Aku ada degree in linguistics. Bila ada orang tahu academic degree aku then ada yang tak puas hati kata: apsal belajar bab lain tapi kerja bab lain or apsal x kerja jadi cikgu or kat Dewan Bahasa or ko ada bakat itu ini apsal itu ini etc. Ya ya ya. Suka hati aku ar nak ambik apa dan nak kerja apa kemudian ar kan. Ini kehidupan aku ar kan?
Tadi terbaca satu post kat FACEBOOK by sorang kenalan ni tadi. Dia kuarkan 2 statement:
a) Jawatan yang sama tapi disebabkan taraf pendidikan yang berbeza menjadikan orang yang belajar lebih tinggi akan terima gaji lebih besar or
b) Pengalaman kerja menjadikan jadi orang berpengalaman lebih besar berbanding orang yang berpendidikan tinggi.
...
Waktu aku belajar kat U dulu, wujud certain golongan pelajar yang berpendapat: belajar di universiti kerajaan adalah bermatlamat untuk kerja kerajaan bila dah keluar nanti. WOW. Aku tak tahu plak akan benda tu sehingga aku masuk universiti. Sebab matlamat aku masok U dulu ialah untuk belajar so may be sebab tu aku tak guna apa yang aku belajar untuk jadikan as kerja aku kot. Wakaka..
Tapi disebabkan aku dah bekerja di beberapa bidang industri dalam government, semi government dan swasta then wujud plak golongan pekerja yang berpendapat: aku kerja lama-lama ngan pengalaman ni so aku perlu dibayar lebih or aku belajar susah payah selama ni aku pun perlu dibayar lebih bla bla bla. Tapi disebabkan matlamat aku bekerja bukan untuk mendapatkan gaji sebaliknya kepuasan kerja so that may be the reason why aku selalu berhenti kerja. Wakaka..
Sejujornya memang rasa tak adil ar bila ada masa 2 orang yang buat kerja sama, dengan kadar stress yang sama, berdepan masalah yang sama tapi hujung bulan dia dibayar kurang hanya sebab dia tak berpendidikan tinggi or taraf pendidikan dia lebih rendah dari kita etc. Even scale gaji diploma dan degree pun almost RM200++ beza. Belum lagi yang sekadar sijil je ar kan?
Or sama gak bila kita masa 2 orang yang buat kerja sama, dengan kadar stress yang sama, berdepan masalah yang sama tapi hujung bulan dia dibayar kurang atas alasan dia tak ada pengalaman kerja. Sedangkan kalau dikira dari produktiviti kerja or achievement kerja yang si junior jauh lebih bagus dari senior. Hmmm...
So back to the basic: apa matlamat seseorang bekerja? Kalau semuanya berkisar dan kembali kepada duit then korang akan sentiasa lihat 2 perkara tu dan banyak benda lain as alasan demi alasan 'kenapa gaji korang sikit dari orang lain' dan sampai bila-bila korang tak akan puas hati. Kan?
No comments:
Post a Comment