Wednesday, November 14, 2012

Istanbul Aku Datang Review

Kalau korang biasa tengok cerita romantik tipikal barat tentang sorang girl yang ada boyfriend or admire sorang balak ni untuk satu masa yang panjang dan dalam masa sama muncul sorang lelaki yang asyik carik gaduh jer ngan dia tapi last-last dia sedar yang boyfriend or balak admire tu bukan untuk dia sebaliknya dia tetiba jatuh cinta ngan lelaki yang selalu gaduh tu lak. Ops, aku dah terbagitahu keseluruhan cerita Istanbul Aku Datang tu dalam kurang 50 patah perkataan jer. Hmmmm...


Sesungguhnya cerita cam tu sangat klise dalam cerita romantis barat tapi bila ia diolah semula oleh adunan Bernard Clauly then ia tahap boleh layan gak walaupun kita dah leh agak apa yang akan berlaku seterusnya. Tapi as filem Melayu pertama aku layan tahun ni di pawagam then ia tak mengecewakan. Cuma mungkin sebab aku tengok masa musim cuti sekolah then pawagam rasa cam tengok tv kat rumah bersama mak cik-mak cik tua jer sebab bebudak yang cuti ngan kekawan tu sangat bising dan annoying. Hmmm..

Ada few part yang aku tak suka pada cerita ni cam pemilihan pelakon. Tomok fail as idol group, as penyanyi solo dan sekarang sedang mem-fail-kan diri pula as pelakon lak. Part dia marah cam nak ketawa, part dia  buat manja cam rasa sangat nak muntah, dia cakap biasa-biasa cam cara nyanyian dia guna hidung jer. Lisa Surihani pun gagal gak dalam filem ni. Memang ar sepanjang filem ni kita akan lihat dia as sorang girl yang comel ngan sense of fashion yang comel-comel tapi tak berjaya ar. Mungkin sebab Lisa Surihani tak mampu nak bawak watak selain clumsy girl yang biasa dia bawak. Dan watak Dian lak totally akan buat kita rasa hanya Fazura jer yang boleh bawak. Cuma Fazura dah a bit tua untuk watak semuda ni kot. Beto Kushyari okey kot.

Then moment untuk Lisa dan Beto develop perasaan tu rasanya sangat cam tak ada. Just imagine Lisa dan Syah Inderawan (nama gila sastera tinggi) aka Tomok break up, Beto ajak pusing-pusing Istanbul last time (dan Lisa yang baru break ngan balak yang dah bertahun-tahun bersama leh pakai make-up tebal ngan baju ceria teramat lak) dan that it. Itu jer moment yang menjadikan Lisa dan Beto ada perasaan? Aaaaar, cam tak kena lak kan?

Scene lawak yang tak leh diterima akal lak cam masa Beto nak cuci rambut Lisa yang terkena ais cream tu totally buat korang rasa cam: Aaaaaa? Apa yang sedang berlaku ni...? Or masa diaorang nak menyindir kata tak leh peluk kat Istanbul sebab ia negara Islam rasanya cam tak berjaya. Motifnya kuat tapi Tomok cam kurang bagi penegasan pada kata-kata dia.












Tapi Istanbul yang diperlihatkan oleh Haris Hue Abdullah memang sangat memikat dan menarik kalbu tahap nak buat korang lupa seketika drama Korea and sebaliknya korang cam nak bercuti kat Istanbul lak. Daripada korang layan cerita hantu, gangster, rempit then better kau layan cerita ni. Walaupun klise tapi percayalah yang kecantikan istanbul dan kecomelan Lisa Surihani (yang banyak scene akan buat korang fokus pada badan dia jer) mampu buat korang duduk setia kat seat tu. Plus pastikan cinema tu tak ada bebudak suburban yang sedang cuti sekolah..

2 comments:

zila manaf said...

hahah

crescent said...

setuju on part tomok and lisa...i think fazura je kot boleh bawak watak dian tue...and tomok kaku...begitu jugak aizat yang wataknya tak membantu pape...tapi overall cerita dia funny...haha...