Thursday, July 25, 2013

The Wolverine: Movie Review

Dalam banyak-banyak superhero, aku paling suka X-Men. Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab ia ada banyak watak dengan kuasa mereka tersendiri. Tapi aku tak suka filem X-Men 1,2 & 3 sebab ia terlalu comikal dan watak dalam filem tu terlalu berfokus pada Wolverine sangat sehingga watak-watak lain just macam tak dipedulikan sangat. Walaupun aku kureng ngan watak Wolverine tapi bila ia keluar filem baru still aku gi tengok sebab ia juga a part of X-Men. Hmmm..


Latar masa filem ni berlaku selepas filem X-Men ke 3: The last Stand tamat bila masa Wolverine berkabung atas kematian Jean Grey aka Pheonix masa tu. So dia bawak diri gi berseorangan kat some where no where laa sehingga ada sorang minah jepun datang kata boss dia nak jumpa kali terakhir before mati. So dia pergi Hirashima dan bla bla bla.

Filem ni kalau tolak Wolverine ada kuasa leh keluar 3 jalur besi kat tangan tu then ia adalah filem tipikal barat di mana orang luar yang terjerebak dalam konflik keluarga vs gangster yang nak berebut harta so lelaki tu suka anak perempuan dan menyelamatkan dia, sempat have a sex or two then dia jadi hero bla bla bla. Macam filem standard lakonan Jason Statham tu.

X-Men seems tak wujud dan mutant yang ada cuma 2 orang jer: Wolverine dan minah Viper tu. Jean Grey tolak tepi ar sebab dia sekadar imaginasi dalam kepala Logan jer. Dan sebesar-besar Jepun macam tak ada sorang mutant pun. Awal-awal aku fikir yang minah rambut merah tu mutant yang power tapi itupun tak tahu yang dia mutant ke tidak sebab dia hanya meramalkan kematian yang so lame. Adegan lawan-lawan sangat boring..!! Tak ada unsur kejutan sikit pun. Then lihat 'asset' heroin Jepun yang agak rata pun menganggu fokus aku. Menjadikan keadaan lebih sucks bila awek belakang seat aku asyik buat review bising ngan balak dia. Hmmm..













Kalau korang tak tahu yang Wolverine ialah salah sorang ahli X-Men then mungkin cerita ni kira biasa-biasa ar tapi sebab aku tahu Wolverine dan X-Men tu siapa so cerita ni sangat boring. At least kalau ada cameo ahli X-Men or ada mutants kat Jepun ke then cerita ni pasti best gak ar. Hmmmm

No comments: