Monday, September 2, 2013

Megat Eusofe Ke Kuching

Kerja pertama aku dulu ialah as a librarian assistant. Kontraks untuk 3 bulan jer. Salah satu kerjanya ialah key in code buku. Sebab kerja depan komputer so ada masa layan tenet ar. Waktu tu ada satu social network before Frienster yang aku dah x ingat apa namanya entah. Di situ aku kenal sorang bro almost 30 yang suka bagi nasihat kepada aku. Kemudian aku sambung belajar di Bangi and kami still keep in contact. So satu hari ni dia SMS kata nak jumpa. Aku okey jer dan satu petang ni dia datang ambik aku kat kolej. Dia bawak aku guna kereta Proton Lama dia ke Kajang. Kami lepak kat Sate Hj Samuri dan borak-borak. Sehingga cerita dia bertukar kepada topik lain: SEKS. Selamat aku pandai elak so keterunaan aku terpelihara. Aku rasa dia antara penyebab terhebat aku jadi homophobic kot. hmmm..


Megat Eusofe kata dia nak datang Kuching. Waktu tu perasaan aku bercampur between teruja dan takut. Teruja sebab mamat nama Megat Eusofe ni banyak inspired aku melalui penulisan, artwork dan gambar-gambar dia. Takut sebab otak aku terus teringat balik incident first time jumpa kenalan internet dulu tu. 

...

Aku kenal Megat Eusofe sekitar 3 tahun lepas. Mula-mula melalui komen blog then aku jadi follower blogs dia, kedian kami jadi kawan di FACEBOOK dan sekarang di Instagram. Tapi kami tak pernah berjumpa (yap salah satu sebabnya ialah aku di Sarawak dan dia di Semenanjung sana) but still aku rasa sangat rapat dengan dia walaupun hubungan kami sekadar kenalan maya. 

So bila dia kata dia nak datang Kuching sekitar 2 hari so part teruja aku memang membuak-buak ar. Orang yang kenal aku pasti tahu yang kalau aku teruja pada sesuatu then ia akan terserlah dengan jelas pada riak wajah dan perbuatan aku ar. Lebih-lebih lagi bila individu yang aku cukup adore untuk 3 tahun dalam internet then datang dan antara perkara terawal dia nak buat ialah jumpa aku. Makin lah aku teruja ar kan. So aku awal-awal bagitahu family aku x boleh dikacau sabtu ni sebab kawan aku dari KL datang. Even aku kata aku akan balik betul-betul lewat and suprizingly diaorang tak membebel macam biasa. Tak ada kata jangan lewat sangat sampai 1 pagi bla bla bla yang so sure aku akan langgar.


Aku x suka terlalu merancang tapi hari tu aku sedikit merancang. Dia kata flight dia sampai sekitar tengahari. So aku estimate masa dia nak mandi, tidur kepenatan jet lag effect so sekitar 4.30 cam tu kiranya dia dah ready kot. So pukul 1 aku turun dari rumah. Lagipun plan aku nak singgah beli wrapping paper untuk bungkus hadiah aku nak bagi dia but unfortunately kedai yang punya banyak wrapping paper cantik tu suddenly dah out of business. So aku pergi kedai buku terdekat yang tak punya pilihan banyak. Lepas tu aku gi Kuching Waterfront nak habis baca buku yang dah berbulan aku beli. Waktu tu lah aku baru teringat kenapa aku tak suka keluar hari Sabtu. Sebab hari Sabtu ialah hari budak-budak remaja yang baru akil baligh keluar tunjuk fesyen dan perangai setan diaorang.

Kalau hari biasa garenty emosi aku akan terganggu tengok makhluk tak cukup akal tu semua. Tapi sebab rasa teruja aku tu ada so emosi aku tak terjejas. Jam 4 aku gi Tune Hotel. Duduk lobi hotel yang rasa panas sebab Tony Fernandes nak jimat duit bayar bill air cond. Disebabkan aku ada kemahiran tak peduli apa orang nak kata so aku buat-buat dono je ar baca buku kat lobi tu. Tengok jam dah 5.15pm. Still tak ada SMS or call. Aku fikir mungkin dia penat sangat so dia still tidur kot. So aku keluar hotel dan kembali ke waterfront. Kalau masih tak ada call sekitar jam 6 so aku blah. 


Salah satu sebab kenapa aku x suka merancang satu benda ialah bila ia tak berjalan seperti mana yang aku rancang. Aku pulak jenis lelaki yang emosi mudah naik turun. So kalau aku tak jumpa Megat Eusofe hari ni so semua yang aku rancang totally tak berjaya satu pun. Tapi tak sampai setengah jam aku nampak sorang ni yang agak familir (kecuali part badan dia lebih besar dari apa yang nampak di internet). Dia Megat Eusofe. Rerupanya dia ada hantar msj tapi melalui Wassap dan masalahnya handphone aku yang tak seberapa nak smart tu tak ada pakej internet lak. Hmmm





Megat.., 
Kalau kau baca post ni, aku sorry sangat sebab nampak sangat senyuman aku tu tak iklas masa kau nampak aku kat waterfront tu kan? Yap, aku moody giler waktu tu. Tapi bila kau sanggup balik semula ke hotel, tak nak join kawan kau jalan-jalan ngan hadiah tu lagi membuatkan aku tersentuh habis ar. Then bila kita lepak minum tu then ada satu rasa takut datang dalam diri aku. Bukan rasa takut macam kena liwat. Noo..!! Ia takut macam kalau aku terjumpa arwah Yasmin Ahmad masa hidup dia. Aku hanya akan terdiam dengar dia cakap satu persatu sambil angguk-angguk memanjang.

Lebih-lebih lagi rasa takut tu timbul bila setiap masa aku tengok kau, aku dapat lihat diri aku sendiri bercakap. Bercakap tentang perkara yang aku nak sangat cakap tapi aku yakin tak ada sesiapa yang nak dengar cerita aku tu. Kau seperti mulut yang sedang membicarakan apa hati aku nak bicarakan selama ni.  Antaranya tentang post pertama yang kau komen pada blog aku dulu. Dan ia menakutkan aku. 

Dan selepas kita keluar dari cafe tu, aku tak tahu apa yang berlaku. Terlalu banyak benda yang perlu diproses oleh otak aku. Aku sampai rumah before jam 9 dan parents aku terkejut sebab aku balik sangat awal. Dan sepanjang seesokkan harinya aku banyak mengelamun dengan rasa takut yang tak surut-surut.








Hari ni aku bangun dengan otak kembali waras. Then aku terfikir satu benda. Duh, kenapa aku tinggalkan dia sorang-sorang lepas keluar dari cafe tu? Sedangkan plan asal aku nak bawak dia pusing-pusing Kuching Old Town malam-malam hari naik basikal beca sambil bagitahu lokasi-lokasi best sekitar yang dia boleh lawat esoknya. Duh, aku sangat fail..!!







Megat Eusofe, so so sorry sebab aku sangat freak yang pelik..!! Next time kau datang lagi aku janji akan jadi tourist guide yang bertauliah dan tak terganggu dek emosi. Hmmmm

1 comment:

MORIBAYU said...

salam

me cuma nak cakap 3 perkara.

1-warna kertas pembalut hadiah itu.Sama dengan warna dinding my room.Dan ianya adalah my fav colour.Terima kasih...kerna bersusah payah.Untuk hadiah ini.Ianya benar-benar bermakna for me.

2-satu2 benda yg me lihat masa jump kamu.adalah sengeh kamu yg paling bersinar itu.hey,jika tak..sudah tentu me tak perasan kamu disitu.
Yups,mmg kesempatan untuk ke kuching kali ini.Me mmg harap dapat ketemu kamu.Me akan rasa bersalah.jika ke ke kuching dan tidak memberitahu kamu.Dapat memberi buku journal dan photo dari hasil travel semalam 6 bulan yg lepas.mmg memberi kelegaan.Moga ini dapat memberi sedikit inspirasi untuk kamu ya.

3-yups,mungkin kamu agak kompius.sebab me yg banyak bercakap.sampai buat kamu lupa ttg plan yg telah diatur.takpa,next time jika ada punya waktu utk ke kuching.kita pusing-pusing lagi ya.

terima kasih sekali lagi..untuk kamu kamu.