Sangat suka layan cerita-cerita P. Ramlee (era Studio Jalan Ampas). Kekadang layan banyak kali pun masih leh terus layan lagi tanpa jemu. Tadi baru je habis quality time ngan bapak layan Ibu Mertuaku.Bapak aku kata waktu cerita tu kuar wayang dia baru jer belajar di darjah 5 dan ia masih lagi dimainkan sehingga sekarang. Sejujornya cerita tu cerita yang sedih tapi a bit ridiculous. Tapi nak tak nak kita tetap perlu akui yang perkara yang berlaku pada Kassim Selamat akan terus berlaku sehingga ke hari ni. Hmmmm..
Adakah Kassim Selamat sepatutnya dikelaskan sebagai mangsa keadaan? Or Nyonya Mansoor as ibu yang kejam? Or Sabariah dan Chombi as seorang yang cuba ambil kesempatan?
Realitinya Kassim Selamat ialah seorang artis yang baru je popular dengan 1-2 single yang selalu dimainkan kat radio then bila jumpa sorang peminat fanatik yang cantik dari keluarga yang kaya then terus nak kahwin (cam kes Jimmy Shanley plak). Bila dah kahwin guna duit mertua terus tinggalkan band music, pergi enjoy sakan main judi kuda plak. Bila dah miskin baru sedar diri.Last-last dah bagus-bagus orang sponser operate mata kedian senang-senang jer nak cucok mata guna garfu. Mangsa keadaan ke ni? Dia sendiri yang carik pasal apa?
Nyonya Mansoor pulak ialah sorang ibu tunggal yang terpaksa berdikari jalankan business tinggalan arwah suami dia sesorang diri. Then bila her teenage daughter yang minat sangat pada mamat yang dia just dengar dalam radio then terus nak kahwin so tak kan ar semudah tu jer mak dia nak bagi. Dah ar Sabariah tu satu-satunya anaknya. Ibu mana yang sanggup biarkan anak sendiri yang masih remaja kahwin ngan sorang artis yang tak ada masa depan dengan alasan itu cinta sejati dia? Dude, Nyonya Mansoor (teringat Rosmah Mansor plak) ialah ibu yang baik ar.. Hmmm
Sabariah masa jatuh cinta ngan Kassim dulu memang tak ingat dunia. Pendek kata hidup susah payah biarlah bersama aka itulah cinta mati dia. Tapi lepas tammat jer episode ngan Kassim Selamat then cepat-cepat plak leh kahwin rela hati plak ngan doktor bernama Ismadi. Al maklum doktor lebih glamour dari bekas penyanyi yang dudok bawah rumah orang apa. Sama kes gak ngan Chombi. Suami baru je lepas mati berjuang di medan perang. Nanggis-nanggis tak nak makan konon. Bila Kassim Selamat datang ngan nama Osman Jailani then tak nak layan lelaki buta ar. Tapi bila dapat tahu yang mamat tu sebenarnya Kassim Selamat, terus jer peluk tak nak lepas-lepas. Geli....
So apa pengajaran dari cerita ni?
a) Please fikir banyak kali kalau ada artis ttiba nak ajak korang kahwin. Kalau setakat Tomok yang baru menang duit sejuta dari program realiti tu still please bandingkan dengan mana-mana doktor mata yang still single.
b) Kalau parents ko reject pilihan hati ko jangan terus merajuk nak lari ke Golok or Patani ar. Be in their shoes. Diaorang just tak nak tengok anak diaorang jadi janda kepada seorang lelaki yang hidup bawah lantai rumah orang lain ar.
c) Jangan simpan set sudu garfu tergantung kat dalam bilik tidur. Kebarangkalian korang tengah frust then nak cucok mata korang sendiri or pasangan korang cucok mata korang masa korang tidor sebab dapat tahu korang dating ngan other person pon sangat tinggi. Hmmmmm...
Wakaka
3 comments:
yep.. never thought of this
nice view with different perspective
mne org tak suka cite p.ramlee, byk pengjaran, realiti, kelakar. smpi ustaz pun ulas cite ibu mertuaku ikut perspektif islam.
Epong, itu lah akibat kalau nonton sesama ahli keluarga yg penuh pendapat.. so banyak sangat perspektifnya.. wakaka
Nur, best gak kalu ustaz tu leh bagi perspektif dari sudut Islam. Leh terbayang dalam otak ni.. lawak3
Post a Comment