Saturday, November 24, 2012

Anak Kucing Yang Sesat

Aku rasa aku ada abiliti yang a bit cam vision or gerak hati or intuisi di mana kalau hati aku tergerak sesuatu then it will happen. Ia dah ada agak lama sebenarnya cuma dah lama gak ia tak aktif sangat sehingga recently ia berlaku in this week beberapa kali. Yaa, korang pasti akan kata aku terlalu banyak tengok cerita X-Men, Heroes etc tapi aku peduli apa sebab ni blog aku so aku punya suka ar.


Terbaru beberapa hari ni hati aku asyik timbul bayangan anak kucing siam jer. Memang ar dah lama aku nak sangat adopt kucing as companion animal tapi terma anak kucing siam ni asyik muncul je ke mana-mana aku pergi. Tapi aku bukan jenis manusia yang hanya akan pilih kucing baka import or nak beli anak kucing yang comel jer etc sebaliknya kalau kucng yang kudis satu badan pun aku terima. Aku tak kisah. So aku nekad kalau betul-betul gerak hati aku kali ni berlaku lagi then aku akan jaga anak kucing siam ni.

Malam tadi before aku keluar berlibur then kebetulan tetiba ada sekor anak kucing sesat masuk pagar rumah. Dan ia adalah kucing siam. Kucing siam adalah haiwan sangat rare untuk kawasan kampung cam kampung aku ni. Ianya cam sorang minah salleh rambut blond sesat kat kampung Melayu asli (bukan Kambung Baru-KL sebab kat situ girl Melayu pun rambut Blond) Standardnya kucing-kucing kampung biasa je ar. Kalau ada baka import pon tu pon dah terkurung dalam sangkar sebab takut orang curi. Tapi nak tak nak aku memang plan untuk keluar gak malam tadi so aku blah.

Balik around mid night tengok ia masih lagi kat depan rumah sempat lari-lari lagi ke arah aku. Duh, aku sangat tersentuh ar. So it takes setengah jam gak ar aku main-main ngan anak kucing tu. Plan nak bawak masuk tapi sebab emak aku presiden kelab anti kucing (termasuk mana-mana makhluk hidup selain manusia) so jangan harap ar. Sebab rasanya dah almost 2 tahun gak Kuning pass away. Dan sepanjang tempoh tu aku tak terfikir nak cari pengganti secara serius sebab Kuning special. He is a part of the family sebab tak ada kucing lain yang ajar ia jadi kucing.

Anak kucing siam tu lak umurnya sekitar 8-9 tahun umur manusia (duh aku tak tahu sistem umur bagi kucing)  so aku yakin ia berbeza gak.





Dan pagi tadi aku bangun tengok anak kucing tu dah ada kat dapur ngan parents aku yang sedang bersarapan. Duh aku sangat happy. Even emak just sekadar membebel jer. Bukan reaksi kalau kucing-kucing lain masuk rumah sebab emak awal-awal akan halau guna penyapu. So aku bertambah happy.











So aku pergi kebun. Sepanjang perjalanan pergi, semasa di kebun dan dalam perjalanan balik otak aku terfikir apa nama yang aku nak bagi pada anak kucing tu. Bagi aku nama tu sangat penting sebab ia akan represent dirinya. Even ada kucing yang kalau tak suka boleh reject nama dibagi. It either nama yang tipikal cam puteh, comot, pendek or nama yang perasan mat salleh cam bobby, jenny, baby or nama so kampung cam atan, amat, mariam (nama kucing aunt aku) or satu nama yang complicated dan tersendiri seperti Jeremiah Shalom. Yap, itu pilihan aku. Nama yang sangat rare and exotic sama cam dirinya. Mix Nasran and Yahud.









Tapi bila aku sampai rumah then ada satu yang pelik. Rumah terlampau sunyi. Tak ada bunyi miaw or tak ada lagi makhluk berbulu empat kaki tu berlari ke arah aku. Aku cari keliling rumah still tak ada. So aku yakin ia dah sesat lagi. Cant imagine sesat pada usia tu berseorangan di luar sana. Mesti menakutkan. Hmmmm

No comments: