Nota: Kalau kau fikir post kali ni ialah tentang mimpi basah then kau salah sebab tak ada benda yang pelik pun tentang mimpi basah melainkan in certain condition yang aku tak nak share dalam post ni. Hmmm..
Korang pernah tak jumpa cikgu yang keluar statement pelik macam: untuk mahir berbahasa Inggerish then korang kena bermimpi dalam bahasa Inggerish. Membuatkan kau berusaha bersungguh-sungguh untuk mimpi dalam bahasa mat salleh tu tapi tak berjaya. Walaupun memang wujud manusia in reality boleh kontrol mimpi (selain Inception) tapi most manusia marhaen tak berkemampuan buat macam tu. Mostly mimpi datang dalam keadaan yang kita tak jangka dan tak mampu kawal. Ia seperti menonton kita sendiri berlakon dalam filem kat panggung wayang. Walaupun ia kita berlakon dalam filem tu but still kita tak boleh suruh pekerja yang handle projektor tu pause kan wayang tu hanya sebab kita nak ke toilet. Hmmm..
But faktanya aku pernah mimpi cakap bahasa omputeh. Aku tak tahu pun yang aku sedang cakap omputeh sebenarnya tapi sebab aku ada ability tidur sambil bercakap so roomate aku sorang ni kata aku cakap mat salleh dengan lancar dan jelas (sedangkan in reality tak lah pulok) sehingga effect utama pada dia ialah dia tak dapat tidur sebab terganggu dengan ability aku bercakap tak henti-henti masa tidur. Wakaka.
So apa mimpi pelik aku malam tadi tu? Mukadimahnya: memula aku dan Along aku tengah kemas bilik dia. Kemas punya kemas then terjumpa paper ujian awam dia dulu. So kami try ar nak jawab satu soalan. Memula Along aku yang cuba jawab dan entah apsal penggiraan dia sangat complicated dan panjang tapi dia tak jumpa jawapannya pun. Then turn aku pulak. Aku buat langkah penggiraan yang simple dan quest what: Jawapan aku betul..
Then kau tanya: So what? Namanya mimpi. Lagipun ini mimpi kau. So apa yang peliknya..?
Kau pernah menggira dalam mimpi tak? Or kau pernah tulis langkah penggiraan untuk soalan math dalam mimpi tak sehingga langkah penggiraan dan jawapan tu betul..? Betul tu bukan sekadar dalam mimpi je but also in real life sekali?
Sebab aku yakin yang kita tak berfikir semasa bermimpi. Sekali lagi aku guna konologi: menonton wayang ar. Bila kita tonton wayang, kita tak ada kuasa untuk tentukan apa yang pelakon tu perlu buat dalam the next scene. Sebab kita hanya penonton dalam mimpi kita sendiri. Even mostly kita tak tahupun yang kita sedang bermimpi sehinggalah kita terbangun.
Aku yakin yang it not easy untuk kawal mimpi ar. Aku pernah mimpi yang aku nak google sesuatu (walaupun alat carian dalam mimpi aku tu bukan google). Dalam otak aku masa tu dah terfikir apa benda yang aku nak cari tapi bila aku taip, tulisan yang keluar tu totally macam 'avfgv;edsi$#@%ab', aku cuba banyak kali but still x menjadi sehingga last-last aku marah. Seolah-olah otak aku tak ada ability untuk mengeja dalam mimpi dan aku tak dapat kawal mimpi aku walau semudah nak mengeja jer.
Tapi situasi mimpi malam tadi memang pelik. Aku memang mengira dalam mimpi aku. Apa yang buat aku amaze bila aku boleh kata cara Along aku tu salah dan aku buat langkah penggiraan dan jawapan yang betul. Dan aku berfikir dalam mimpi tu sehingga buat aku terbangun dari mimpi dan masih ingat soalan math tu.
Kalau mimpi tu tak pelik then akulah manusia yang pelik tu. Wakaka
No comments:
Post a Comment