Tuesday, August 7, 2012

Meh Melukis 3.0

Aku ada menerima beberapa e-mail dari individu yang tak dikenali nak aku lukis potrait untuk diaorang. Tapi yang x leh blah bila ada yang tanya either aku ada buat kelas lukisan sebab dia nak belajar dari aku. Duh, rasa cam bakat aku dilihat dan dihargai jer bila ada orang yang x kenal aku tetiba nak aku buat something untuk mereka dan ia melibatkan bakat.

Disebabkan aku x belajar melukis dari sesapa aka aku just ambik kertas dan conteng so aku x tau apa cara formal mengajar melukis ni but still dalam post kali ni aku nak share pengalaman aku melukis ngan korang.


1. LAKARAN KASAR


Perkara pertama before korang nak melukis potret or apa-apa lukisan ialah lakaran kasar. Matlamatnya ialah agar korang tahu apa letak kat mana. Untuk beginner melukis potret rasanya korang leh buat garisan salib di mana paksi melintang untuk letak mata dan paksi menegak untuk pastikan kiri-kanan stabil. Kalau x nanti mata lukisan korang satu akan lebih tinggi dari sebelah or pipi kanan lebih gemuk dari kiri etc. 

Then lukis hidung, mata, mulut dan bentuk muka. Lakaran kasar ni bagi aku penting tapi jangan down bila tengok lakaran kasar tu x cantik sebab ia totally x mengambarkan hasil akhirnya kelak. It seem like fail UPSR tak menandakan bahawa perjalanan hidup korang dah tamat ar kan. Hmmmm..



2. HIDUNG


Biasanya benda pertama yang aku akan lukis ialah hidung. Ianya atas 2 sebab: first sebab hidung ialah center of the face so once korang dah lukis hidung then korang leh agak bahagian lain muka contoh cam lurus ke atas hujung ialah pangkal mata etc. Second reasonnya pulak ialah sebab aku suka bahagian hidung pada muka manusia. I dont know but ia comel. Hmmm..

Panduan utama aku melukis hidung ialah 2 bulatan. Aaar aku bukan maksudkan 2 lobang hidung tau tapi bentuk hidung tu. Firstly buat satu bulatan meleper untuk bentuk hidung keseluruhan dan bulatan kedua untuk center hidung tu dan kemudian buat ar lobang hidung Ahmad Nifsu di situ. Yap, that it.



3.MULOT


Mulot ialah part yang mudah jer dalam melukis potret ni. Cuma ada beberapa perkara perlu diambik perhatian cam jangan buat garisan sekitar bibir or guna warna tebal atau garisan yang rapat-rapat untuk bibir lelaki sebab ia nanti akan nampak mamat tu cam pakai lipstik tebal pulak.



4. MATA


Mata ialah part yang paling mencabar dalam melukis potret bagi aku. Ingat lagi masa awal-awal melukis potret dulu selalu sangat berlaku inciden cam mata besar sebelah, mata satu bawah-satu atas, mata ada sebelah cantik sebelah x pulak etc. Sebab mata satu-satunya selain telinga yang ada 2 bijik di muka so kita cenderung untuk membandingkan salah satu so last-last aku banyak lukis manusia bermata satu jer dulu. Hmmmm

Bagi aku mata ialah part paling penting dalam lukisan. Sebab kita tengok manusia pun tengok matanya dulu so sama gak lukisan. Jadi kejayaan melukis mata ialah kejayaan potret tu secara keseluruhan. Dan nasihat aku untuk part ni ialah harus sentiasa ingat yang x ada manusia di dunia ni yang mata kiri-kanannya sama saiz. So jangan rasa kecewa ar bila 2 mata tu cam x sama tapi jangan ar totally berbeza 100% kan. Melampau ar tu.



5. RAMBUT & BENTUK MUKA


Dua part ni aku still fail sampai sekarang. Rambut sebab aku x suka nak mendetailkan part-part helaian demi helaian yang bagi aku cukup membosankan. Betapa aku wish rambut just hitam jer tanpa garisan panjang. Second sebab aku x tahu cara nak membuat rambut tu tampak kepelbezaan antara black, brunette, blond etc sebab aku lukis semuanya tampak black jer.

Bentuk muka pulak aku x pernah berjaya ikut bentuk muka asal. Aku pun x tahu apsal ia mesti ada jer x kena either pipi jadi gemuk, bentuk muka bulat jadi bersegi etc. So nasihat aku, suka hati korang ar, janji ada bentuk muka manusia dah. Hmmmm..



6. DETAIL


Part terakhir dalam setiap lukisan ialah detail. Dalam potret then ini ialah masa kita melukis part-part detail pada muka cam tahi lalat, bayang, urat, garis penuaan, kesan parut etc. Then korang tanya "Nanti x cantik ar lukisan tu kan?" so aku jelaskan: x da ar. Sama cam manusia, setiap ketidaksempurnaan kita itulah yang membentuk siapa diri kita sekaligus menjadikan kita istimewa ar kan?









So apa lagi? Gi ar lukis potret dan kalau dah siap meh, tunjok kat aku. Hmmmm

No comments: