Wednesday, August 15, 2012

Makanan Exotik: Tombong

Apa makanan erotic.. er I mean makanan exotic or makanan yang bagi korang cukup rare untuk dimakan ke or makanan yang rasanya ada waktu korang kecik-kecik dulu tapi dah jarang makan masa korang dah dewasa ni ? (either sebab ia dah pupus or korang sekarang dah belagak hebat sangat nak makan benda tu lagi). Hmmmm..


Semalam masa berbuka puasa then ada ar satu benda berwarna putih kekuning-kuningan bersaiz sama cam epal atas satu piring ni. Duh, rasanya lebih 6 tahun x tengok benda alah ni. TOMBONG. Duh, aku x tau apa nama benda ni kat tempat korang tapi dari kecik dulu lagi aku dan adik beradik dah menamakannya tombong. Chop, sebelum kami adik beradik menamakan benda alah ni, kami terlebih dahulu akan berebut nak makan benda alah tombong ni. Hmmmm..

Tombong ni benda yang ada dalam kelapa tua dan saiznya akan bergantung pada usia kelapa tu. So makin tu kelapa tu so makin besar ar tombongnya. Ia kira macam buah kepada buah kelapa dan rasanya ia terbentuk dari air kelapa tu sendiri kot. Sebab ia menyejat air kelapa tu dan yang cukup pasti makin besar tombong ni then makin kurang manis ar rasanya. So petuanya kena ar berebut ambik yang kecik dulu dan jangan ar fikir part kali ni nak tamak ambik yang besar pulak. Hmmmm..

Tak tahu apsal sekarang ni dah jarang jumpa tombong. Even 2 anak buah aku yang 10 dan 6 tahun tu buat muka sangat pelik tengok tombong tu semalam. Sedangkan waktu kecik dulu, tombong ialah benda yang cukup dinanti-nantikan semasa orang tua nak potong buah kelapa tua.

Mungkin sebab dulu dudok kampong (sekarang masih duduk kampung lagi apa), kalau nak buat santan kena ambik buah kelapa tua (yang dah disimpan belakang rumah), then belah dan parut sendiri dan kemudian baru leh perah santannya. Sedangkan zaman sekarang ni kalau nak santan just hidupkan enjin kereta, gi kedai, bayar kat kaunter dan potong pek so kuar ar santan. 

As aku kata tadi, aku still duduk kat rumah di kampung. Kat belakang rumah masih ada lagi pokok kelapa tapi buahnya memang x akan sempat tua sebab buahnya hanya digunakan masa muda jer untuk air. Air tu untuk apa pulak? Untuk minum ar, buduh. Hmmmm..




















Rasanya tombong kelapa ni dah jadi makanan yang agak rare dewasa ni. Bila cam peristiwa semalam aka terjumpa balik then waktu tu ar baru teringat balik kenangan masa dulu-dulu dan teringat sekali rasanya waktu ia mulai masuk ke dalam mulut ngan rasanya yang manis tu. Duh, aku puasa.









So korang pernah makan benda nama tombong kelapa ni? Yap honey, ia bukan sombong atau tombol pintu yaa.

3 comments:

MORIBAYU said...

dulu,my abah akan beli kelapa seguni.
bila sampai masa nak susun kelapa itu...kitaorang akan berebut mencari kelapa yg ada tunas (orang kata,kelapa yg bertunas..sure ada tombong).

jadi mana-mana kelapa yg ada kemungkinan bertombong,akan disusun di bahagian atas.so bila ibu nak membelah kelapa,peratusan untuk makan tombong adalah lebih awal dan tinggi.

bila ibu belah kelapa,berebut semua..bawak cawan untuk tadah air kelapa.dapat tombong,jika besar...pecah dua kongsi dengan semua.

ahhhh memori masa silam..mmg enak !!



Aj Abdullah said...

seguni kelapa? nak buat apa banyak tu? btw lupa, memang yang dah ada tunas tu mesti akan ada tombongkan? wakaka..


"memori zaman silap adalah harta yang x ternilai harganya. Hmmmmm.. " sambil tersenyum

MORIBAYU said...

abah dulu mandor kat ladang.
jadi tu pasal,banyak dapat kelapa.

bayangkan harga kelapa turun naik.
but pasaran untuk dapur rumah kami,sentiasa ada bekalan.

:-)

yups~kisah lama mmg berharga.
apatah lagi bila ianya tak berulang.