Showing posts with label mimpi basah. Show all posts
Showing posts with label mimpi basah. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Mimpi Pelik

Nota: Kalau kau fikir post kali ni ialah tentang mimpi basah then kau salah sebab tak ada benda yang pelik pun tentang mimpi basah melainkan in certain condition yang aku tak nak share dalam post ni. Hmmm..

Korang pernah tak jumpa cikgu yang keluar statement pelik macam: untuk mahir berbahasa Inggerish then korang kena bermimpi dalam bahasa Inggerish. Membuatkan kau berusaha bersungguh-sungguh untuk mimpi dalam bahasa mat salleh tu tapi tak berjaya. Walaupun memang wujud manusia in reality boleh kontrol mimpi (selain Inception) tapi most manusia marhaen tak berkemampuan buat macam tu. Mostly mimpi datang dalam keadaan yang kita tak jangka dan tak mampu kawal. Ia seperti menonton kita sendiri berlakon dalam filem kat panggung wayang. Walaupun ia kita berlakon dalam filem tu but still kita tak boleh suruh pekerja yang handle projektor tu pause kan wayang tu hanya sebab kita nak ke toilet. Hmmm..


But faktanya aku pernah mimpi cakap bahasa omputeh. Aku tak tahu pun yang aku sedang cakap omputeh sebenarnya tapi sebab aku ada ability tidur sambil bercakap so roomate aku sorang ni kata aku cakap mat salleh dengan lancar dan jelas (sedangkan in reality tak lah pulok) sehingga effect utama pada dia ialah dia tak dapat tidur sebab terganggu dengan ability aku bercakap tak henti-henti masa tidur. Wakaka.



So apa mimpi pelik aku malam tadi tu? Mukadimahnya: memula aku dan Along aku tengah kemas bilik dia. Kemas punya kemas then terjumpa paper ujian awam dia dulu. So kami try ar nak jawab satu soalan. Memula Along aku yang cuba jawab dan entah apsal penggiraan dia sangat complicated dan panjang tapi dia tak jumpa jawapannya pun. Then turn aku pulak. Aku buat langkah penggiraan yang simple dan quest what: Jawapan aku betul..



Then kau tanya: So what? Namanya mimpi. Lagipun ini mimpi kau. So apa yang peliknya..?



Kau pernah menggira dalam mimpi tak? Or kau pernah tulis langkah penggiraan untuk soalan math dalam mimpi tak sehingga langkah penggiraan dan jawapan tu betul..? Betul tu bukan sekadar dalam mimpi je but also in real life sekali?



Sebab aku yakin yang kita tak berfikir semasa bermimpi. Sekali lagi aku guna konologi: menonton wayang ar. Bila kita tonton wayang, kita tak ada kuasa untuk tentukan apa yang pelakon tu perlu buat dalam the next scene. Sebab kita hanya penonton dalam mimpi kita sendiri. Even mostly kita tak tahupun yang kita sedang bermimpi sehinggalah kita terbangun. 







Aku yakin yang it not easy untuk kawal mimpi ar. Aku pernah mimpi yang aku nak google sesuatu (walaupun alat carian dalam mimpi aku tu bukan google). Dalam otak aku masa tu dah terfikir apa benda yang aku nak cari tapi bila aku taip, tulisan yang keluar tu totally macam 'avfgv;edsi$#@%ab', aku cuba banyak kali but still x menjadi sehingga last-last aku marah. Seolah-olah otak aku tak ada ability untuk mengeja dalam mimpi dan aku tak dapat kawal mimpi aku walau semudah nak mengeja jer. 

Tapi situasi mimpi malam tadi memang pelik. Aku memang mengira dalam mimpi aku. Apa yang buat aku amaze bila aku boleh kata cara Along aku tu salah dan aku buat langkah penggiraan dan jawapan yang betul. Dan aku berfikir dalam mimpi tu sehingga buat aku terbangun dari mimpi dan masih ingat soalan math tu.






Kalau mimpi tu tak pelik then akulah manusia yang pelik tu. Wakaka

Friday, March 29, 2013

Jabatan Penapisan Mimpi

Korang pernah tak masa tengah layan wayang tetiba ada scene kena potong menjadikan kau totally tak paham jalan cerita tu? TV3 selalu buat perkara tu kat filem omputeh yang ditayangkan menjadikan aku sangat tak layan kalau ada tayangan filem omputeh kat situ. Even masa aku kerja wayang dulu, ada bebudak situ kata yang ada satu filem ni yang sepatutnya main around 2 jam tapi sebab dah kena censored then hasilnya ia cuma main x sampai sejam jer. Duh, gila censored..


Seriously aku tak sokong sangat filem yang punya aksi biasa tapi dianggap ganas yang dicensored. Feel filem tu cam tak menjadi contoh cam Kick Ass ar contohnya yang banyak aksi lawan-lawan yang ganas tapi dicensored then pasti tak best ditonton. Cadangan aku better buat filem under Disney jer sebab semua aksi ganas jadi nampak cam comel lak.

Tapi kalau part seks or bogel tu totally memang selayaknya di censored ar. Ada part tu memang kita cukup yakin yang tak perlu kot nak bogel dan nampak itu ini dalam scene tu. Ramai filem yang jadikan reason tu untuk tarik penonton datang pawagam. But seriusly ia menjadikan filem tu tak jauh beza ngan porn kot sebab porn nowaday pun dah makin banyak skrip dari aksi.












Semalam aku tidur petang. Mimpi tu kira best gak ar. Jalan cerita cam V for Vendetta gak ar bila government sebuah negara ni dah tetapkan apa yang baik dan buruk untuk difikirkan oleh masyarakat dan ada golongan pemberontak dan sorang girl yang tak ada kena mengena suddenly terperangkap sekali dalam pergelutan tu. Setting mimpi tu sangat cantik. Gambar lak clear tahap filem HD yang ditayangkan guna tv HD. 

Tapi itulah masa tengah scene dalam bilik mandi then tetiba melangkau terus scene lari-lari pakai towel then kemudian dah ada kat tempat lain lagi. Ceh, gila aku marah then aku membebel-bebel sesorang marahkan Jabatan Penapisan Mimpi sebab buat banyak sangat penapisan sehingga jalan cerita gila lari. Last-last aku nekad yang aku tak nak lagi tengok cerita mimpi tu dan aku kata "Kalau cam ni better aku bangun jer..."









Dan aku betul-betul terbangun. Terfikir dan ketawa. Pelik betul mimpi aku tu. Hmmm..

Friday, November 19, 2010

Mimpi (bukan BASAH)

Last night aku ada satu mimpi yang entah kenapa hmmm... korang sendiri r enterpretasikan sendiri.


Dalam mimpi tu aku mimpi parents aku and even satu family besar sangat-sangat beria-ia nak menjodohkan aku ngan sorang gadis ni. Dan yang peliknya plak aku ngan redha jer menerima cadangan mereka and even okey jer untok terus kahwin tanpa fikir apa-apa aka cam mana rupa si gadis or latar belakang dia. So setelah kesemua family member pergi rumah si gadis aku as hero mimpi tu datang lambat r (skema standard cerita tamil).

Kalau fikir secara rasional, x kan r family nak pilih calon isteri untok anak diorang sesukahati r kan. Mesti r padan ngan si anak gak. May be that the reason aku setuju r kot tapi sebab semua tu mimpi so aku tak tahu rasionalnya r.



Bila gi rumah si gadis ni rrupanya dia orang kampung yang sangat-sangat kampung r yang tak pernah terdedah ngan kemajuan (aku tak kutuk orang kampung sebab aku sendiri pun asal kampung and duduk kampung gak r). Muka sebijik cam emak orang yang dah beranak 2-3 orang ngan badan saiz XL, kontot, rambut kerinting cam alleycat, jerawat batu penuh pipi, gaya memang sebijik cam zaman 70-an.



Tapi betapa peliknya plak aku wokey jer. Dan buat julung-julung kalinya gak aku jadi sangat romantis yang teramat walaupun kami bukan pasangan pinang dibelah dua.












So apa pengajaran dari mimpi nih?
a) Cinta bukan melibatkan paras rupa tapi hati budi? or
b) Aku sangat desperate pasal makin ramai kawan yang dah nak kahwin?




























Tapi sah sangat itu bukan aku sebab aku bukan romantik.

Sunday, July 18, 2010

Inception

Last night layan INCEPTION (yap.. sekali lagi tabik spring bwat mr. Christopher Nolan sebab berjaya bwat filem yang membuatkan aku x henti2 berfikir start dari mula sampai abis filem tuh.. p/s: Berfikir bukan benda yang aku suka bwat. Hmmmm) . Secara keseluruhan cerita ini ialah tentang bagaimana mimpi mampu mempengaruhi realiti kehidupan kita.
Jangan kata yang ko x pernah alami mimpi yang beri effect besar pada hidup korang. Then ada suara jahat angkat tangan dan bagitau "Mimpi basah r yang paling best-ar effect lam hidup aku..!!!" dan dia pon ketawa besar gak. So aku kata balik r: yap, that salah satu contoh terbaek cam mana sorang lelaki leh termimpi dan mimpi tu secara automatiknya (keluar air) leh ubah tahap sorang tu dari kanak-kanak to tahap akil baligh. Coool isn it?

Tapi maksud aku laen lagi r. Maksud aku ialah effect mimpi yang leh bawak jadi cam idealogi untok dunia yang korang dah bangun. (hmmmm.. aku pon dah pening ngan ayat aku sendiri nih). Contoh cam aku pernah mimpi yang aku d suruh bwat pilihan either untok mati pada saat tu ngan dosa yang pernah aku bwat or terus hidop ngan kembali ke jalan yang benar.. Lama gak r aku berfikir dalam mimpi tuh dan pada saat aku beri jawapan (yang kedua) aku terus jer bangun. Cuak wei. Menanggis gak aku r masa tuh. Dan aku memang kembali ke jalan yang benar r (untok seketika before tersesat sekali lagi dan lagi dan lagi.. Hmmmm)

Ada gak mimpi waktu tengah bangun (mimpi ke klasifikasinya?) yang x ada penyelesaian sampai ari ni. Waktu tu masa nak revision untok STPM final. Tengah boring baca buku yang extra tebal suddenly terus muncol satu imej bergerak (cam tengok video r) aku tengah bwak motosikal ngan ada penumpang kat belakang. Masa tu tengah potong line jalan sebab ada bas berhenti kat depan then accident. Scent nya plak kat depan sekolah SMK TUN ABANG HJ OPENG. Then the next day (or a day after that) masa sejam before masok exam tengah dudok2 ngan kawan suddenly dengar bunyik DUMN kat luar sekolah. X ambik port r tapi kedian ada kawan share info. Rrupanya bunyi tadi ada accident depan pintu gate utama sekolah. Ada motocyclist bawak penumpang potong line sebab ada bus park tepi jalan dan accident. FREAK. Since that day aku rasa aku ni ada supernormal psikik power.. wakaka.. Poyo jer statement..



X peduli r what ever experience aku ngan mimpi aku tapi 1 perkara ni musti korang pernah fikir or alami gak (or aku sorang je sebenarnya mengalami benda ni). Statement based on filem INCEPTION last night. Pasal aku bukan jenis orang yang leh sedar bahawa aku sedang bermimpi (pernah ker korang tengah bermimpi dan korang realize yang korang sebenarnya tengah tido dan bermimpi?) then kadang kala aku terbawak2 dan keliru which one adalah real kenangan or which one is reality. Duh... susah aku nak terang. Pendek kata korang kena gak gi layan filem INCEPTION ni. 





Pasal ada part tu isteri main character (bini  Leonardo ni r) rasa realiti ni sebenarnya adalah mimpi. Dan sebaliknya mimpi adalah sebenar2nya realiti. Hmmmm..