Saturday, November 24, 2012

Kawan Kawen

Which one lebih suck antara:
a) Kawan kawen jemput kau tapi kau tak datang
b) Kawan kawen tapi tak jemput kau 


Aku tak suka pergi majlis kawen. Walaupun orang selalu kata aku selalu senyum tapi bagi aku majlis kawen punya mood kegembiraan yang melewah-lewah dan ia totally bertentangan ngan diri aku yang suram dan muram. Itu belum lagi masuk part mak cik-mak cik yang pakai baju ngan barang kemas yang terlampau-lampau. Dan tak lupa gak mesti ada sedara mara yang akan tanya "Aj, ko bila lagi..?Lamanya nak hidup membujang. Kawen ni best. Ada orang akan jaga bla bla bla" Hmmm..

As orang kata hanya 2 event yang akan menghimpunkan keluarga: perkahwinan dan kematian (aku lebih refer kematian) so bila it come part keluarga rapat so nak tak nak terpaksa gi gak. Cuma part yang paling tak best bila aku terpaksa gi majlis kawen keluarga jauh or kekawan bapak. Aku totally alien masa tu. Hmmmm...







Okey kembali kepada topik. Sekarang ni cuti akhir tahun sekolah. Almost 2 bulan ni aktiviti utama yang berlaku untuk golongan solo (or mereka yang nak tambah 2-3-4) ialah kawen. Rasanya untuk 2 minggu ni jer dah almost 10 orang gak kawan & kenalan aku kawen. Last week dan hari ni tadi ada 2 kawan yang jemput tapi 2-2 aku tak dapat datang sebab jauh dan aku tak ada transport. 

Jujor aku cakap kalau tak ada apa-apa masalah, aku memang akan datang. Even kalau ada event-event lain pun at least aku akan singgah sekejap. Tapi bila aku baru bukak FACEBOOK tadi tetiba tengok gambar majlis akad nikah sorang kawan ni. Esok mesti majlis sanding (aku curik-curik baca balasan post tu) tapi masalahnya aku tak dijemput pun.

Sedangkan kami kenal agak lama gak. Si perempuan dah 8 tahun mean while lelaki lak sekitar 4 tahun. Kami pernah lepak malam, dinner, buat xtiviti sesama, jalan raya sesama, gelak ketawa, share itu ini tapi suddenly bila kawen: aku totally tak dijemput.

Issuenya di sini adakah aku sorang yang sensitif tak bertempat...? Or mungkin dia just buat majlis kecik-kecik untuk family member saja tapi at least bagitau ar sebab aku faham. Sebab ada kawan sebelum ni yang pernah buat cam tu. Tapi masalahnya aku selalu jumpa diaorang dan tanya bila kawen or gurau-gurau kata kalau kawen jemput even kali terakhir tu baru bulan lepas still salah sorang kata tak rancang lagi. 

Aku tak ar marah. Terkilan jer. Cam sebelum tu ada sorang kawan buat majlis dan aku dapat tahu beberapa hari sebelum jer. Itupun secara tak sengaja bila kekawan lain yang dijemput tanya aku pergi ke tak so leh kumpul sekali then aku baru tahu dan baru ar kawan tu jemput aku. Waktu tu feelnya bercampur baur antara terkilan dan malu sebab dijemput secara terpaksa. Dia might be lupa (or sengaja) nak menjemput. So aku datang gak majlis tu atas dasar kawan.
















So selamat pengantin baru buat sesapa yang nak kawen. Hmmmm

No comments: