Ada beberapa kumpulan manusia yang boleh buat aku marah. 3 kumpulan utama ialah:
a) Orang yang curang pada pasangan,
b) Orang yang tahu buat anak tapi tak tahu nak jaga dan
c) Orang yang buat kemusnahan pada alam dan isinya. Hmmm
Kali ni aku nak share ciri kumpulan manusia ke-3: orang yang suka buat kemusnahan pada alam dan isinya.
...
Aku selalu kata pada kekawan yang aku sorang environmentalist. Most of the time it does sound funny sebab aku nyatakan dalam keadaan yang kurang serius ar. Tapi sejujornya aku memang sedaya upaya sedang dan telah melakukan aktiviti yang mesra pada alam. It might be just tindakan yang tak seberapa besar berbanding action yang pernah dilakukan oleh environmentalist besar dunia yang berjuang hidup mati untuk alam. But at least kalau kita buat dan kita mampu suroh sorang dua ikut sekali then it better than tak buat langsung. Kan?
Few action yang selalu aku buat ialah cam:
a) Jangan buang sampah selain dalam tong sampah yang totally akan diambik oleh pihak majlis perbandaran. Mostly masyarakat kita lepas makan gula-gula yang paling kecik then terus je buang. Ada yg memandu, turunkan tingkap kaca then buang. Chewing gum lekat bawah seat public transport. Yang rumah atas air, buang terus dalam sungai etc. Then bila ada kesan global warming pada alam sekitar terus nak salahkan kilang-kilang besar. Sedangkan realiti, penyumbang sampah pepejal terbanyak ialah dari pengguna domestik aka kita ni ar.
So what I did ialah simpan sampah tu sehingga kita jumpa tong sampah. Selalunya kalau setakat plastik gula-gula or puntung rokok (yang dah dibuang abu panasnya) aku akan masukkan dalam poket seluar. Yang besar sikit masok dalam beg. Tapi most of the time aku lupa nak buang bila dah jumpa tong sampah so poket seluar aku selalu penuh dengan sampah sarap. Hmmm..
b) Limit or stop the using of plastic bags. Scenario yang selalu berlaku kat kedai-kedai kat Malaysia ni kalau kita beli barang yang pelbagai ialah: Barangan makan basah 1 plastic, barangan makan sejuk beku 1 plastic, makanan kering 1 plastic, barang dapur 1 plastic, toiletries 1 plastic etc. Sedangkan semuanya boleh je dimasukkan ke dalam 1 beg plastic besar. Kekadang berlaku part kita just beli 1 chewing gum 80 sen tu pun, kita nak request plastic bag sedangkan kita just guna plastic bag tu kurang 15 minit then buang tong sampah. Belum masuk part customer bising-bising bila hypermarket charge 20 sen untuk satu plastic bag. Matlamatnya untuk kesedaran ar.
Aku plak jenis yang kalau shopping groceries ni aku request tak nak plastic bag. Ingat 2 kes bila aku kata tak nak plastic bag cashier satu tempat tu perli aku kata "Orang bagi plastic bag percuma pun tak nak" or satu tempat lain ni kata plak "Encik ambik je plastic bag ni, nanti boss saya marah.." Pelik. Or tadi masa aku beli 2 barang kat satu local supermarket ni, cashier tu dengan hairan kata "Awak satu-satunya customer rakyat Malaysia yang saya pernah jumpa selama saya kerja sini yang tak nak guna plastic bag" Hmmm..
c) Limit or stop buy mineral water. Walaupun ia sekadar RM1 or kurang tapi ia membunuh alam secara senyap. Bekal air dari rumah.
d) Limit or stop the using of bekas polistrine. Bawak bekas makanan kosong kalau nak tapau.
e) Jangan buat pembakaran terbuka.
f) Jangan beli produk or bulu or kulit haiwan.
g) Jangan support aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar dan berkaitan.
Mungkin korang kata: tindakan tu terlalu kecil dan technically tak akan bagi effect apa-apa pun pada kepada kepanasan global sekarang ni. Ais di kutub sana masih lagi akan mencair etc. Memang ar kalau aku sorang yang buat then ia akan jadi sebiji pasir kat padang sahara. So that why aku ajak orang lain buat sekali.
Plus buat yang beragama Islam, korang kan individually ditugaskan menjadi khalifah di bumi Allah ni. So bukan ke tugas korang gak menjaga keamanan dan kebajikan ahli-ahli yang ada di bumi ni. Pada alam dan isinya sekali?
Better digelar sebagai seorang weirdo tapi techically korang ialah a good citizen yang sebenar
No comments:
Post a Comment