Dua hari lepas aku demam. Aku bukanlah sorang yang selalu demam tapi demam ialah satu aktiviti tahunan yang mesti berlaku at least sekali dalam setahun. So disebabkan aku jarang-jarang demam maka sekali aku demam then aku akan demam teruk-teruk. Dan demam aku lak bukan jenis demam panas tapi demam sejuk. Aku akan menggigil kesejukan, pakai baju 2-3 lapis ngan selimut dan comforter sambil tak leh terima apa-apa angin sikit pun. Hmmmm..
So dua hari gak aku tak bukak komputer or serf internet. Baru ni tadi ar aku baru bukak tenet dan dikejutkan dengan berita ada sorang kenalan satu batch universiti aku dulu meninggal dunia sebab heart attack. Aku tak ar rapat sangat ngan dia and even sepanjang 3 tahun belajar may be kurang 10 patah perkataan jer aku pernah cakap ngan dia (plus aku lebih banyak mengata belakang ngan kekawan lain tentang dia ar). May be sebab kami dari pusat bahasa yang sama tapi dia ambik literature in English manakala aku ambik linguistik.
Jujor aku terkejut bila dapat tahu berita tu. Umor kami sama. 27 tahun. Masih muda lagi tu wei. Plus hidup dia jauh lebih hidup dari aku. Dia pandai, dia aktif, semua orang suka dia, dia dah kawen and dia kerja pensyarah lagi wei. It seem like ia versi berlawanan bagi aku.
Sepanjang aku demam 2 hari lepas, solat aku totally tak terjaga. Just imagine hari pertama aku hanya sempat buat Subuh jer then sepanjang hari aku tidur. Mungkin sebab effect ubat yang aku ambik kot. Semalam dah okey sikit but still aku tertinggal Zohor jer. Cuma it come part kematian buat aku terfikir: cam mana kalau aku dijemput berjumpa Sang Pencipta ketika aku masih belum bersedia atau ketika aku sedang berpaling dariNya?
Al Fatihah untuk Hanafee Abdul Rahman dan mereka-mereka yang terkorban di Gaza.
4 comments:
heart attack umur 27..
agak seram..
moga isteri dia kuat..
Kan? sekarang bebudak kecik pun ada masalah jantung sebab pemakanan so kiranya mati tak pernah kenal usia. Wife dia mesti dah kena kuat gak ar. hmmmm
Get well soon,bro!
=)
Post a Comment