(this post might sound racist tapi percayalah yang aku seorang yang anti racist dan India dalam post ni merujuk kepada masyarakat India Malaysia that include yang beragama Islam, Hindu atau masyarakat Sikh)
Waktu aku mula-mula sampai kat UKM dulu then as usual bebudak Semenanjung yang tipikal akan kata Sarawakians akan sangat cultural shock tengok bangunan-bangunan di Semenanjung tinggi-tinggi as mereka fikir orang Sarawak still duduk kat rumah panjang (or atas pokok), cawat ialah pakaian rasmi dan kiri kanan still hutan tebal. What the F rite tapi aku memang ada 1 cultural shock masa tu: terlalu banyak orang India. Wakaka..
Sarawak mempunyai populasi masyarakat India yang cukup kecil. But still kat Kuching jer ada India Street, Masjid India, beberapa kuil Hindu dan sebuah kuil Sikh. Even aku pernah sekali masa Thaipussam tertembong ar marching mereka yang sangat banyak buat aku persoalkan: mana mereka bersembunyi selama ni? Sebab kalau korang gi Sarawak then kebarangkalian untuk korang jumpa an Indian sangat kecil tau (melainkan korang gi India Street) sama cam kebarangkalian untuk korang jumpa burung kenyalang liar kat Sarawak. Yaa, aku hanya pernah tengok kenyalang liar kat Bangi dan Kuantan jer pun. Hmmm..
Malah masyarakat India di Sarawak pun rasanya dah berasimilasi dengan budaya Sarawak. Contoh masa aku jadi penceramah PLKN last year ada sorang mamat India dari Sarawak ni. Jangan katakan budaya even bahasa tamil pun dia tak tahu. Dia hanya cakap dialek Melayu Sarawak jer. Hmmm...
So bila aku belajar kat Bandar Baru Bangi (yang lebih dekat ngan Kajang berbanding Bangi) then populasi masyarakat India dalam life aku bertambah mendadak. Lebih-lebih lagi Kajang seems like little India ar. Aku kenal beberapa rakan India dan budaya mereka. Yap, tarian ialah a part of their life dan mereka masih kuat mengamalkan budaya tradisonal mereka kecuali budak English Language Study dan Literature In English yang lebih modern and open.
...
Tahun lepas ialah tempoh aku agak kureng ngan masyarakat India (tak ar semua) bila ada 2 orang senior India tempat kerja aku ni sangat maniacly tak suka aku tanpa aku tahu sebab kenapa. Even bebudak-bebudak lain pun kata benda yang sama. Dia marah and malukan aku depan pekerja & customer, dia mengapi-apikan aku depan bos etc. Dan next to mall aku kerja tu lak ada kedai mamak yang aku kekadang akan makan kat situ. As bebudak kata yang may be senior tu dah berkomplot ngan mapley tu kot sebab bila aku datang situ: mereka x layan aku bila aku nak order, order aku sangat lambat sampai, bila dah sampai then makanan yang salah.
Sehingga sorang budak situ kata: may be kelahiran aku sebelum ni aku ialah musuh kepada masyarakat India or senior tu pernah ada classmate masa sekolah dulu yang buat dia teringat kat aku. Dia sangat benci mamat tu sebab dia disukai cikgu dan semua pelajar, selalu kena puji etc sehingga walau betapa bijak or betul si senior tu still mamat yang cam muka aku tu akan dipilih oleh cikgu. Gosh, jauhnya imaginasi kan?
Tapi sejujornya aku x menyerang seluruh masyarakat India hanya sebab tindakan dia. Aku hanya serang dia as an individu. Sebab aku tahu baik or jahat tu ada dalam diri setiap individu yang kira apa kepercayaan or warna kulit mereka. Aku hanya bersimpati sebab dia punya pengalaman hitam as kanak-kanak yang akhirnya membentuk dirinya yang cukup menyedihkan as hari ni. Hmmm..
Selamat hari Devali.
No comments:
Post a Comment