Minggu lepas aku totally tired, depress dan anxiety. Tak pasti sama ada ia effect ubat or latest situation aku buat aku emotionally unstable. Those three combination totally sangat SUCK ar. Imagine aku boleh nanggis setiap hari tanpa ada sebab yang rational. Aku expect 2015 aku akan masuk wad mental pulak. Btw lepas Jumaat aku terus gi tengok installment terakhir The Hobbit iaitu The Battle of Five Armies sekaligus penamat untuk dunia Middle Eart karya J.R.R. Tolkien untuk tatapan mata manusia marhain. So ini ialah review dari pandangan aku.
Secara keseluruhan tak ada apa-apa yang 'gah' tentang filem ketiga ni. Mungkin expectation aku agak tinggi tentang filem terakhir ni tapi bila dah tengok ia tak sepertimana jangkaan aku so aku agak kecewa sikit. Kebanyakkan masa lebih ditumpukan kepada pra perang dan perperangan 5 battalion tentera tu je (dah tajuk pun menjelaskannya ar kan?). Tapi andaikata korang ada tengok movie ni then korang pasti akan setuju dengan apa yang aku nak katakan lepas ni.
1.
Dwarves mempunyai haiwan tunggangan yang totally sangat awesome plus comel. Yap, fizikal Dwarf pendek dan lebar memang dah nampak comel tapi muka mereka agak bengis dan berbulu penuh muka. So that part fail. Cumanya bila mereka naik haiwan tunggangan menjadikan mereka nampak seperti satu package yang comel tahap gwiyomi kot. Haiwan tunggangan mereka of coz laa bukan kuda besar sebaliknya makhluk jenis pigmi ar cam pony or dalam filem terakhir ni ialah babi yang sangat gemuk dan kambing gurun. Dan apabila scene tu muncul then garenti korang akan kata "Oooo..., so comel..!!"
2.
Scene Legolas lari dari jambatan batu yang nak jatuh tu totally awesome habis ar. Kalau korang ada tengok Lord of The Ring filem pertama then ada scene di mana fellowship tu meredah salji tebal dan mostly semua hampir tenggelam (hobbit of coz laa dah tak nampak langsung) tapi si Legolas ni senang lenang jer berdiri atas salji macam berada atas tanah biasa je. Sebab kononnya bangsa Elf adalah sangat ringan berbanding makhluk-makhluk kat Middle Earth lain. Waktu scene tu tengah berlangsung, memang totally tergamam dan respect habis ar.
3.
Aku imagine macam mana kalau Kili tak mati dan ada anak bersama Tauriel hidup bersama. Yap, it a spoiler yang Kili, Fili dan sorang lagi Dwarf mati (tak nak bagitahu takut menjejaskan mood mereka yang belum tengok filem ni lagi). Aku imagine macam manalah agaknya kalau Kili dan Tauriel ada anak biracial. Dwarf dan Elf tu wey. Kiranya event yang sangat rare kat Middle Earth tu kot. It either menghasilkan:
i) Elf yang pendek dan gemuk
ii) Dwarf yang tinggi
iii) Elf yang tinggi tapi muka ganas dengan bulu penuh muka
iv) Dwarf yang pendek, gemuk tapi muka jambu habis
Kedian aku baru realize yang 9GAG dah buat ujian ujikaji tu lebih awal dari aku. Dan ia totally lawak ar.
Then korang kata "Apa yang AJ tulis ni? Aku tak paham langsung..!!" So sila pergi ke panggung wajang terdekat dan layan movie ni. Dan peringatan penting, kalau korang pergi berteman samaada dengan awek ataupun kawan then pastikan mereka bukan jenis yang tak tahu faham jadah Lord of The Ring tu apa dan kebetulan juga mereka ialah jenis manusia banyak tanya. sebab kau memang perlu fokus pada filem terakhir ni dan kau tak nak masa kau dihabiskan dengan jawab soalan-soalan ridiculous macam "Kenapa pak cik Magneto tu tiba-tiba boleh ada dalam sangkar?" or "Hobbit tu budak kecik yang bermuka tua ke?" or "Kenapa Dwaft tu tak nak tolong bangsa diaorang sendiri?" or "Kenapa kaki Bilbo tu besar sangat? Dia tak sakit kaki ke tak pakai kasut?" or "Lama lagi ke cerita ni nak habis?" bla bla bla.
Endingnya? Not so epic. Cumanya jangan jadikan review aku sebagai penjatuh semangat korang dan selamat menonton.
No comments:
Post a Comment