Saturday, June 30, 2012

Kasfalela Manja

Entah apsal hati aku tergerak berkata "Apsal Kasfalela Manja ni dah lama x upload status FB?" Kebarangkaliannya it either dia dah bubarkan account FACEBOOKnya or dia dah remove aku dari friend list dia or dia sangat busy. Sebab Kas seorang engineer yang selalu travelling sana sini but still dia sangat active update kat FACEBOOK. So aku check wall dia dan heran apsal ramai yang wish dia semoga semboh dan apsal dia sekarang kat Hospital Umum Sarawak (HUS)? 


So aku tanya Suphia (another friend) dan dia pun x tahu so dia call handphone Kas dan kakak Kas jawab dan mengesahkan rasa curiosity kami cuma dia tak menjelaskan secara detail what happen. So tadi malam aku ngan Phia (beberapa kawan x dapat join dan Koland x lupa datang last minit) pergi ke HUS.

At first bila sampai katil dia, Kas just berbaring. I tho dia keletihan ar tapi realitinya dia memang x dapat duduk pun. Rerupanya dah 3 minggu dia ditahan kat HUS. 8 day earlier dia masuk ICU. That mean masa dia SMS ajak aku dan kekawan lain kuar malam tu ialah hari-hari terakhir before unfortunate event ni berlaku.

Menurut kata emak Kas, memula it just batuk-batuk biasa yang berpanjangan selama 5 hari. Then dia start rasa lemah-lemah sehingga bapak dia paksa buat check up. Then doctor cakap selamat mereka datang awal sebab ada kuman pada darah Kas yang dah effect sistem sarafnya. Kalau lambat then x tahu ar apa yang akan berlaku.

Sekarang ni Kas totally helpless ar. Kalau word yang tak bestnya dia lumpuh hampir sepenuhnya. Sebab 2 part pada dia yang leh bergerak hanya bibir yang tak bersuara dan tangan. Itupun dalam tempoh 3 minggu kemajuan yang baru berlaku ialah tangan kirinya baru bergerak dan ia cukup lemah. Dia x dapat merasakan kaki dia pun malah menelan air liur pun x dapat. 














Sedangkan sebelum 3 minggu ni or hampir 3 tahun mengenalinya, Kas seorang gadis periang, banyak cakap, x suka duduk diam, yang suka tengok wayang, main bowling, kareoke, mc d etc. Tapi satu perkara yang masih ada pada Kas yang kami lawati tadi ialah: Dia masih lagi tersenyum.

















Aku yakin Tuhan x ada menurunkan satu-satu ujian melainkan Dia yakin umatNya mampu menghadapi ujian itu. Plus sekarang Tuhan sedang memberi tumpuan lebih kepadanya. Dan aku berdoa serta aku nak kekawan yang mengenali or tak mengenali dia please doakan agar dia kembali sihat seperti dulu. Ameeen

2 comments:

Muhammad said...

moga doa kita...didengar-Nya.
Insya allah,perkara terbaik terjadi..untuk insan-insan yang tercipta untuk yang mampu menilai dan memikul kebaikan.

Aj Abdullah said...

ia buat aku terfikir: bagaimana jika aku dijemput berjumpa dengan Sang Pencipta ketika aku belum bersedia?