Part yang tak best tentang mati ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku. At least kalau kita tahu awal then kita akan buat persediaan banyak-banyak or paling tidak pun cuba untuk mengelak daripada ia terus berlaku. Part yang best tentang mati pula ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku kepada kita. Menjadikan kita perlu bersedia untuk menghadapinya sepanjang masa. Hmmm..
Bila usia terawal kawan kau meninggal? Kawan pertama aku meninggal masa aku di tadika dulu. Dia seusia dengan aku dan kami berjiran duduk satu level dalam flat polis. Aku yakin aku tahu meninggal tu apa waktu tu tapi aku masih terlalu kecil untuk faham emosi apa yang perlu diletakkan pada ketika tu. Then sewaktu aku di sekolah menengah pula senior setahun atas aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal. Aku tak rapat pun dengan dia and even dia jenis budak 'nakal' dan pembuli sikit masa di sekolah. But still aku tak terfikir untuk kata padan muka or he deserved it sebaliknya aku sedih dan bersimpati sebab dia pergi pada usia yang terlalu awal. Dia tak sempat nak menikmati keindahan dunia remaja pun.
Then pada penghujung sekolah menengah ada sorang senior yang setahun lebih muda dari abang aku pula meninggal. Dia seorang yang baik dan bijak dan disenangi ramai. Aku memang tak rapat dengan dia pun tapi kami sempat bersekolah sama untuk beberapa tahun. Even aku kenal adik-adik dia. Dia meninggal masa tahun dua di universiti kalau tak silap aku pada sehari before raya (or sehari before puasa). Emak dia meninggal beberapa tahun sebelum tu dan dia bawak peranan sebagai anak sulong dan tak lama lepas tu dia meninggal pula. Dia seorang yang berpotensi untuk bawak something great for the community tapi tuhan sayangkan dia lebih.
Tahun lepas pula kenalan satu universiti meninggal. Dia dah kahwin dan dah ada kerjaya sebagai seorang pensyarah dan dia meninggal disebabkan serangan jantung. Realitinya aku tak rapat pun dengan dia. Rasanya sepanjang 3 tahun di universiti, kami hanya bercakap kurang 20 patah perkataan je kot. But still berita kematian dia ialah satu yang mengejutkan ar.
...
Pagi ni aku dikejutkan berita tentang seorang kawan yang aku dah kenal sejak dari darjah 5 yang duduk selang beberapa rumah je dari rumah aku meninggal dunia hari ni semasa bertugas sebagai anggota polis di Putrajaya. Dikatakan yang dia rebah semasa bertugas dan meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital. Dia seorang yang baik. Seorang kawan, seorang anak, seorang suami yang baik. Dia periang, suka berjenaka dan akan menyakat aku setiap kali berjumpa. Kali terakhir aku bercakap dengan dia ialah sewaktu kat LCCT masa aku masih belajar dulu. Kebetulan kami nak balik ke Sarawak.
Untuk sesiapa yang baca post ni, sila sedekahkan al Fatihah untuk seorang sahabat bernama Herman Shah bin Bujang. Al Fatihah
No comments:
Post a Comment