Im not gonna talk about susok, saka, damping, puaka, jembalang, toyol or even hantu dalam botol... erk kicap. Im gonna talk about 'things' yang orang dah tak cakap tentangnya lagi. As pokok ditebang untuk penempatan manusia, pembangunan dari desa jadi bandar jadi kota konkrit dan that 'things' yang pernah berkuasa dalam dark forest mulai lari dan lari. What is that 'things'? Kalau kita tengok cerita Red Indian kat Amerika zaman dulu -dulu or even cerita Avatar yang percaya bahawa setiap haiwan ada 'semangat' aka roh sendiri.
Aku pindah ke Kampong Santubong aka rumah family aku sekarang pada usia aku 11 tahun. Waktu tu kat sekolah rendah aku selalu sangat diketawakan budak kampung sebab aku tak tahu sangat dialek Melayu Sarawak yang tahap agak pekat ar sebab selama ni just guna yang basic-basic jer. So aku dilabel as budak bandar yang dudok kampong yang technically aku tak ar bandar mana sangat pon. Aku just kebetolan sebelum ni kurang kawan Melayu dan berada kat bandar yang lebih ramai bukan Melayu dari Melayu jer. Hmmmm..
Okey back to the story.
Kampung Santubong ialah antara penempatan awal yang jauh lebih awal pembukaannya daripada bandaraya Kuching sendiri. It used to be antara perlabuhan entrepot terpenting dan terawal yang melibatkan perdagangan dengan negara-negara besar dunia masa tu such as China etc. Even ia gak pernah jadi tempat ibadah awal untuk agama Hindu-Budha melalui penemuan candi-candi kuno. Then bila zaman dah modern sikit ia pernah jadi antara tempat kediaman James Brooke aka rajah pertama Sarawak.
Tapi apa yang berlaku pada tempat ni or pada tempat-tempat lain aka rumah korang sekarang ni sebelum ada sesiapa manusia yang first menerokainya? Waktu hutan masih dara, masih dark.. Apa yang menghuninya? Unicorn, pegasus? Ooh ya itu mahluk mitos barat. May be cenderawasih, garuda etc yang lebih local? Or may be as dalam cerita Chronicle of Narnia di mana haiwan ada 'something' yang as time goes by manusia mulai lupa akan kewujudannya.
Tadi pagi aku ke kebun then lepak-lepak ar ngan sorang kenalan bapak ni. Dia taklah tua sangat tapi dia dudok kampong dan banyak masa muda dulu ngan orang-orang tua then cakap-cakap ar ngan aku. Aku then terbawak ar satu cerita tentang buaya. Then dia mulai ar cerita. Kalau terjumpa buaya then apa perlu buat etc. It quite nonsense at first bila ia melibatkan jampi serapah etc tapi ada few thing melalui cerita dia yang buat aku cam tak pernah dengar fakta tentang buaya dan masyarakat Melayu ni.
Buaya or ular ni ada satu 'semangat' yang kalau kita tak nak cari musuh ngan dia then ia tak akan kacau kita tapi kalau kita nak jadi 'saudara' dengannya thn it will be a part of us. Naa.. aku tak tahu cam mana nak jelaskannya dalam ayat yang betol.
Ia buat aku terfikir yang there must be something yang ancient in the forest dan yang menghuni dalamnya yang kita pernah tahu tentangnya tapi as time goes by connection tu mulai hilang.
No comments:
Post a Comment