Showing posts with label Bekas Awek. Show all posts
Showing posts with label Bekas Awek. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Gone Girl A Movie Review

Sebagai seorang penganggur terhormat then aku quit selective tentang movie mana yang aku akan tonton kat pawagam dan yang mana tak. Ada movie macam Interstellar or The Hobbit Battle of Five Armies memang dah dari tahun lepas lagi aku letak target untuk layan kat skrin putih besar dalam hall gelap tu. Tapi untuk movie lain it either aku download torrents or walau dibayar dengan duit pun aku tak sanggup nak tengok. Hmmmm..


Gone Girl ialah antara senarai filem yang aku tak sanggup bazirkan duit aku untuk tengok kat panggung wayang. Sebab utamanya ialah ia ada Ben Affleck a.k.a lelaki yang punya mata macam orang yang tak tidur selama sebulan dengan punggung di dagu (harap korang faham analogi ni). Plus Gone Girl dah keluar kat US agak lama sekirar pada Oktober yang lepas so ketika aku dah siap download versi clear then aku baru sedar yang ia baru ditayangkan kat pawagam Malaysia. Still aku nak buat review sebab jalan cerita ni boleh tahan bestnya.


Sinopsis
Pada satu hari yang sepatutnya berlalu macam biasa, si suami balik rumah dan perasan yang wifenya hilang. Dia bagitahu polis dan entah macam mana setiap satu bahan bukti seolah-olah nak bagitahu bahawa si isteri yang innocent dan lemah tu mungkin dah kena bunuh oleh si suami tersebut. Si suami pulak mati-mati tak mengaku. Menjadikan keadaan lebih teruk apabila pihak polis jumpa diari si isteri dan dalam tu cerita bagaimana hubungan yang bermula dengan cukup bahagai bakal berakhir sebab si suami dan ugut bunuh dia. So persoalannya? Betul ke suami tu tak bersalah dan siapa bunuh si isteri sebenarnya?



Amaran: The next part adalah sepenuhnya spoiler. Jangan baca kalau kau belum tengok filem tu or kau tak nak mode kau terganggu sebab awal-awal lagi dah tahu kejutan tu. 



Kalau baca dari sinopsis then ia nampak macam cerita biasa-biasa je. Even masa tengok filem tu pun kau rasa macam ia dah berlaku dalam banyak filem-filem lain sebelum tu je. Korang pasti akan expect: Pengarah mesti nak suruh penonton syak orang yang tak sepatutnya supaya the end ada twist dan orang yang paling tak disangka ialah pembunuh sebenar. Ada betul dan ada tak pada andaian korang. Cerita ni memang berjalan seperti  mana yang kita jangka pada awal-awalnya dan ia tamat tanpa korang sangka sikitpun ia akan berlaku macam tu. Hmmm..


Rupa-rupanya si isterilah yang merancang 'kematiannya' tu sendiri. Dia seorang yang psiko, paranoid or dalam ertikata yang lebih tepat: GILA..!! Kalau dari versi diari yang dia tulis tu it totally nampak yang dia ialah mangsa kepada suami yang panas baran, kuat berjudi, pemalas etc dan ia seorang wanita bijak yang tak nak berada bawah penindasan suami dia tu. Tapi in real version dia ialah seorang perempuan GILA yang totally GILA..!! Dan of coz kalau kau (seorang lelaki) layan movie ni dengan wife or awek then mereka pasti akan kata yang si Ben Affleck ni memang layak mati sebab curang pada suami tapi buat mereka-mereka yang waras (especially lelaki) then korang pasti akan setuju yang dia ialah seorang perempuan GILA..!!




Aku tak suka cerita perpenamat happy ending di mana orang baik menang dan yang jahat sama ada insaf ataupun mati tapi cerita ni memang bukan happy ending but still aku tak suka endingnya. Hmmm






Pengajaran dari filem ni:
1. Buat para lelaki-lelaki, sila letakkan rasa syak wasangka sedikit pada pasangan korang. Dan buat mereka yang masih single then sama ada periksa latar belakang perempuan yang kau suka tu betul-betul or cara paling mudah: stay single sampai bila-bila.

2. Buat para perempuan-perempuan, jangan ambil inspirasi dan filem ni dan jangan jadi perempuan psiko, paranoid dan GILA..!! Hmmm

Tuesday, February 1, 2011

Once Open a Teddy Bear

Aku ada beberapa imaginasi pelik yang kalau aku kata semuanya then korang pasti akan kata aku sangat PELIK aka FREAK (realitinya banyak gak aku dah share pada orang ramai sebab aku sangat suka cerita kelemahan diri sendiri). Antaranya aku pernah untuk satu tempoh yang lama tak berani tidur atas katil yang ada open space di bahagian kiri kanan depan belakang sebab aku sangat percaya ada GREEN BAD MONSTER yang diselubungi GREEN FUNGUS live under my bed. Even sekarang pun aku masih percaya benda tu lagi. Hmmm...


Then selain tu something else perangai imaginasi yang aku tak pernah dapat buang sehingga sekarang: aku percaya each of my stuff (of whose ever stuff) yang ada mata dan mulut each time kita tak ada dalam bilik or kita keluar gi mana-mana yang kita tak ada masa tu then mereka sebenarnya hidup dan berkomunikasi sesama mereka. Ya ya ya.. korang ketawa r besar-besar then kata r aku ni gila etc suka hati aku r nak caya benda tu.
Mungkin semuanya pengaruh TOYS STORY or what ever cerita cartoon yang aku tonton or something happen masa aku kecik-kecik dulu masa demam panas ker or tertelan ubat gegat ke sehingga sekarang ngan lepasan IJAZAH pun masih percaya that such thing. Lawak kan?

Or may be ada satu event ni r masa kecik-kecik dulu. Masa tu kami masih duduk di FLAT POLIS BINTAWA. Di rumah masa tu ada satu doll ni r. May be own by ANGAH, my sis sebab dia satu-satunya girl dalam keluarga masa tu. Tapi disebabkan ANGAH kurang ciri keperempuanan masa tu (hmmm) so doll tu jadi sangat doll abuse ngan mata tercabut, rambut separa tercabut, conteng sana sini dan pendek kata ia jadi one thing yang sangat MENAKUTKAN. Bila tengok then aku garenti korang pun akan goosebumps dan nightmare malam-malam. 

So kami decide buangkannya ke dalam longkang. After that kami pindah beberapa tempat sehingga beberapa tahun kemudian di rumah sorang aunt kami ni. One of my cousin, AYU datang ngan parents dia. Kat tangan dia bawak 1 doll yang sebijik sama cam dolls yang kami pernah buang dulu. It seems ia hidup dan nak balas dendam. Kira cam CHUCKY dari CHILD PLAY yang nak revenge jer. TAMAT.

Then korang ngan penuh kebenggongan bertanya "So what happens then? Ada sesiapa yang tercedera or terbunuh ker?" Aku tengok ko ngan simpati sambil jawab "Kalau aku terbunuh then siapa r yang tengah menaip blog nih?" So korang pun mengangguk2 pura paham. Hmmm..















Hari ni tadi aku jalan-jalan masa tengah tunggu sorang kawan ni. Then tengah survey-survey baju ni mata aku meliar pada satu objek ni: bukan that haunted doll from my previous nightmare tu tapi satu teddy bear. Entah cam di possess aku terus ambil dan bayar di kaunter tanpa peduli harga dia. There something with that stuffed toy. Pada matanya. Pada mulutnya. Pada posisi badannya. It seems ia nak bagitahu something: Im been abandon by my master. Can you be my new master?









Hmmmm... Aku dah GILA...

Friday, November 19, 2010

Mimpi (bukan BASAH)

Last night aku ada satu mimpi yang entah kenapa hmmm... korang sendiri r enterpretasikan sendiri.


Dalam mimpi tu aku mimpi parents aku and even satu family besar sangat-sangat beria-ia nak menjodohkan aku ngan sorang gadis ni. Dan yang peliknya plak aku ngan redha jer menerima cadangan mereka and even okey jer untok terus kahwin tanpa fikir apa-apa aka cam mana rupa si gadis or latar belakang dia. So setelah kesemua family member pergi rumah si gadis aku as hero mimpi tu datang lambat r (skema standard cerita tamil).

Kalau fikir secara rasional, x kan r family nak pilih calon isteri untok anak diorang sesukahati r kan. Mesti r padan ngan si anak gak. May be that the reason aku setuju r kot tapi sebab semua tu mimpi so aku tak tahu rasionalnya r.



Bila gi rumah si gadis ni rrupanya dia orang kampung yang sangat-sangat kampung r yang tak pernah terdedah ngan kemajuan (aku tak kutuk orang kampung sebab aku sendiri pun asal kampung and duduk kampung gak r). Muka sebijik cam emak orang yang dah beranak 2-3 orang ngan badan saiz XL, kontot, rambut kerinting cam alleycat, jerawat batu penuh pipi, gaya memang sebijik cam zaman 70-an.



Tapi betapa peliknya plak aku wokey jer. Dan buat julung-julung kalinya gak aku jadi sangat romantis yang teramat walaupun kami bukan pasangan pinang dibelah dua.












So apa pengajaran dari mimpi nih?
a) Cinta bukan melibatkan paras rupa tapi hati budi? or
b) Aku sangat desperate pasal makin ramai kawan yang dah nak kahwin?




























Tapi sah sangat itu bukan aku sebab aku bukan romantik.

Friday, July 16, 2010

Monyet & Cinta

Tadi entah apsal aku ttiba nak tulis satu nama di kat search box kat FACEBOOK. Nama yang pernah wujud sekitar 15 tahun dulu. Pasal realitinya sekarang semua pasti ada akaun FACEBOOK ni then try je r. Then suddenly ada 2 orang ngan nama yang sama. Aku try bukak 1 ni r. DAMN.. It her..


Pernah x  korang layan local or international punya cerita yang ada 2 kawan dari kecik (boy n girl) yang berpisah dan bila dah besar jumpa lagi. Lalu waktu tu mereka jatoh cinta. Duh... Gila romantis siot. Aku pun punya imaginasi tahap sama gak r. Tak tau r. Memang that girl ialah cinta monyet pertama aku. May be that why orang selalu kata cinta pertama akan diingat sampai bila2. I keep remember dia mati2. 

Kami kenal dari darjah 1 r. Aku masa tu dudok kat Flat Polis Marin SARIKEI dan dia plak kat rumah JKR. Rumah kami plak bertentangan tp dipisahkan oleh jalan besar. Disebabkan aku dudok flat tingkat 3 then setiap pagi kalu aku tengok dia kuar rumah nak gi sekolah then aku pon berebut r turon tangga and jumpa kat jalan besar. Kuar ayat poyo kata ianya just kebetolan jer. (leh plak tiap hari kebetolan ek?) wakaka..

Dan entah apsal dalam banyak2 kkawan masa tu dia pun rapat gak ngan aku gak. Kalu ada free time so kami pon akan jalan2 keliling sekolah n 'date' kat certain port. So kat sekolah semua panggil kami couple r. Wakaka.. Lawak.. Kecik2 lagi dah mengatal..

Paling aku ingat masa darjah 4. Waktu tu ada perhimpunan Maal Hijrah kat Masjid Bahagian SARIKEI Tengah orang kat luar sibuk ngan urusan agama kami berdua plak tengah bwat aksi lari2 hindustani kat dalam masjid. Waktu tu jugak BAPAK ambik gambar aku dan dia.. Satu2nya kenangan kami bersama. Dan tamat darjah 4 aku pindah balik ke KUCHING.




Sehingga tu kami x pernah berhubung lagi. Dengar kata x lama pas tu dia ngan family berpindah ke KUCHING gak. Pas tu BAPAK dia meninggal. Semuanya tru kabar angin..




Dan entah apsal gak I still and keep wishing yang satu hari aku akan terjumpa dia kat mana2 aku jalan.  Terlanggar bahu masa tengah minom kat Mc D ker pr what ever ke. Malaysiakan kercik jer. Pasal aku leh guaranty aku still leh cam dia. As cerita poyo tu aku percaya gak.. Hmmmm tapi bila aku jumpa dia kat FACEBOOK tadi separuh nyawaku hilang. Yap. Aku still leh cam dia sekali pandang jer. Senyuman ngan muka tu. Dan dia dah kahwen dan ada sorang anak.. Hmmmmm



Dan bekas awek aku masa sekolah menengah dulu pon dah kawen gak.. Thanks to FACEBOOK sebab bagitahu yang semua orang dah kawen dan aku still solo..Loosernya diriku.. Nada keciwa plus sedih.. marah.. bercampur aduk