Kematian kenalan tadi bagi sedikit effect dalam diri aku. Memanglah aku tak sedih mana pun sebab kami tak rapat langsung. As aku kata dalam previous post yang dalam 3 tahun kat universiti, kami bercakap at least 10 patah perkataan jer pun. But still ia buat aku terkejut sebab dia pergi dalam usia semuda tu dengan meninggalkan banyak perkara yang belum selesai such as hutang PTPTN (yang aku yajub dia belum habis bayar penuh), hutang kereta (yang aku yakin dia dah ambik sebijik), hutang rumah (yang ni aku tak pasti), isteri (tak pasti lak dia ada anak) dan banyak lagi. But what to do, ia semua harta dunia. Hmmm..
So post kali ni aku nak share beberapa pilihan mati yang epic tragis dan epic epicness.
A. MATI EPIK TRAGIS
1. Mati Berdarah Atas Jalan Raya
Just imagine ada lori break tetiba atas lebuhraya dan kat belakang lak kebetulan ada sebijik lori lagi. Menjadikan keadaan lebih tak best bila kau just bawak kancil. Ia sangat tragis sebab orang dah tak leh kenal mana kau dan mana kereta. Hmmm.. Tragis.
2. Mati Lemas
Kau pakai baju paling daring versi girl kumpulan K-POP then terpijak kulit pisang lalu tergelincir ke dalam longkang yang airnya deras dan penuh sampah sarap. It takes few day untuk pasukan menyelamat jumpa badan kau yang dah kembong ngan warna biru hitam ngan plastik bekas keropok tersekat antara baju ngan dada dan tak lupa sebelah tangan hilang ngan kesan gigitan biawak. Hmmmm.. Tragis.
3. Mati Tengah Klimaks
Kau ada bini cantik, alim, baik ngan anak berpaku kat belakang then seperti biasa kau bagitau diaorang kau ada meeting tapi sebenarnya kau tengah layan secretary kau kat hotel murah tapi ketika kau dah nak mencapai klimaks then tetiba dada kau sakit sebab kesan terlebih telan viagra dan kebetulan pihak majlis agama, majlis perbandaran ngan krew 999 tengah buat rakaman then esok hari keluar kat TV3: Suami mati ketika menuju klimaks dengan skandal pejabat. Hmmm.. Tragis.
4. Mati Bunuh Diri
Sebab bunuh diri: Gagal SPM, gaduh ngan balak, awek lari ngan mamat Indon, parents tak restui hubungan cinta ngan balak yang sama umur 17 tahun, bapak koyak poster band K-Pop dalam bilik etc. Hmmm.. Tragis dan bodoh kot.
5.Mati Sebab Kebodohan Sendiri
Kau ngan kekawan tengah jalan tetiba tengok sekor ular ni then terus nak ambik. Kawan kata jangan tapi sebab kau punya ego dan nak nampak hebat then siap kuar lawak kata: Apsal lam TV boleh lak? tapi belum sempat kau nak peluk then terus kena sengat then mati ditempat kejadian. Or kau bet ngan kawan sapa leh makan Big Mac Mc D paling cepat so kau ngan slumber jer terus masuk sebijik-sebijik burger tu dalam mulut dan sesah nafas few minutes dan teus kojol. Hmmmm.. Bodoh dan Tragis.
B. MATI EPIC EPICNESS
1. Mati Ketika Tengah Beribadah
Kau tengah solat jemaah dan bila Imam bagi salam then kau perasan yang pak cik sebelah kau masih lagi setia sujud. Dalam hati kau buat lawak kata: Mesti masa muda dulu pak cik ni giler banyak buat dosa so terpaksa ar mintak maaf banyak-banyak. So kau blah. The next day heboh satu kampung berita ada sorang pak cik ni meninggal masa tengah sujud. Then cam ada tamparan kat pipi kau buat kau mengeremang satu badan. Sampai bila-bila ar muka pak cik tu akan menghantui kau. Hmmm.. Epik tu wei
2. Mati Ketika Tengah Menyelamatkan Orang Tengah Kesusahan
Kau ada kawan gemuk yang jobless dan tak ada awek. Kau hari-hari make fun of him then satu hari masa tengah lepak kedai mamak then ada sorang akak sarat mengandung mintak tolong sebab kena ragut. Ketika orang sekitar buat derk then kawan kau tu terus bangkit dari seat dan kejar si peragut tu. Yap, dia dapat beg akak tu but unfortunately peragut tu bawak pisau dan meragut pula nyawa kawan kau tu. So reaksi kau: tergamam? Menanggis? or menyesal sebab hina kawan kau dan sampai mati kau tak akan lupa kawan kau tu ar. Hmmm.. Epic tu wei..
3. Mati Ketika Memperjuangkan Keadilan
Ketika kau ngan awek kau tengah lepak STARBUCKS sambil layan smartphone memasing ngan aktiviti mengelike dan share post tentang kejahatan Rejim Zionist but still kau leh ketawa besar layan online blog yang lawak. Then awek kau tetiba kata "Saya nak join sukarelawan ke Gaza ar" menjadikan gelak ketawa kau makin besar sambil kau kata "Tengok budak sekolah rendah kena buli pun awak tak berani nak tegur inikan nak ke Palestine..?" but bila esok kau pergi rumah dia then parents dia kata memang betul dia gi Gaza sana. Less than a week keluar berita kat TV tentang kapal sukarelawan kena ambush oleh tentera Zionist dan terang-terang muka awek kau tengah diacukan senjata. Awek ku sikitpun tak menanggis sebaliknya dia bertakbir dan kata kuat-kuat: selamatkan Gaza then BUM kena tembak. Girl yang kau perlekehkan tu dah jadi wirawati dunia. Hmmmm.. That is epic wei
4. Mati Ketika Tidur
Kau bangun jam 11 pagi then gi dapur tengok tak ada sarapan atas meja then kau bising-bising, hentak meja etc sambil membebel kata emak kau tu pemalas, tak ada kerja lain selain tidur etc. So kau ketuk pintu bilik mak kau cam nak pecah rumah then masuk dan tengok mak kau tidur sambil tersenyum. Still kau leh membebel kata: mimpi apa entah orang tu ni sampai leh tersemyum cam tu sekali. Then kau cuba bangunkan dia but still dia masih tak ada reaksi. Then kau perasan yang tak ada nafas yang keluar masuk dari hidung dia. Sorry, bro kau dah terlambat. Hmmm.. It is epic
5. Mati Ketika Berusia 27 Tahun
Tak nak cakap panjang-panjang tapi sekadar nak kata yang mati pada usia 27 tahun totally AWESOME..!! Dont worry ada sekitar kurang 2 bulan lagi apa untuk aku menamatkan saki baki forever 27 nih.. Huhuhu..
Still aku doakan al Fatihah untuk Hanafee Abdul Rahman dan mereka-mereka yang terkorban di Gaza ketika ni. Al Faithah
2 comments:
al-fatehah :-)
Kalau berpisah ngan kawan then bila ada yang menanggis then kita mesti akan kata "Laa, dia balik kampung je pun. Bukannya dia mati. Lepas ni cam ar x leh jumpa lagi kan..?"
So sepatutnya bila ada kawan mati dan ada gak yang menanggis then kita patut cakap "Laa, dia mati je pun. Bukannya masuk neraka terus. Lepas ni cam ar x kan jumpa kat alam barzakh lagi kan..?"
Hmmmmm
Post a Comment