Friday, August 10, 2012

Iklan Raya Sedih

Rasanya kalau dalam setahun x ada iklan raya yang mampu menyebabkan air mata kita mengalir, rasanya pasti akan ada cam rasa kehilangan pada raya tahun tu kan? Walaupun raya ni bermatlamat untuk merayakan kejayaan berpuasa selama sebulan but still kita harus disedarkan bahawa x semua orang mampu menyambut hari kejayaan tu sehebat orang kita. So kiranya iklan ni cam cuba nak kata "Shame on you..!!" ar. Hmmmm..


Bagi aku iklan raya yang paling best ialah iklan Petronas tahun apa tu ntah aku x ingat. Tapi yang pasti ia sewaktu aku masih belajar kat Bangi lagi. Waktu belajar dulu aku bukan jenis selalu tengok TV ar. Lagipun bukannya setiap bilik ada TV ni malah satu blok asrama ni cuma ada 2 TV berfungsi yang perlu dikongsi ngan beratus orang pelajar. So satu hari ni aku terbukak TV dan tertengok ar iklan Petronas ni. Iklan tentang bapak tua yang dilayan oleh menantu secara kureng ar sehingga one event happen buat si anak tersedar. Korang quaranty tau ar iklan tu ar.

Entah apsal air mata jantan aku terus mengalir dalam keadaan yang x comel untuk sorang lelaki dewasa ar. Cam x caya je iklan few minutes tu leh membawa mesej yang cukup besar. Dan aku tau yang aku ni bukan ar anak yang terbaek dan aku selalu bercanggah pendapat ngan bapak aku but still aku x akan buat benda yang sama pada dia. Tapi siapa untuk kata yang kita x akan berubah pada masa hadapan kan? Kekadang kita secara x sengaja akan berubah untuk menyesuaikan diri ngan persekitaran.










Dan first thing aku buat lepas tu ialah aku terus call rumah, tanya khabar etc. Rasanya tahun tu aku x balik raya kot. 













Dan malam tadi tertengok 1 lagi iklan raya ni. Once tengok terus jer air terjun mengalir dari mata aku. Ia adalah iklan raya by BERNAS tentang bebudak yatim piatu yang kurang upaya. Korang layan ar. Hmmmm..

Plus x lupa buat iklan raya mengarut cam burung apa tu: burung murai, mak okey jer, or yang Afdlin Shauki arahkan yang bapak niaga cempedak tu. Hmmmmm..

2 comments:

razfira said...

iklan bapak dgn anak tu mmg sangat sedih.. huhuhu

Aj Abdullah said...

kan? rasanya kalau setiap kali tengok then mesti air mata secara x dirancang akan jatuh gak. Hmmmmmm