Thursday, July 19, 2012

Worst Cinema Experience

Perhatian: Kalau korang jenis yang gi wayang semata-mata nak tengok movie tu jer dan kemudian balik rumah dan tidur then post ni bukan untuk korang. Sebab post kali ni aku nak tujukan khas untuk mereka yang gi cinema untuk mendapatkan perkhidmatan terbaek yang boleh diberikan oleh pengurusan cinema tu kepada customer sahaja. Hmmmm..


Apakah ciri-ciri yang menjadikan korang gi satu cinema ni? Adakah:

a) Kerana pilihan filem yang disediakan
b) Kerana pop corn yang sedap
c) Kerana hall yang selesa
d) Kerana audio system yang hebat
f) Kerana pekerja yang mesra

Jujor aku katakan yang before aku kerja GSC aku juga ialah salah seorang yang datang gi cinema sekadar nak tengok movie then habis terus lepak makan sambil buat review dan komen ngan kekawan tentang best or x best filem tu.  

Tapi setelah aku kerja wayang then aku lebih banyak bagi komen tentang once aku jejak kaki ke dalam cinema tu, beli tiket, gi concession, rasa pop corn, koyak tiket, masuk hall, tengok skrin, pencahayaan, sistem bunyi, toilet sehingga ar aku melangkah keluar dari cinema tu. Sebab cinema tu bukan sekadar nak tengok movie jer. Service tu kena betul.

Contoh cam 2 minggu lepas masa nak tengok Spiderman, punya ar geng-geng remaja depan seat aku bawak makanan dari luar ngan serabut, bising, sampah etc sedangkan jelas-jelas house rule kata x leh bawak makanan luar (but still aku pun selalu bawak makanan luar gak sebab harganya jauh lebih murah but still aku berhemah).

Hari ni pulak nak tengok Dark Night Rises bukan maen semangat lagi aku, beli tayangan terawal lagi. Dan pilih seat terbaik: tengah-tengah center dah. But unfortunatelly hall tu suck pulak. Punya ar vertical. Sakit wei tengkuk aku mendongak tengok cerita tu. Itu masih tengah then cant imagine yang duduk depan. Lagi hazab.  Kira tengok gambar bawah ar contohnya:

 
Kemudian tak sampai half the movie masa Bruce Wayne nak cium Catwomen then suddenly filem tu either terkoyak or terbakar menjadikan cerita tu hilang. Almost 15 minit gak tak ada sesapa dari pihak management datang mintak maaf or nak jelaskan apa sebenarnya berlaku. Kemudian cerita start balik dari keadaan yang bukan sambungan tadi. So x ada sesiapa yang tahu apa berlaku dalam tempoh 15 minit tu. Kemudian x sampai setengah jam masa Alfred nak resign tetiba berlaku insiden yang sama sekali lagi. So ada yang x sabar terus keluar.

Jujor cakap cerita ni ialah filem yang aku nanti-nantikan sepanjang 2012 tapi walau sebest mana pun cerita tapi disebabkan betapa sucknya cinema ni buat perasaan aku hancur ar.

















Then teringat kat Sabah ada satu cinema ni yang dalamnya leh guna kerusi lipat kat kedai kopitiam lama. Hmmmmm..


















Jujor aku katakan yang GSC still the best cinema punya services ar. Then korang tanya: Kalau best then apsal ko berhenti? So aku jawab: Kerja wayang tak sebest tengok wayang. Noktah. Hmmmmm

No comments: