetak dan design pun perlu banyak nak buat lagi itu ini berbanding baju yang design sangat sikit kan? Hmmm..
Then aku pun agak cerewet bab warna. As emak aku kata terhadap pemilihan warna baju Melayu aku untuk raya as citarasa orang tua sebab warnanya seem like tak menggambarkan keceriaan raya itself (but what to do kalu aku memang bukan maniac sangat ngan raya pon). Sama cam pilihan baju-baju lain aku gak. Semuanya suram, kelam dan muram. As orang kata kita pakai something yang will represent diri kita sendiri kan. So semalam bila aku shopping dan aku cuba kat fitting room then aku totally tak dapat nampak orang dalam cermin tu ialah aku sebab baju tu sangat ceria dan ia seolah-olah ia ialah orang lain lak. So lepas kedai demi kedai, cuba demi cuba baju demi baju last-last aku cuma beli satu flannel ni. Itu pun ia ada 20 % ceria sebab aku terpaksa attend cousin aku kawen weekend ni. Tak kan ar aku nak pakai baju berkabung aku masa orang kawen kot. Hmmmm..
Next aku cukup cerewet bab shopping baju ni. Seriously aku no hal nak ikut orang shopping tapi orang tak mampu nak ikut aku shopping. Mostly ada jer yang tak kena pada satu baju tu. Kekadang design dah cantik tapi kainnya aku tak minat, kekadang kainnya okey tapi cutting colarnya aku tak suka bla bla bla. Sehinggalah satu part paling stress bila semuanya dah perfect then harganya diluar budjet aku. Hmmm..
Tapi great thing about me tentang shopping baju ialah aku tak memilih brand-brand tertentu. Aku lebih kepada kalau aku suka aku beli tanpa peduli ia berjenama mahal or just jenama x jer or ia pasar malam or dari butik or ia first hand or bundle etc.
Plus thanks goodness sebab sekarang ni tengah sale Kristmas so jualannya gila-gila gak dan buat aku rambang mata then makin banyak shopping complex baru di buka di Kuching ngan variasi kedai baju mampu milik dan disebabkan kad debit aku yang berbaki dari gaji terakhir buat aku leh beli sehelai lagi baju 50% sales hari ni tadi. Wakaka..
No comments:
Post a Comment