Monday, December 15, 2014

Plan Menjadi Tua Seiring Usia

Waktu sekolah dulu korang pasti pernah jumpa junior yang memaksa diri untuk berperangai dan berpenampilan macam orang tua or bila kau dah tamat sekolah then kau pasti pernah jumpa pak cik-pak cik tua yang berperangai dan berpenampilan macam orang muda or masa kau masuk kerja dan kau jumpa senior perempuan yang seusia mak or mak cik-mak cik kau tapi nak kau panggil mereka sebagai 'kakak'  or cukup pasti hampir kat mana-mana tempat kau pergi kau akan jumpa perempuan yang sedaya upaya tak nak bagitahu berapa usia sebenar mereka. Hmmm..


Setiap kali masuk hari jadi then pasti akan ada yang wish 'Age is just a number' or 'Biar usia tua tapi otak masih muda' dan kemudian iklan kat TV, radio, majalah, internet semua jual produk yang sama ada mampu melambatkan penuaan or menghapuskan garis-garis penuaan or menjadikan diri nampak 10 tahun lebih muda. Membuatkan aku yakin yang kalau vampire betul-betul wujud dan keluar kat khalayak dan menjual perkhidmatan menukarkan diri menjadi vampire dan kekal muda sampai bila-bila dengan bayaran cukup mewah then beramai-ramai manusia akan jual tanah, gadai itu ini, duit gaji langsung tak dibelanja, hutang ah long, guna duit PTPTN, simpan duit dari tadika lagi (macam pernah dengar kes ni) etc semata-mata tak nak tua.



As Blogserius kata terlalu banyak produk sampah yang dijual sekarang ni sehingga menjadikan kita sendiri dah jadi sebahagian dari sampah tu sendiri dan masalahnya kita sendiri tak sedar kenyataan tu. 


Ia satu perkara yang menyedihkan apabila kalau kau pergi ke mana-mana shopping mall kat pusat bandar then kau jumpa budak form1-form 2 berpeluk-peluk dengan awek-balak masing-masing, si lelaki dengan gaya macam wak doyok dan si perempuan lak dengan gaya Yuna then yang free hair lah dah macam girl band K-Pop dengan muka penuh tenyek dengan make-up warna itu ini, Kemudian bila family besar kau berkumpul sama then kau curi-curi dengar anak-anak buah kau yang masih sekolah rendah bercerita sesama sendiri tentang episode terkini Ariana Rose dan berharap akan kahwin dengan Keith Foo bila dah besar kelak. Kau bukak TV dan kau tengok ada program realiti nyanyian budak kecik tapi semuanya dipakaikan dengan kostum orang dewasa dan menyanyi lagu-lagu cinta orang dewasa. Kau tutup TV dan pergi ruang tamu dan tengok pak cik kau yang sepatutnya menghabiskan banyak masa kat masjid or majlis-majlis ilmu or paling tak pun boleh bagi nasihat kat kau kalau kau perlukan a nasihat or two sebaliknya dia berperwatakkan dan berpakaian macam era kau masih berada kat sekolah waktu form4-form 5 dulu je. Even dia pulak yang minta nasihat kat kau tentang dunia 'remaja'nya tu. 








Kita sepatutnya diajar untuk menjadi kanak-kanak ketika zaman kanak-kanak, menjadi remaja apabila masuk zaman remaja dan menjadi dewasa apabila kita dah dewasa. Yap, zaman kanak-kanak penuh gelak ketawa, zaman remaja sangat mengujakan tapi zaman dewasa juga taklah seteruk mana. Mungkin kita tak pernah diajar untuk menghargai setiap garis-garis penuaan, kulit yang mengendur, pandangan yang makin kabur, tenaga yang makin kurang, sakit sana sini etc...












Hmmm..

No comments: