Tuesday, November 6, 2012

Anjing Yang Tersesat

Korang pernah tak gi mana-mana then tertengok sekor anjing ni berjalan  sangat lemah, kurus ngan bulu yang kotor dan tak teratur. Entah apsal hati kau rasa sangat hiba sebab kau tau yang anjing tu bukan sembarangan anjing. Ia dari baka high breed dan worst: ia ada collar tag sekaligus membuktikan yang ia  ialah anjing yang sesat.


Entah apsal setiap aku aku tertengok anjing yang sesat ni pasti akan buat aku rasa sangt sedih dan hiba. Mungkin sebab anjing ialah haiwan yang setia tapi bodoh. Berbanding ngan kucing yang bijak, licik dan tak setia. Sebab korang leh tengok sendiri ar kalau kucing even depan tuan sendiri dia leh flirt ngan manusia lain. Sebab apa yang dia mahu cuma orang yang leh bagi belaian dan makanan. That it. Tapi anjing berbeza. Ia tak boleh bertukar milik. Even kalau korang pernah terbaca paper kata ada sekor anjing ni sampai jadi kurus kering duduk sebelah tuan dia yang dah mereput mati tanpa ada sesapa tahu. Hmmm..

So bila ada sekor anjing yang setia ni sesat then aku pasti ia akan jadi sangat-sangat takut  ngan persekitaran yang dia tak kenal dan akan sedaya upaya untuk pulang. But unfortunately sesat bukan cam korang gi rumah jiran depan dan kau gelabah tak tahu jalan pulang. Tu bukan sesat tapi mengada-ngada namanya. Back to the story balik, then no matter ada orang bersimpati nak jaganya still dia nak jumpa tuannya balik gak. Kalau dalam filem yap ia akan jadi moment happy ending di mana dia akan jumpa balik tuannya and live happily ever after tapi in real life keadaannya totally bertentangan. 

Disebabkan ia anjing orang kaya then mostly ada tuan yang tak pedulik pun. Ada yang ngan mudah ganti ngan anjing baru. Or even ada yang memang disengajakan meninggalkan anjing tu kat satu tempat yang dia tak akan jumpa jalan pulang.





































Feelnya cam korang bawak anak korang yang umur 5 tahun tu gi pasar malam ngan janji korang nak belanja dia ice cream. Dan bila dah beli kau suruh dia tunggu satu tempat ni sebab kau nak gi toilet jap. Dia tak peduli pun sebab dia dah ada ice cream tapi sehingga semua kedai tutup dan malam makin dingin. Dia berseorangan sebab sebab kau rasa dia membebankan.












Itu rasanya jadi companion animal yang bagi sesetengah manusia yang menganggap mereka sekadar haiwan jer. Sedangkan mereka adalah kawan yang ada ketika kau suka or hiba dan menerima kau seadanya tanpa sebarang syarat. Tetiba emo lak. Hmmmm

4 comments:

Shila said...

aku baru tahu pasal setianya anjing..


tp tgk anak anjing kecik yg comel pn aku jerit..

Shila said...
This comment has been removed by the author.
Asyraf_Crescent said...

yup anjing mmg perangai dia camtu...setia...tapi jgn emo emo eh...haha...

Aj Abdullah said...

miss senget, setia tapi no matter betapa comel pun dia tetap nak jerit gak eh? wakaka..

crescent: aku tak kira gak. Aku nak emo walaupun pada anjing yang comel dan setia sekalipun. wakaka