Aku ada 3 kawan pembaca berita kat TV dan sorang kawan as model selebrity. Tapi rasanya kawan paling famous mestilah yang ada dalam gambar kat bawah ni kot. Hmmmm..
Korang jangan risau sebab aku dah blurkan muka dan maklumat yang boleh buat ko kenali dia include nama page dan blog tu sekali melainkan kau terlebih rajin nak search then itu lain cerita ar kan.
Aku kenal minah ni untuk 7 tahun masa sekolah dulu. 2 tahun sekolah rendah dan selebihnya kat sekolah menengah. Jujor aku katakan yang dia seorang yang bijak. Dia join team debat dan guaranty akan menang dan belasah bebudak sekolah hebat-hebat either in BM or English. Dalam kelas pulak dia sentiasa kalahkan aku dalam subjek BI.
So aku x dapat nak salahkan dia sepenuhnya atas apa yang terjadi pada dia sekarang ni. Dia may be mangsa keadaan sama cam penjenayah lain yang bermula dari keluarga yang berpecah belah then berkawan ngan pilihan yang salah then start ponteng sekolah, gaduh sana sini, curi duit kelas, buat itu ini bla bla bla. Dan disebabkan sekolah aku tu bukan sekolah untuk kanak-kanak terpilih so kes dia just an ordinary kes yang cikgu x nak buat apa-apa pon.
Yap, aku salahkan institusi sekolah gak sebab cikgu-cikgu ni x nak buat apa-apa pada sorang girl yang cukup ada talent ni tau. Bila dia in team debate then semua bagi support but once dia start buat masalah then terus diketepikan tanpa nak bimbing dia kembali ke jalan yang betul. Dan cikgu kaunselor kami pulak totally a bitch. Yap, aku x menyesal mengurangkan pahala puasa aku sebab semua kat sekolah: student, cikgu, kakitangan memang dah tahu cikgu kaunselor tu memang bitch yang bertudung.
Dan dia gak sorang girl yang cantek. Muka memang standard selebrity kat TV ar. So ramai ar makhluk-makhluk yang lebih tertarik nak merosakkan dia. So jadi Bohsia. Kedian habis SPM terus kawen sebab termengandung dan x sampai setahun bercerai. Then kawen ngan orang lain lagi.
Teringat waktu form 5 dulu, kekawan yang gila-gila ambik undi dari satu kelas ni nak tahu sapa orang yang paling dibenci dalam kelas kami. Keputusannya: girl paling dibenci ialah dia dan lelaki paling dibenci pula ialah AKU. So x salah kalu aku katakan kalau aku membesar dipersekitaran dia then gambar yang ada kat page tu sekarang ni mungkin ialah aku. Kan?
No comments:
Post a Comment