(..sambongan)
Day 02 bermula cerah. Plan kami either nak balik semula ke
Zoo yang semalam sangat spoil dan mengecewakan untuk 2 dewasa yang both dah
lama x gi zoo or teruskan hari kedua ngan aktiviti baru. Last-last kami setuju
bahawa zoo semalam bukan rezeki kami dan kami teruskan ngan plan baru: Taman
Tasik Taiping. Taman Tasik ni cukup besar dan tarikan utamanya ialah barisan
pokok tua yang dahannya menyentuh other side of road. Akibatnya gila banyak
pengantin yang buat photoshot masa tu. Plus tak lupa kami mengelilingi tasik
guna itik paddle ngan teruja tahap kanak-kanak ribena.
1. Didi berlatarbelakangkan pokok besar yang dahannya panjang mencecah bumi. 2. Aksi teruja tapi kaki lengguh gak mengayuh. 3. Angsa yang bawak kami. 4. The scenery
Check out hotel kami gi 2 tempat yang agak menyesatkan gak
ar. First: Kuala Sepetang untuk menjamu selera ngan makanan famous tempat ni
iaitu Mee Udang. Boleh dikatakan setiap beberapa meter then ada jer kedai mee
udang yang penuh ngan pengunjung. Kedai yang direkomenkan oleh kawan Didi tak
jumpa so kami pilih satu kedai ni: Mee Udang Mak Jah yang udangnya lebih banyak
dari mee ngan udang yang saiz besar, segar dan harga yang berpatutan
Taman Tasik Taiping
Then kami gi Bukit Merah Lake Town yang buat kami sesat beberapa
kali. Even sekali tu kami entah gi satu
tempat yang totally cam Area 51 ngan pagar kawat duri dan empangan yang silap
haribulan kami leh kena culik sebab secara tak sengaja dapat tahu rahsia
kerajaan. Bukit Merah Lake Town boleh katakan as quite okey gak ar untuk riadah
tapi masalahnya waktu kami tiba situ once again hujan agak lebat. So sekali lagi plan kami nak ke
pulau rehab orang utan terpaksa dibatalkan. Menjadikan apa yang
kami boleh buat ialah main game indoor dan beli souvenir. Next gi Ipoh cari hotel
untuk tidor.
1. Minah keling bergambar kat sign kelab Cina 2. Bergambar bersama kat Taman Tasik Taiping 3. Didi perasan model 4. Kedai ni wujud pada 1892. Hmmm..
Kami tiba di Ipoh, hari dah pun malam. Kami gi satu Shell
station untuk tanya hotel mana yang available. Memang Ipoh ada banyak hotel
tapi disebabkan kesuntukan masa, jalan lak yang tak familiar untuk stranger cam
kami plus semua hotel yang kami jumpa budjetnya leih RM200 sedangkan kami
sekadar nak bermalam jer. Last-last kami check in kat Hotel Seri Malaysia. Ia
cukup selesa tapi malangnya tak ada tub mandi sebab perjalanan kami yang
panjang yang penuh ngan edisi sesat dan berhenti tanya kat mana-mana tempat
pasti lebih best kalu leh berendam kat tub mandi untuk sejam dua.
1. Didi konon-konon jadi model kedai Mee Udang Mak Jah. 2. Mee Udang yang lebih banyak udang dari mee 3. Muka pura-pura menghargai mee tu. Mee tu rasanya biasa jer kot cuma udangnya je yang best
Ipoh adalah versi berlawanan ngan Taiping. Walaupun banyak
bangunan zaman colonial menghiasi bandar but still manusianya sibuk dan
mengejar masa. Kami punya mission nak gi kopitiam dan merasa dish famous kat
Ipoh iaitu nasi ayam Hainan dan rasa kopinya yang dikatakan istimewa. Namun
disebabkan trafik route yang tak familiar ngan kereta yang banyak dan sesak so
last-last kami park kereta dan jalan kaki cari. Jumpa satu kedai ni yang
renovate dari bangunan lama but still mengekalkan identity kopitiam versi
moden. Cuma rasanya biasa-biasa jer kot. Kami sekejap jer di Ipoh dan kemudian
perlu balik ke KL semula.
1. Akibat hujan lebat so minah rempit ni khusyuk test power. 2 Hotel Seri Malaysia kira wokey ar dari hotel first yang quite creepy 3. Bukit Merah Lake Resort ada banyak aktiviti best tapi hari hujan so semua batal 4. Niat nak beli buahan tempatan untuk makan dalam hotel tapi ngantok punya pasal then fail
Kesimpulannya aku pasti akan balik semula ke Perak sebab
banyak lagi destinasi yang belum sempat dilawat. Plus mode berada di Taiping
totally cam berada dalam filem arwah Yasmin Ahmad. Plus edisi perlancongan ke
Perak menjadikan aku dah melengkapkan perjalanan aku keseluruh negeri di
Malaysia. Huhuhu
p/s: Kalau perasan x ada gambar kat Ipoh sebab rasanya waktu tu kami dua tengah moody kot. Wakaka
No comments:
Post a Comment