Sorry banyak-banyak sebab dah lama tak upload post baru. Nak check blog pun sangat jarang. Kau tanya aku dah bekerja ke..? Naa, aku masih lagi setia dengan kerjaya pengangguran aku. Cuma recently ni aku ada projek yang aku dah set kan due datenya yang perlu aku kejar. Projek apa..? Kalau korang follow Instagram (search aj_abdullah) aku then korang dah tahu ar tapi bagi yang tak tahu lagi tu, nanti kalau dah siap aku bagitahu ar.
Projek ni memerlukan aku menulis around 60 000 patah perkataan. Dan aku set dalam sebulan setengah, semuanya dah ready. Untuk menjayakan misi tu aku cuba paksa diri aku menulis 2000 patah perkataan sehari. Kalau ikut rasional matematik then ia memang logik untuk terlaksana ar tapi masalahnya aku ni manusia yang hidup based on mood.
Imagine dalam satu hari ada 24 jam tapi aku hanya ada mood menulis pada waktu malam sekitar dari jam 9 hingga 12 malam jer. Itupun aku menulis depan TV so alamatnya hanya ketika iklan je lah baru aku start menulis. Itu belum lagi berlaku part otak jam tak dapat nak tulis sepatah haram. Sepanjang 3 hari lepas aku tak sentuh langsung penulisan tu. Jadi alamatnya macam mana aku selesaikan semua benda tu dalam sebulan setengah yang aku dah set kan tu..? Haram jawabnya.
Cumanya mood aku ni senang dibentuk. Aku boleh menulis dengan lancar plus panjang lebar pada waktu siang tapi pada tempat-tempat tertentu jer. Library..? HELL NO..!! Aku tak boleh buat apa-apa pun dalam keadaan yang terlampau sunyi termasuk baca buku. Library akan buat aku ngantok dan hilang fokus. So antara tempat yang cukup sesuai untuk aku menulis ialah di STARBUCKS Kuching International Airport. Tempat tu ramai orang lalu lalang, bising dan manusia buat perangai pelik-pelik. Di tempat macam inilah idea aku akan mengalir macam waterfall masa musim hujan. Hasilnya dari jam 9 sampai 1 petang tu menjadikan aku menulis lebih 3000 patah perkataan.
Then kau tanya "3000 patah perkataan jer dalam 4 jam tu..?" So aku jawab: Bro, benda nama penulisan ni tak sama macam kau kena denda zaman sekolah dulu. Cikgu suruh tulis 'Saya berjanji tidak akan ponteng sekolah lagi' sampai penuh buku latihan sekolah tu tak sama, bro. Kau pejam mata sambil tidur pun boleh tulis lagi. 3000 patah perkataan dalam 4 jam tu macam kau nak keluarkan setitik air dari baju yang dah kering. Hmmm..
Tamat menulis, aku tengok jam: hari masih awal lagi so aku jalan-jalan ar. For your information, aku ni seorang yang kuat berbelanja. So recently bila aku masuk dan keluar dari satu kedai tanpa beli apa-apa then aku sangat berbangga dengan diri aku. Kiranya aku berjaya menolak godaan membeli belah ar. Tapi masalahnya ia tak berlangsung dengan jayanya ar. Contoh: bila masuk kedai pertama then aku berjaya tapi bila masuk kedai kedua pulak then mata jadi rambang dan aku beli lebih banyak. Just imagine je lah yang minggu lepas aku terbeli 2 t-shirt. Bila fikir-fikir balik, ada banyak t-shirt di rumah kot. Even ada baju yang tahun lepas aku beli tapi aku baru pakai sekali jer.
Sama macam hari ni tadi. Masuk beberapa kedai (dengan matlamat just nak cuci mata tengok-tengok jer) then keluar tangan kosong. Bangga wei. Tapi masuk satu kedai lain lagi then terus sambar satu topi, gi depan cermin dan nampak cantik dan terus gi kaunter dan bagi duit. Bila dah dapat duit baki then waktu tu lah baru keluar dalam otak aku: Gosh, apa yang aku dah buat ni tadi? Apa faedah aku beli straw hats ni? Bila masa aku nak pakai benda alah ni? Walaupun harganya sekadar RM19.90 tapi aku dah menganggur lebih setahun setengah ni wei...
Menganggur untuk lebih setahun setengah dan kau masih lagi boleh shopping then ia adalah sesuatu yang hebat tapi tak ada sumber kewangan langsung untuk setahun setengah ialah super disaster...!!
Then aku realize yang Im good in money management but Im worst in earning it.. Hmmmm..
3 comments:
brooooo..
i was in Kuching last week (a last minute travelling alone trip)...on Friday aku jalan2 dr Arif Hotel sampai la ke Plaza Sarawak..i could have sworn it was u..in a chicken buffet rest..nak tegur tapi tak sure..so decided to go to kfc beli air (sbb panasnye time tu)..pas kuar balik bro da takde..was that u??
aku ingatkn ko join bisnes craft kain2 felt tu..
tertipu dgn gambar..
luq.., yap itu bukan kembar seiras tapi that me. Laa.. coincident sangat. Apasal tak tegur., walaupun aku x dapat nak belanja ko makan (sebab kewangan almost sifar waktu tu) at least leh cakap2 ar kan. btw aku pulak rasa teruja bila ada org yang baca blog aku leh jumpa secara x sengaja in real world.
Btw mesti muka aku waktu tu sangat sesuai untuk kena tampar kan? Wakaka
Misshila..,
wei toy tu aku buat sendiri ar. terfikir gak nak buat business tapi hazab nak buat guna kain felt tu wey. kalau nak order sila bagitau ek. wakaka
Post a Comment