Thursday, August 29, 2013

KL Zombie A Film Review

Zombijaya ialah novel Fiction Bahasa Melayu yang aku boleh kelaskan as berjaya. Bila aku dengar ura-ura novel tu akan diadabtasikan ke dalam bentuk filem so aku sangat happy tapi bila trailernya dah keluar, seriusly aku rasa sangat sedih sebab aku yakin filem ni totally akan menggecewakan aku ar. Hari ni before tengok tayangan KL Zombie, aku tak nak letak apa-apa expectation takut kalau aku expect tinggi sangat then bila ia tak mencapai apa yang aku nak then aku akan frust menonggeng. So bila dah tengok, yap.. aku tak frust menonggeng tapi mulut aku tanpa henti keluar sumpah seranah. Hmmm..


1.
Bila aku dapat tahu Zizan akan bawa watak Nipis then hati aku berbelah bahagi. Feelnya kira macam bila aku dapat tahu Ben Affleck akan bawa watak Batman. Persamaan Zizan dan Nipis? Both kurus. Nipis ni walaupun sengal tapi dia ada emosi yang kuat. Bila dia marah, kita dapat rasa. Bila dia sedih emak dia tinggal separuh badan jadi zombie, kita dapat rasa kesedihan dia. The great part tentang Nipis ialah watak dia berevolusi.. Dari seorang kutu yang tak boleh diharap then dia jadi someone yang sangat bertanggungjawab. Tapi Zizan pulak tak dapat bawa watak kepelbagaian. Bila emak dan kembar dia sah jadi zombie, dia tak nampak macam orang sedih. Bila dia nak bunuh budak zombie tu sebab bunuh orang yang dia sayang, still tak nampak dia marah. Emosi dia hanya untuk lawak jer dari start sampai habis cerita. POYO dan BORING..!!


2.
Cerita ni tak ada emosi. Imagine kalau semua orang yang kau sayang mati adakah kau masih boleh pergi mall sambil bawak bakul siap makan keropok dan jalan lengkang kangkong lagi..? Watak dua budak tu sangat macam tak penting and fail sedangkan dalam novel, watak mereka quite penting dan mereka juga bermain emosi. Mereka hilang harapan dan terpaksa bergantung dengan Nipis yang sah-sah perangai lebih kurang sama je macam budak kecik. Part diaorang berlawan guna kapak dan tampar zombie tu sangat merapu habis ar.


3. 
Watak Ucop Wilca melebih-lebih tahap membencikan ar. Part dia banyak sangat sehingga nampak kosong. Lawak pun apa-apa entah. Macam sekadar nak menumpang populariti wataknya dalam Zombie Kampung pisang jer. Sama gak macam watak bro yang jual ice-cream depan sekolah, mamat bawak bas, mamak tek tarik, group hoki tu semua merapu tahap membuang masa dan mengarut. Disebabkan banyak sangat watak dan scene yang tak perlu so zombie hanya menyerang KL and Klang Valley untuk2 hari 2 malam jer before 'penawar' ditemui. Hmmm..


4. 
Novel Zombiejaya ialah idea asal MJ Woo dan Adib Zaini as penulis. Versi filem pulak diarah oleh MJ Woo dan Adib Zaini as orang penting belakang tabir gak. So expectation aku bila orang yang sama menghasilkan novel then mengarah filem then impaknya pasti best. Teringat aku filem Ayat-Ayat Cinta yang bagi aku gagal sebab aku sendiri pernah baca novel versi Indonesianya dan novel tu sangat best. Even penulisnya pun tak puas hati sehinggan next film project based on novelnya Ketika Cinta Bertasbih, dia jadi orang aktif belakang tabir dan filem tu berjaya dengan hebat. Sebab penulis ada ego sendiri yang nak kekalkan cerita dia. Tapi untuk KL Zombie ia tak berlaku. 


5. 
Korang pernah tengok Zombieland, Shaun Of The Dead and Zombie Kampung Pisang? Kalau korang layan KL Zombie ni korang pasti akan perasan part-part yang iras-iras macam 3 filem tu. Tapi masalahnya filem ni tak berjaya sikit pun macam filem tu. Mungkin filem ni terlalu banyak sangat nak tiru itu ini, aplikasikan teori itu ini last-last berkecamuk jadi filem sampah. Seriusly kalau satu cerita bagus, korang tengok sikit je dah tahu. Tapi cerita ni tak sampai 10 minit, aku dah terasa nak keluar hall wayang tu dah. Kalau aku nak stay gak then jiwa aku akan terseksa. But still aku stay sampai habis sebab brand Zombijaya. Hmmm


6. 
Ending mengarut habis. Korang boleh imagine tak yang zombie boleh sembuh jadi manusia balik? Kalau Warm Bodies, Zombie Kampung Pisang or Black Sheep tu aku boleh terima. So kalau dah ada penawar so everything berakhir ngan happy ending. Bullshit..!! Sedangkan penamat novel tu sangat epic. Semua watak penting mati kecuali 2 orang ni. Bila watak-watak tu mati, kita boleh rasa tragis dan kesedihannya sekali. Dan filem ni tak ada watak antagonis. Sedangkan dalam novel, nasib malang berlaku bertubi-tubi. Aku suka part bila dijelaskan tentang perangai manusia berubah bila chaos happens dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk survival. Filem lak macam zombie tu cuma serang kurang 30 orang je rakyat Malaysia jer. Hmmmm


7. 
Novel tu bercerita tentang politik di Malaysia secara sindiran dengan ayat sarcasm dan seks. Tapi filemnya tak ada. Hmmm














Kesimpulannya: filem KL Zombie mengecewakan. FIXI if in case Invasi or Bisik or Ilusinati dijadikan filem then please jangan main-main. Kecewa wey. Filem ni boleh diumpamakan seperti penjajahan minda oleh golongan kapitalis yang tak berjaya. 

2 comments:

Azila Aizuddin said...

Well, memang sampah pun cerita ni. I siap tidur dalam wayang. I suka semua point you, paling best number 3. Ha ha. Nak sumpah seranah pun dah tak mampu. Sama lah movie ni macam Bisikan Pontianak ke apa entah yang kemain poster dia tapi macam haram.

Aj Abdullah said...

Aku ada senarai filem yg aku x akan bazirkan duit tengok kat wayang sekalipun diaorang bagi tiket free:

1. Filem arahan Razak Mohidin
2. Filem keluaran MIG
3. Filem yang ada unsur rempit dan gangster


Lagi?