Thursday, February 14, 2013

Roomate Nombor 2 & 4

Aku tak pernah melihat aku sebagai seorang kawan yang baik sehingga ada kawan yang kata cam tu (dan ia buat aku kembang hidung perasan). Kalau ko fikir aku akan cerita tentang 2 orang berbeza dalam post ni then kau salah sebab roomate aku nombor 2 & 4 tu ialah orang yang sama. Roomate pertama aku blah sebab join PALAPES so dia masok. Roomate nombor 3 lak aku hanya sempat berkawan kurang 2 minggu before kami berperang then dia masok balik jadi roomate nombor 4. This post ialah tentang Hanizam Opon.


Kami kenal masa form 6. Dia duduk dekat jer ngan aku tapi kami tak kenal masa sangat pun. Mungkin sebab aku quite anti sosial sikit masa form 6. Plus dia bukan berada dalam circle aku. Masa form 6 tu dia agak terkawal dan pendek katanya poyo ar. Tapi kebetulan kami ditawarkan masok universiti yang sama so that how kami jadi rapat. 

Pada masa universiti lak, sikap anti sosial aku makin terkikis but still aku jenis yang tak peduli sangat hal orang yang tak menjejaskan aku. Tapi dia lak jenis lelaki mulut manis yang mudah berkawan ngan sesapa. So dia ada banyak kawan tapi dia selalu gak bertandang bilik aku untuk share dan mengadu itu ini. Antaranya dia selalu sangat berharap dapat jadi roomate ngan aku. Yap, dia selalu ungkit bab tu. Alasan dia: we are both Sarawakian so leh jaga satu sama lain, leh balik Sarawak sekali etc. Hmmm..

Menjadikan thing between kami berdua ni ada aura cam magnet. Setiap kali kami tak jadi roomate then bad thing will happen to him tapi setiap kali kami jadi roomate then bad thing akan jadi pada aku. Waktu semester pertama (dia bukan roomate aku lagi) so dia main bola wakil kolej kediaman dan entah apsal satu petang ni bola terkena siku dan terkena rahang pipi. Tekanan yang kuat menjadikan tulang pipi dia termasok ke dalam sehingga pipi dia  cengkung ke dalam. Dia bukan main nervous terus jumpa aku dalam bilik. Kebetulan waktu tu aku puasa sunat so just minum seteguk dua air dan terus hantar dia gi Pusat Kesihatan dan buat first timenya aku naik ambulan gi HUKM.

Semester ketiga lak (masa dia bukan roomate aku gak) dia dudok bilik sesorang dan demam dia tak surut dan rerupanya dia kena sah denggi lak. Cuma kali ni dia kena hantar ke Hospital Kajang. For your information, Hospital Kajang ni ialah hospital utama tempat pesalah Penjara Kajang mendapat rawatan. So leh korang imagine kiri kanan katil dia ada pesalah ngan tangan digari pada katil dan siap ada pegawai penjara beruniform lagi. Aku rasa kalu aku jadi Ijam then mood sakit tu bertukar jadi mood takut lak. Hmmm..

Tapi pada semester 2 dan 4 lak masa dia jadi roomate aku then keadaan sebaliknya berlaku. Aku jenis manusia yang jarang demam. Tapi setiap kali dia jadi roomate aku then aku demam sejuk yang teruk. Hmmm..









Hanizam Opon ni seorang lelaki yang pendek (aku simpati pada lelaki pendek). Kalau perhimpunan sekolah dia antara paling depan dan aku lak antara paling belakang. Dia seorang yang kurang adventures. Jenis lelaki yang banyak fikir before buat sesuatu. Jenis yang suka berada dalam safety zone dia sendiri. Aku lak versi bertentangan. Masa belajar dulu aku jelajah Kuala Lumpur sorang diri ngan naik public transport itu ini, jalan kaki sana sini, lalu lorong itu ini, berhenti sana sini, sesat, jumpa penagih, jumpa hooker, jumpa pasar tersembunyi. Dia lak tak akan ke mana-mana sehingga ada orang yang benar-benar arif tentang satu tempat tu pergi bersama dia. Kami tak sama sebab tu kami mampu bertahan kot. Wakaka









Semalam kami bersms. Cerita itu ini. Tentang masa silam. Gelak ketawa. Kemudian dia kata raya nanti nak keluar jalan-jalan ngan aku. Raya terakhir dia jadi solo before tukar status jadi suami orang. Tahniah. Aku sangat happy bila kawan gelak ketawa kini dah nak jadi suami orang. Plus menjadikan individu yang bachelor dalam group kita makin berkurangan. Hmmm..














Sekarang dia dah 3 tahun rasanya menjadi cikgu. Aku lak dah setahun lebih menganggur. Im deserve it. 

No comments: