Tuesday, November 27, 2012

Cinderella's Stepsister Review

Aku pasti semua orang pasti pernah tahu kisah Cinderella (alaa cerita Bawang Puteh Bawang Merah versi omputeh tu) tentang anak tunggal sorang orang kaya yang kehilangan emak since dari kecik lalu kedian bapaknya kawen baru ngan janda yang beranak dua tapi tak lama pas tu si bapak meninggal dan Cinderella jadi mangsa buli emak dan kakak tirinya until dia jumpa Prince Charmingnya. Pernah tak korang imagine kalau cerita tu tak fokus pada Cinderella sebaliknya pada si kakak tirinya lak..? Hmmm..


Waktu first time aku tengok iklan drama series Cinderella's Stepsister kuar (rasanya sekitar 2010) then aku yakin cerita ni pasti different and special. Even bila dah tengok then aku jadikan ia sebagai cerita Korea paling best pernah aku layan setakat ni (tak termasuk bahagian ending). Kedian korang tanya "Aj, cerita tu tahun 2010 kan so apsal lak nak buat review sekarang..?" Sebab ia dah start rerun balik kat ASTRO channel 391 jam 3.20 pm dan ulangan 11.30 pm. Hmmmm..

Bagi aku cerita ni best disebabkan oleh kombinasi jalan cerita yang bijak dan lakonan pelakon yang mantap (kecuali oleh watak hero dan pembantu hero) plus rumah diaorang yang sangat magnificently sangat cantek. Hmmm..

Dan kalau korang tengok cerita ni then walau sebagaimana korang benci pada certain watak tapi nak tak nak korang akan kata bahawa semua watak dalam cerita ni ialah mangsa keadaan yang cuba untuk lakukan apa saja untuk kekal survive.Start dari watak emak tiri Cinderella yang kawen ngan ramai lelaki demi lelaki untuk memastikan kehidupan dia dan anaknya terpelihara. Plus korang akan muak ngan Cinderella lak sebab dia such a spoil rich kid. Hmmmm..







Tapi watak paling best mestilah si kakak tiri lakonan Moon Geun Young yang dark and dingin. Disebabkan cara dia membesar pada apa dia lihat-dengar-rasa-experience menjadikan dia tak mudah percaya pada kebaikkan orang ngan mudah. Totally so sure emosi dia akan buat kita tersentuh ar. Bagi aku bab yang paling aku tersentuh sampai mengalir gak air mata jantan aku ialah masa bapak tiri dia meninggal dan dia first time panggil 'appa'. Tapi emosi-emosi dia lain memang leh rasa ar.














Or may be aku suka tengok cerita ni sebab aku rasa watak kakak tiri ni lebih dekat ngan aku kot.



















Cerita ni best cuma part ending yang so happy ending tahap fairy tale kecuali si Charming tak pilih Cinderella ar. Hmmmm..

No comments: