Friday, November 19, 2010

Non Digital

Aku garenti kalau korang gi mana-mana mesti korang akan terjumpa bbudak zaman sekarang yang kat leher diaorang tergantung kamera DSLR or paling koman hujung-hujung minggu korang jumpa geng kamera ni berkumpol ramai-ramai keluar 'outing'. Ianya membuatkan korang a little bit keliru (bercampurbaur meluat) either mereka sangat berbakat besar in photography or DSLR tu menjadikan penampilan mereka jnampak auh lebih trendy dari biasa. Hmmm..

Aku sedikitpun tak berniat nak perkecil-kecilkan or membenci mana-mana niat murni pemuda pemudi sekarang ni r. Dah harga kamera sekarang bukan main murah lagi dan korang nak gambar yang korang ambik tu dalam kualiti cantik so terpulang pada korang r kan? Yang pasti aku tak nak masuk issue: guna jer kamera DSLR tapi hasil gambar tak jauh beza dari cam guna kamera labtop jer.. Itu sendiri punya jawab r.. Hmmm..

Bila fikir-fikir balik, aku punya first kamera dibeli pada tahun 2 universiti sekitar tahun 2006. Aku beli kamera KODAK. Sangat-sangat teruja dan gambar gambar yang dah di SHOT plus kualiti gambar ia memang chantek gak r. Tapi sekitar 2 tahun ia rosak dan aku beli CANON yang aku guna sehingga sekarang ni. Tapi both sekadar digital kamera biasa jer. Cuma I cant live without kamera r wei. so rosak satu dan terus beli the other one. Dah sebati ngan diri then nak wat cam ne r kan...?

Cuma persoalan yang muncul sekarang ni yang aku nak tanya photographer luar sana ni ialah dimana letak kepuasan dalam ambik gambar ni ya? It seems kita ambik, tengok kat screen, cam cantik simpan, then edit dan letak watermark r dan bila memory card almost penuh delete dan ambik gambar baru. 

Berbanding zaman remaja pak kaduk dulu zaman belum ada benda-benda alah digital dulu sangat berbeza. Mesti beli role filemnya dulu first, ambik gambar kena hati-hati sebab tak nak bazirkan filem yang setakat 35 snap jer dan last-last cuci kat kedai (dan harga sangat mahal). Dan saat-saat paling best  ialah bila dapat tengok cam mana hasil penat lelah before tu.


Membuatkan aku berfikir balik: hei why not aku try ambik gambar guna non digital kamera plak. Mencari kepuasan cara baru dalam ambik gambar. Guna kamera ngan trick fisheye, lomography etc. Hmmm.. mesti best punya r..












* Kalau korang terfikir nak beli apa untuk hadiah bestday aku yang x lama lagi nih so aku cadangkan ko beli aku kamera HOLGA: stylish kamera yang sepenuhnya diperbuat dari plastik (even kanta kamera dia) dan ia hanya ada dalam bentuk non digital... Pleease...

3 comments:

Aj Abdullah said...

best eh.. sene beli? mok beli juak eh

razy san™® said...

AJ: aku suka topik ko..mcm aku, wlpn aku gunakn dslr..tp aku gne dslr plg basic dan plg murah skali...bajet tak byk kn...tp kreativiti tu plak yg kne byk..tak kesah la digital or non...kalo kita kreatif insyaAllah, dgn camera Hp pn gmbr leh jd cantik...zmn skg ni len skit...kalo nak bli bdk2 ckp je kt mak bapak diorg...nt parent diorg blikan la..then bwk ke sane ke mari hnya tuk show off tp gmbr mcm haram gak...tu je pndpt aku la bile dh mle msuk dunia fotografi ni..

Aj Abdullah said...

Haaa.. dengar jawapan dari seorang photographer tuh.. Either digital or tak, kamera DSLR or kamera handphone sekalipun yang pasti kreativiti tu yg penting. huhuhu