Kalau korang jenis manusia yang kureng sikit ngan kewujudan budak-budak either ia dari rumah korang sendiri or persekitaran perumahan korang then apa yang aku leh ucapkan kepada korang untuk sekitar 2 bulan ni ialah: WELCOME TO HELL sebab ni ialah yang hari terakhir sekolah. Hmmmm..
Tadi aku ambik anak buah aku yang umor 10 tahun tu. Hari ni sepatutnya balik jam 11 tapi disebabkan satu perhimpunan terakhir sekolah untuk sesi ni so ia ditunda 40 minit. Guru besar lak bagi ceramah memang tak berpijak di bumi yang nyata sungguh. Dia macam bagi ceramah untuk mahasiswa universiti lak. Masa cuti baca buku supaya leh cabar cikgu masa dalam kelas kelak. Duh, sedangkan bebudak umur kurang 12 tahun tu mana pedulik benda tu lagipun esok dah cuti dan kepala hotak mereka hanya ada plan masa cuti jer. Hmmm..
Ingat day day masa sekolah dulu, bukannya ada buat apa-apa yang besar berlaku pun. Mostly hanya bersihkan kelas dan perhimpunan terakhir. Tak ada moment yang epic sangat pun sebab semua orang tahu yang tahun depan nanti mesti akan jumpa semula lagi. Even form 5 pun effect hari terakhir tak bawak kesan sebab 1st) masih ada SPM yang perlu dirisaukan dan 2nd) aku sekolah kat kampung so nak tak nak muka tu jugak yang aku akan jumpa hari-hari kelak. Dan tak lupa sebab aku sambung form 6 so feelnya cam "Duh, aku ingat aku tak akan pakai uniform dan jejak kaki kat sekolah lagi tapi WTF...!!" hmmm
Dan as aku kata kat mukadimah tadi, untuk 2 bulan ni akan lebih banyak bunyi bising, gelak kata, tangisan, bunyi benda pecah, gaduh yang akan menguasai atmosfera.Mode menghentak kepala ke dinding. Hmmmm
No comments:
Post a Comment