Dah lama x buat movie review. Al maklum x ada kerja so x ada fulus ar. So selama tempoh tu aku sekadar aktif jadi pendownload filem secara haram je. Tapi disebabkan aku sangat-sangat maniac pada X-Men so aku dah berada dalam hall pada hari pertama, tayangan pertama lagi. Wakaka. Aku pun tak tahu entah apsal dalam banyak-banyak komik superhero, aku terlebih maniac pada X-Men. Mungkin sebab dibesarkan dengan menonton X-Men kartoon era 90-an, abang ada komik X-Men, dah besar boleh download lebih banyak online comic plus sorang superhero adalah hebat so sekumpulan superhero adalah jauh lebih hebat. Kan? Wakaka..
Seperti yang aku katakan tadi, aku sangat extra teruja pada kehadiran hari ni. Hati aku sangat membuak-buak tak sabar nak tengok mutant and supermutant power tu. Dalam perjalanan pergi, aku teruja. Sebelum masuk hall, aku teruja. Semasa dalam hall, aku terlebih teruja. Bila dah keluar hall, aku jauh lebih teruja. Dan sampai rumah aku terus tulis post ni. Sebabnya? Aku sangat-sangat teruja. Ha ha ha..
...
Kalau korang tengok trailer then korang pasti akan ada banyak soalan. Antaranya kenapa Prof Xavier in the past tu dah boleh berdiri balik? Bukan ke dalam First Class dulu dia dah lumpuh. Or kenapa Beast boleh ada kulit manusia balik? Bukan ke dalam First Class dia dah jadi mangsa ujikaji dia sendiri lalu jadi raksaksa biru tu. Ataupun bukan ke Prof Xavier dah mati masa dalam X3 dulu ke masa kena bunuh oleh Dark Pheonix tapi apasal dia boleh ada balik in the future? Bla-bla-bla. Sebenarnya ada soalan yang boleh dijawab secara langsung bila korang tengok filem ni tapi ada soalan yang diberi jawapan tapi tak secara direct dan korang perlu guna akal untuk menyantum neutron-neutron dalam otak tu.
Soalan dari aku: Adakah filem-filem X-Men sebelum ni punya direct link dengan filem kali ni? Jawapan aku: Ya tapi ada sedikit pertindihan data tapi ia tak termasuk X-Men Origins dan the latest Wolverine but still boleh relate sikit-sikit ar. Kalau nak buat time frame then kronologinya ialah: First Class-Day Of The Future Past-X1-X2-X3-Ending Day Of The Future Past tapi disebabkan minda Wolverine dah dihantar ke masa silam so secara langsung dan tak langsungnya X1, X2 dan X3 tak berlaku. Sebab apa? Ini kira spoiler ar. Jangan baca kalau korang tak nak mood korang menonton filem ni rosak kelak. Sebabnya Prof X from the past dah baca memori Wolverine then dia boleh elak kemalangan-kemalangan seperti insiden Jean Grey bertukar jadi Dark Pheonik yang seterusnya membunuh dia. Kiranya alternate dimension of time yang berbeza ar. Kalau ada papan hitam lagi best leh buat kronologi yang lebih jelas.
Cumanya persoalan yang tak logik ialah macam mana Wolverine boleh ada memori X1. X2, X3 sedangkan sejak dari 70s Sentinal dah memusnahkan semuanya? Another alternate dimension of time? May be. Kalau fikir banyak-banyak, leh pening macam tengok Inception pulak. Plus bila makin fikir lebih dalam, akan ada banyak percanggahan yang menimbulkan lebih banyak persoalan. Hmmm..
As aku kata awal: X-Men best sebab ada banyak superhero tapi dalam filem ni mutant yang banyak dengan kuasa yang banyak plus sesi pergaduhan yang banyak hanya berlaku pada masa depan je. Best bila dapat tengok watak yang selama ni hanya dalam komik boleh wujud dalam versi manusia tapi yang tak bestnya adegan masa depan tu tak banyak. Lebih banyak masa berlangsung pada masa silam je. Era 70's je dan adegan superpower tak banyak sangat. Rasanya hanya pada waktu Quicksilver nak mengeluarkan Magneto dan masa Magneto nak menyerang White House je yang gempak. Selebihnya biasa-biasa je tapi emosi memang main ar berbanding filem X-Men tiga terawal yang lebih banyak pada aksi yang berbentuk komikal je.
Filem ni akan jadi best kalau korang tahu sedikit sebanyak tentang perwatakkan X-Men dalam komik. Dalam filem ni tak semuanya dijelaskan secara terang-terang tapi bila korang memang kaki komik then korang akan faham ayat-ayat sinikal yang cuba nak dibagitahu.
Sangat tak sabar bila projek X-Men baru Apocalypse dah digembar gemburkan akan berlaku. Tak best pulak bila tak akan berlaku crossover dari Avengers or Spiderman sedangkan kita tahu yang dalam komik mereka saling muncul. Contoh Wolverine, Quicksilver, Scarlet Witch and even Spiderman ialah ahli dalam Avengers or wujud dalam komik Avengers vs X-Men etc. Sayangnya ia tak akan berlaku ar.
Plus dengar ceritanya Channing Tatum confirm akan bawa watak Gambit (bukan Gambit Saifullah). Tak dapat imagine mamat muscle besar tu akan bawa watak Remy Lebeau. Pasti menyedihkan.
Rasanya mungkin akan tengok lagi filem ni kat pawagam. Sangat best dan berbaloi ar untuk kipas susah mati X-Men. Tapi pesanan: Jangan banding sepenuhnya dengan komik ar. Komik pun ada versi berbeza kan? Hmmm
No comments:
Post a Comment