Tuesday, September 3, 2013

Ilusaniti A Book Review

Soalan: Apakah ciri-ciri utama penyebab korang membeli sebijik buku? Adakah oleh faktor:
a) Penulis
b) Syarikat penerbitan
c) Sinopsis belakang buku
d) Review Internet

Jawapan aku: Salah satu or keempat-empatnya sekali. Hmmm..


1. Penulis
Tapi seriusly aku banyak kali terkena ar. Bila aku baca satu buku ni best so aku jangka penulis ni akan bagi impak yang sama pada buku penulisannya yang lain. So aku gi kedai buku dan borong 3-4 bijik buku oleh penulis yang sama. Hasilnnya sedikit menggecewakan gak ar. Sebab ada masanya sorang penulis ni hanya mampu menghasilkan satu master artwork sedangkan karya lain biasa-biasa jer. Sebab susah wei nak cari idea hebat untuk memuaskan hati pembaca. Plus menulis tu semudah membaca.  Lagi pula manusia cenderung untuk membandingkan dengan karya yang terbaik. 

Ilusaniti ialah buku kedua oleh Adib Zaini yang aku milikki. Sekali lagi aku katakan yang Zombijaya ialah antara buku fiksi Bahasa Melayu yang best pernah aku baca. Kalau tolak tepi filem KL Zombie then aku percaya yang  Adib Zaini mampu menghasil sesuatu yang kalau tak lebih baik at least setanding dengan kehebatan Zombijaya. Hasilnya tak mengecewakan.


2. Syarikat Penerbitan
Syarikat penerbitan banyak bagi pengaruh pada aku especially local publisher ar. Contohnya macam buku pertama aku beli dari Lejen Press title Timid by A. B. Hashim sangat menerujakan. Next time aku gi bookstore beli Angur, Himself oleh penulis yang sama. Nextnya lagi, x jumpa buku oleh penulis yang sama so aku beli pulak buku lain oleh penerbitan Lejen jer. Sebab kebetulan semua buku yang aku beli dari penerbitan Lejen sangat best so aku expect yang jenama Lejen boleh dipercayai dalam menghasilkan penulis buku yang best.

Aku letakkan 50-50 kadar kepercayaan aku pada FIXI sebab aku pernah baca dan milikki beberapa buku yang sangat best (Zombijaya, Invasi, Bisik), biasa-biasa (Ngeri, Tabu) dan OMFG tahap aku baca setengah jalan jer then berhenti (Asrama, Kelabu, Gergasi). Aku tak kata buku tu tak bagus cumanya ia bukan genre yang sesuai dengan jiwa dan raga aku ar. Contoh kau kata filem terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia ialah Adnan Sempit or Hantu Botol Kicap tapi aku lah kata Muhsin so kita tak share genre yang sama ar kan?


3. Sinopsis Belakang Buku
Aku lebih terpengaruh dengan book cover daripada sinopsis belakang buku. Sebab sinopsis ni kira macam trailer filem ar. Ada masa tu trailer bukan main gempak lagi tapi bila tengok filem punyalah tahap sampah masyarakat. Sebab aku pernah baca sinopsis belakang punya ar seram tapi bila baca dalam cam feel baca buku tadika jer. Boring nak mampos.

Bila aku beli Ilusaniti, aku tak baca sinopsis belakang pun. Aku tengok buku ni ada kat rak then terus aku sambar sebijik dan bayar kat kaunter. Sebabnya...,


4. Review Internet
Aku rasa review internet banyak memberi pengaruh besar kepada aku dalam membeli buku. Aku kiranya macam budak kecik yang akan pujuk emak beli keropok sebab ia nampak sedap kat kaca television ar. Ada masa tu blogger ni dia bagi pro and cons buku tu. Kalau buku tu memang best then gaya bahasanya akan buat kita rasa teruja yang teramat sangat ar sampai terus nak gi kedai buku terus. Tapi tak semua review boleh percaya. Sekali lagi issue genre ar. Contoh kalau sorang ni kata Tomok comel then kita tahu ar yang kalau kita letak sekor monyet pakai bow tie pun dia akan kata benda yang sama gak.

Ramai yang bagi review buku ni best tapi tak sehebat Zombijaya ar. Plus kalau review buku then aku paling percaya penilaian ngomelsikit.blogspot.com sebab citarasa kami  lebih kurang sama.




TAMAT.




Sinopsis Ilusaniti
Ulusaniti ialah cerita tentang a group of online gamers yang berjumpa but then satu persatu mereka meninggal dunia. Menjadikan semuanya misteri apabila mereka semua berkongsi mimpi yang sama dan kemudian mereka mengalami masalah memori hilang dan imaginasi tahap3D effect ar. So persoalan yang timbul ialah apa sebenarnya yang berlaku?


Cerita ni bermula agak mendatar dan boring sikit macam Zombijaya tapi once grafnya dah naik then korang tak akan berhenti membaca. Ayat Adib Zaini berjaya menghasilkan imaginasi Kota Tanpa Cahaya dan ketegangan dalam buku tu. Dan ia menakutkan aku. Cuma aku tak suka bahagian peleraiannya ar. Ia agak mengarut. Endingnya pun sama. Sebab aku tak suka happy ending. Kalau semua watak mati mesti best. Tinggal sorang tapi dia jadi gila. Tapi ending cerita ni bukannya happy mana sangat pun sebab watak penjahat tu masih bebas dan watak utama pun tak bahagia mana pun.

Satu part yang menjadikan aku agak pening dalam cerita ni ialah pada nama-nama online game diaorang yang membuatkan aku tak siapa itu siapa ini sebenarnya. Then bila diaorang berkomunikasi tentang game tu totally buat aku skip sebab sepatah haram tak faham. Bukan salah dia pun tapi sebab salah aku yang tak tahu apa-apa tentang benda nama game ni.

Then kewujudan Shelly. Ingatkan yang dia just buat cameo je rerupanya sampai ke penghujung gak. May be sebab aku a bit homophobic sikit so most of the time aku naik geli bila watak dia muncul tapi bila masuk part diaorang have a seks tu dah buat aku tabik spring pada imaginasi Adib Zaini. Sayang bab tu pendek sangat. Korang jangan fikir kotor tapi seriusly part tu cantik tapi macam kena censored dan tergantung jer. Even bila watak utama (yang aku tak tahu pun apa nama dia sebenarnya) pilih untuk bersama Shelly, aku sikitpun tak terfikir untuk hubungi Barisan Nasional dan laporkan yang buku ni menyokong LGBT tapi ia buat aku tergamam dan kata "Betapa cinta ni kadang-kadang hadir dalam bentuk yang kita tak jangka dan aku respect pada watak ni sebab dia berani menerima cinta dalam bentuk tu.."











Ilusaniti. Aku tak pasti sama ada ia illusination, illuminati or insanity ataupun gabungannya. Walaupun ia tak mampu menghasilkan impak sebesar Zombijaya tapi ia tetap mewujudkan feel dark dan rasa takut yang lebih kurang sama. Dan andai kata ada usaha nak menjadikan buku ni as filem then jangan lakukan kesalahan yang sama seperti KL Zombie. Hmmm

3 comments:

Anonymous said...

Bro, ending dia apa citer eh? Tak faham lepas part chew tu mati then tetiba life si watak utama tu dah okay balik. Pening

Aj Abdullah said...

watak utama tu bukannya okey balik tapi dia jadi gila dan dia fikir semuanya dah kembali okey je kan? Entah ar.. mungkin ya mungkin tak. hanya penulis je tahu tapi cukup pasti dia nak kita as pembaca tentukan endingnya macam mana yg kita nak. agaknya ar kot

Anonymous said...

Yeah..ending buku ni,Fariz jadi gila..and dia tgh main chess dengan Zack.But,bkn Zack da mati?Kenapa mesti Zack?Kenapa bkn org lain mcm Big Boss,Chew dll...It must be something