Thursday, August 15, 2013

Awak Gemuk & Hodoh..!!

Korang mesti pernah tengok kat FACEBOOK or blog or dari majalah terus tentang iklan yang menjual produk kurus, kecantikkan dan kepuasan seks yang guna medium iklan yang 'luar biasa' semata-mata untuk menarik pelanggan. So ada gambar pak cik tua ngan bini muda tersenyum puas, awek pakai tudung ngan baju ketat tunjuk payu dara besar or akak yang tunjuk muka masam masa gemuk dan tersenyum bila dah ramping. Itu belum masuk part statement macam "Sekarang saya dah bergetah semula, suami pun dah puas" or "Dulu orang kata saya hodoh dan gemuk tapi sekarang Justin Bieber pun sukakan saya.." OMG tahap mengarut isnt it?

(gambar songlap dari blogserius. Malas nak design lak kali ni)

Apakah cantik?
Kulit putih, rambut lurus, body bentuk gitar, bibir gebu bla bla bla. Sapa kata benda semua tu cantik? Iklan, drama, filem, majalah etc. Menjadikan orang yang tak ada semua ciri-ciri tu rasa yang dia hodoh. So mereka pun guna Fair & Lovely untuk jadikan kulit mereka putih, Dove supaya rambut mereka luruh, Sendayu Tinggi untuk jadi kurus, botox sana sini, susuk bla bla bla. Kesian kan?


Aku percaya bahawa hidup ialah tentang perjalanan mencari diri sendiri. Pada usia remaja, kita cenderung untuk meniru pelbagai personaliti semata-mata untuk cari which one suit us more. Kita cuba itu, kita cuba ini sehingga kadang-kadang kita hilang diri kita sendiri sehingga kita rasa kita bukan diri kita sendiri lagi. Yap, It sucks bila kita dah jadi orang lain. Sehingga satu masa kau dah jumpa siapa diri kau tu tapi ia lebih sucks bila orang di persekitaran kau tak dapat terima diri kau tu seadanya.

Then mereka akan suruh kau bertukar jadi apa yang mereka nak. Mereka akan suruh kau luruskan rambut kau yang kerinting, suruh kau guna produk ni untuk putihkan kulit gelap kau, suruh kau pakai baju itu ini, lepak tempat itu ini bla bla bla. Kalau dia kawan then putus, kalau dia awek then break, kalau dia family then cari family lain. Okey, nasihat terakhir tu jangan ikut.

Sebab kalau kawan atau kekasih yang baik perlu menerima kau seadanya dan kau tak perlu berpura-pura jadi orang lain semata-mata nak menggembirakan hati mereka. Berpura-pura menjadi orang lain ialah saat yang sangat menyakitkan (melainkan kalau kau seorang yang pengotor, racist, kolot etc then kau memang perlu berubah ar). Lebih-lebih lagi kalau dah sampai tahap mereka kata "Kau gemuk, aku malu nak keluar ngan kau" or "Selagi kulit awak masih hitam macam bangla pekerja kontraks, selagi tu kita tak akan dating kat public.." Yap, orang macam ni memang layak kena tembak kat khalayak ramai tapi lebih menggembirakan bila kau jawab dengan tenang sambil tersenyum "Aku boleh terima diri aku yang gemuk dan hitam ni so kalau kau tak dapat terima aku seadanya then carilah orang yang kurus dan putih yang kau nak tu. Plus aku pun malu gak nak keluar ngan awek cantik tapi mulut bau lebih teruk dari longkanng. Bye..!!" then blah..







Realitinya tak ada manusia yang sempurna. Aku pernah jumpa sorang lelaki ni. Perempuan sangat adore pada dia sebab dia ada rupa, ada body dan ada otak yang bijak. Kombinasi yang membencikan kan? Dia mulut manis ngan perempuan tapi ada masa mulut dia jahat dan dia pernah share benda tak best tentang aku belakang aku. Membuatkan aku nekad nak cari kelemahan dia and make fun out of it. So satu hari pada satu event ni, aku jumpa series of kelemahan dia. Selain dia ada part yang agak lawak pada badan dia, dia juga ada asthma yang teruk, takut gelap dan dia tak boleh makan banyak benda sebab kulit dia sangat sensitif. Entah kenapa aku terus tak terfikir nak make fun of kelemahan dia tu. Sebaliknya aku bersimpati. Dia sekadar lelaki biasa yang kebetulan tuhan bagi sedikit kelebihan. Dia macam sampah yang kau bungkus dengan kertas pembalut hadiah yang cantik. 










Bila kali terakhir kau peduli apa yang orang kata tentang kau? 5 minit yang lepas? Ooh aku simpati. Adakah kau peduli apa yang dia kata sebab dia ada sentiasa di sisi kau masa kau susah, menanggis, tak ada duit etc or dia suap makanan dalam mulut kau setiap kali kau lapar? Kalau tak, please jangan peduli apa orang kata. Sebab selagi mereka ada mulut so selagi tu mereka akan tak puas hati pada setiap benda yang kau buat. Kau pernah dengar cerita Lukman Al-Hakim, anaknya dan keldai tu? Yap, manusia sentiasa akan cari kelemahan kau dan tak puas hati dengan apa yang kau buat. So, selagi kau tahu apa yang kau buat tu betul maka jangan peduli apa orang kata tentang kita.



Aku ada Psoriasis yang menjadikan kulit aku nampak macam orang yang ada chicken pork sepanjang tahun. Perut aku boroi dan aku tak terfikir sedikitpun untuk jadikannya six pack. Suprizingly Im happy with it. Dan aku boleh pakai tank and short lagi kat public. So bila ada orang tengok aku ngan pandangan yang aku ni ada penyakit kusta yang berjangkit or mulut mereka membebel macam aku nak rogol anak dara diaorang, then aku siap leh ketawa sorang diri. Then kau boleh kata yang "Kau lain ar AJ sebab kau ada keyakinan diri yang tinggi" Hey, trust me yang pada zaman remaja aku dulu pun aku pernah menanggis sampai kembang-kembang mata dan salahkan tuhan sebab jadikan aku berbeza. Tapi sekarang ni aku sangat happy sebab aku rasa aku normal dengan cara aku sendiri. 





Mulut orang akan kata tanpa henti bagitahu kau gemuk or hodoh. Dengar dan ketawa jer. Jangan pernah iktiraf dan kata diri sendiri yang kau gemuk dan hodoh. Bagaimana caranya? Terima setiap kelemahan dalam diri dan jangan bandingkan diri dengan orang lain. Hmmm..

2 comments:

Anonymous said...

honestly j, kau tau first temu kau, n tgk ko ada psoriasis, of coz la scr normalnya, bila tgk sumthing yg pelik drpd biasa d ngga..mmg ada rasa eh kenak nya cmya? bjangkit ka? sakit ka? tp bila da kenal kau, ko xmencerminkan dirik ko sakit, so penyakit ko ya xmenyerlah bbanding attitude kau.. lamak2 biasa jakla ku tgga kau, xda lain drpd lain, kecuali ko lelaki beperut boroi, dan aku wanita bperut buncit..sikit jkla.. hahahaha..

tp yala setiap ari kita mungkin akan bjumpa dgn org yg 1st time tgk kta n 1st time juak tgk yg pelik dari dirinya.. so, jgn juak menghukum org ya xmemahami sbb nya xtauk, tp biarla kita pun juak bsangka baik, anggap org ya akn belajar dari kekurangan kau, menginsafi diri supaya ada kesedaran utk mghargai diri, respek dgn org lain daripada ngga dari negative side cam pandang rendah dgn org lain.

Aj Abdullah said...

yaa lah kita kekadang takut ngan sesuatu yang x sama ngan kita. kita cenderung untuk menghukum sesuatu yang kita takut. the best way ialah jangan hukum orang tapi iboh xpext orang akan molah benda yang sama untuk kita juak. kan?

btw siapakah anda miss anonymous?