Wednesday, July 31, 2013

Facebook's Friends yang Kureng

Semua orang ada FACEBOOK pada zaman sekarang ni dari budak kecik yang baru lahir (parents dia yang buat ar) sehingga orang tua yang dah mampus. Tapi seriusly tak semua manusia pada zaman ni yang tahu matlamat utama FACEBOOK so wujudlah manusia yang setiap beberapa minit sekali update status yang entah apa-apa entah yang aku rasa setiap perkara yang terdetik dalam hati dia then dia akan uploadkan jadi status kot. Itu tak apa lagi sebab kita leh guna application yang boleh buat dia tak wujud dalam news feed kita. Cuma masalah yang timbul ialah apabila wujud sesetengah friends dalam FACEBOOK yang akan membuatkan kita rasa sangat awkward sepanjang masa. Hmmm..



1. PARENTS
Aku sangat bersyukur sebab parents aku sangat ortodoks bab benda nama teknologi ni. Tak dapat nak diimagine kalau parents aku ada FACEBOOK dan aku terpaksa approve friends request dari diaorang dan mereka sentiasa komen setiap status kita dan kekawan kita. Kawan-kawan ni pulak jenis cakap 'dewasa' ngan carut marut dengan kita then terus dalam komen dari parents "Kawan-kawan Aj jangan cakap macam tu, nak aunty bagitahu parents kamu tak..?" Belom lagi masuk bila mereka upload status yang sangat memalukan dan tag kita sekali macam "Aj balik rumah sebelum jam 10 ya dan jangan minum banyak sangat masa lepak dengan kawan-kawan takut malam nanti katil basah macam biasa pulak.." Tak ke malu..? Betapa terhadnya hidup jadi manusia masa tu. Even aku bersyukur gak sebab tak ada relatives tua-tua sangat dalam FACEBOOK aku ni. 


2. KAKI NASIHAT
Aku ada beberapa friends di FACEBOOK yang ambik aliran agama dan beberapa orang lagi yang memang aku tahu kaki agama bukan sahaja disebabkan setiap post mereka akan ada kaitan agama tapi in real life pun mereka memang kuat agama. Tapi thanks goodness sebab diaorang bukan jenis tabligh ortodoks yang setiap benda yang kita upload then kita akan kena serangan laser bertubi-tubi. Realitinya manusia macam tu memang wujud tapi ia tak wujud dalam hidup aku. Ingat aku last month ada kazen aku yang sebaya umur emak aku datang bermalam kat rumah. Waktu tu aku gi somewhere kurang 30 minit so aku biarkan je labtop aku terbuka dengan FACEBOOK still tak log out. Pendek cerita dia masuk bilik aku, tengok FACEBOOK aku dan semak-semak labtop aku dan bila aku balik terus dia terus bagi tazkirah untuk aku. Gila marah aku waktu tu but still aku berterima kasih pada diri aku sendiri sebab dah men-invinsible-kan 'folder tertentu' sebab persediaan untuk puasa. Hmmm.


3. BUDAK KECIK.
Aku tak faham matlamat budak kecik pun ada FACEBOOK  Apalah sangat yang diaorang nak uploadkan? Setakat "Baru habis tengok kartun Barbie. Best sangat..!!" Hmmm.. Aku ada 2 orang anak buah yang dari umur berapa entah dah ada FACEBOOK  Yang paling kecik sekarang dah darjah 1 so dia dah makin aktif berFACEBOOK al maklum dapat nombor 1 dalam ujian semester lepas so membaca dan menulis dah expert habis ar. Masalahnya pada uncle dia ni aka aku. Contoh macam hari ni tadi aku upload 2 status. Status pertama berkaitan Ramadhan dan sejam kemudian aku upload lak status kedua iaitu video yang aku lepas tengok kat Blogserius tentang Porn Sex vs Real Sex yang dinyatakan dalam bentuk makanan. Seriusly video tu satu educational sihat. Tapi entah apsal tetiba si kecik tu like status pertama aku. Dan bila aku sedar je terus aku delete status kedua tu. 

Sama macam part bila anak buah aku ni asyik-asyik ulang statement Zizan dalam filem apa tu entah yang kata 'I love Porn..' sedangkan dia tak tahu pun apa yang dia sebut. Semua orang dewasa kena ambik peranan kan?











Walaupun aku tak ada parents atau kaki nasihat dalam FACEBOOK s Friends aku tapi sebab aku ada anak buah yang masih kecik lagi ni so aku terpaksa jadi uncle yang baik dan terhad. Thanks goodness dia tak ada Instagram dan tak baca blog aku. Maknanya aku masih ada kebebasan untuk beberapa tahun lagi ar. Hmmm..










Sapa lagi orang yang tak best dalam friendlist FACEBOOK kau?

1 comment:

beautifulpeonies said...

hi! yah..kmk mengerti gilak part2 family stalk fb tok.membuatkan kita terasa amat berhati2 koh~