Monday, November 12, 2012

Tips Menjadi Pencuri Terhebat

Aku pandai mencuri tapi aku tak suka mencuri sama seperti aku pandai menipu tapi aku tak suka menipu. Kiranya cam aku kira pandai ar melukis tapi aku tak pernah sedetikpun terfikir untuk menjadikan lukisan tu as punca kerjaya aku. Hmmm..


Rumah aunt aku kena pecah semalam. Waktu tu tak ada orang kat rumah dan tak ada barang berharga yang hilang (sebab memang tak ada benda berharga pun dalam rumah tu) jadi benda yang diambik sekadar  tong gas masak, jus oren, paket besar kopi 3 in 1, sabun dan serbuk cuci, gula jer rasanya ar. Bunyik memang cam lawak tapi part yang tak best bila satu rumah diselongkar. Setiap almari, rak, kabinet semua kena geledah. Dan disebabkan tak jumpa emas or duit so dia pecahkan banyak telur kat lantai dan tuang susu kat baju tu. Hmmm..

Bagi aku pencuri tu tak ada etika pencuri dan dia bukan pencuri yang bijak. Setakat pencuri tak lepas SPM dan buat kerja kampung jer. So hari ni topik aku ialah: Tip menjadi pencuri yang hebat. Hmmm..


1. REKOD BERSIH
Aku bagi satu perbandingan ni. Lelaki A sorang penganggur, selekeh, kaki rempit, pernah kena tahan polis sebab mencuri, merompak etc manakala lelaki B sorang yang mesra ngan semua orang, well manner, educated bla bla bla. So one fine day ni ada kecurian berlaku dalam kejiranan so agak-agaknya siapa ar orang pertama yang dituduh..? So sure bukan lelaki B ar kan..?

Contoh cam kes Scha al-Yahya mencuri baju tempohari. Suami dia ada kedai baju sendiri kat Curve, gaji berlakon, mengacara, jadi duta tu besar wei dan muka secomel tu? So possibility untuk orang percaya dia mencuri totally sifar ar kan? So tip pertama: Rekod bersih dan muka baik.


2. REACT NORMAL
Bagi aku kelemahan yang selalu ditunjukkan oleh pencuri ialah apabila pasca kecurian dah berlaku. Selalu sangat berlaku. Contoh: Satu bilik dorm ni kena pecah, banyak barang hilang, so semua orang simpati sehingga ada sorang mamat aka kawan si mangsa ni ngan penuh emosi marah, sedih, simpati yang teramat-amat. Even dia kata kalau dia jumpa si pencuri nanti dia akan belasah hebat-hebat lagi.

Last-last bila check punya check rerupanya mamat tu yang curik. It happens a lot. Jangan katakan benda tu just happen dalam Detective Conan jer even dalam real life gak wei. Sebab pencuri amature ni dia ada rasa insecure dan rasa orang mungkin akan syak dia kalau dia buat biasa. So tip nombor dua: buat cam kau pada hari-hari biasa, jangan terlalu terkejut bila dengar berita, buat lawak cam nothing happens. Hmmm..


3.POLIS SCENE INVESTIGATION
Sebelum mencuri, kau perlu tahu tahap keselamatan kat tempat korang tu. Kau perlu tanya soalan cam rumah tu ada security system ke or kawasan tu ada group RELA yang aktif meronda ke or polis situ cam SCI ke? Sebab buat apa kau nak ambik risiko yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang kau lom pasti berjaya dapat kan?

Tapi thanks goodness kita berada kat Malaysia di mana polisnya lebih kurang sama cam polis dalam cerita Tamil kecuali part baju yang lebih cantik. Contoh cam kes aunt aku semalam, masa nak buat report polis lebih 3 jam (lebih kepada menunggu sebenarnya sebab ada polis tu datang lewat sambil bawak news paper jer melengang jalan) tapi bila dah datang ke rumah tak sampai 5 minit, sekadar snap beberapa gambar jer then blah. Hmmm..


4. ALIBI
Kekadang pencuri amature ni membuat perancangan terlalu detail. Ada masa tu orang tak tanya apa-apa lagi then dia sendiri dah create alibi dia sendiri ngan kata 'Tadi masa kecurian ni berlaku aku tak ada dalam bilik sebab aku pergi Mc D hujung tu gila ramai orang rerupanya ada birthday party tapi selamat ada seat kosong satu ni tepi tingkap kat tingkat atas kalau kau tak percaya aku terjumpa mamat satu kelas aku masa tadika dulu dia leh jadi saksi..'

Daripada orang tak syak apa-apa then kau lak yang jadi tertuduh utama. So guna pendekatan ni: less is better. Kira cam ujian lisan kat sekolah dulu ar: makin banyak kau cakap then makin besar kesalahan grammer kau yang dikesan. So tip nombor 4: Jawab bila ditanya dan jawab ngan jawapan ngan seringkas mungkin.


5. SAHABAT BERSUBAHAT
Kalau kau ada geng yang setiap sorang ada kelebihan sendiri then ia cam best jer. Kira cam dalam Ocean Eleven gak ar. Tapi realitinya makin kurang bilangannya lebih better ar. As orang puteh kata: Too much chief may spoil the cake. Sebab mungkin dalam ramai-ramai tu tetiba ada sorang ni clumsy or penakut or tak setia or berpaling tadah or mulut lepas cakap or accident that day or insaf that day dan dedahkan plan tu pada semua orang.

So tip kelima: the less the merrier.


6. SENI MENCURI
Setiap kerja yang kita buat pasti dan mesti ada nilai seni yang tersendiri termasuklah mencuri. Pencuri yang hebat bagi aku tak akan menjadikan kecurian yang dilakukan tu terlalu bersih sehingga tak ada sorang pun tahu benda tu hilang or kecurian pernah berlaku kat situ. Feelnya cam kau seorang pelukis tapi tak ada sorang pun tahu yang kau pelukis sebab tak ada sesiapa pernah nampak kau melukis or mana-mana hasil lukisan kau.

So selalunya pencuri yang hebat akan bagitahu pada seseorang yang tahu menilai seni mencurinya yang akan kata WOW or Fuyooo setiap kali dengar kejayaan pencuri tu. Hmmm..



































Akhir kata, aku tak kata aku suroh kau mencuri cam selamat mencuri etc tapi sebaliknya aku nak kata kalau kau tak nak benda yang kau susah payah berusaha kumpul duit beberapa tahun nak beli then senang-senang jer dicuri just like that jer then jangan curi barang orang lain. Plus kalau kau curi guna tip aku ni then dosa tu terpalit sekali dalam buku merit dimerit aku nanti. Hmmmm

4 comments:

Unknown said...

oke noted nganagnag

Aj Abdullah said...

nganagnag...? apa tu ...? kod ke...?

Anonymous said...

Banyak sangat tengok movie nih! :P

Aj Abdullah said...

Eh ye ker? Tapi rasanya movie pun dibuat based on reality gak kan? hmmmmm