Sunday, February 10, 2013

Pencemburu

Cemburu adalah perasaan yang irrational yang ada orang kata as tanda orang tu sayang dan tak kurang gak tanda orang tu ada masalah mental sebab cemburu tak tentu pasal. Sejujornya aku agak pasif dan pelik sikit dalam bab cemburu ni. Part yang aku patut cemburu tapi tak bagi effect pada aku or part sepatutnya aku tak cemburu lak buat aku cemburu giler. Hmmm..


Orang selalu kata yang aku mesti cemburu ngan Uda aka abang aku sebab dia kacak, parents extra sayang kat dia, family idolakan dia, arwah nenek selalu bagi duit lebih kat dia, masyarakat tabik spring ngan dia, dia ada great wife and anak yang comel, kerja hebat ngan gaji besar bla bla bla. Sedangkan aku ialah versi berlawanan ngan Uda. Tapi reaksi aku: biasa jer kot. Buat apa aku nak cemburu ngan abang aku sendiri. Pelik.

Or pada kawan aku sorang ni yang punya hobi suka menukar benda yang leh ditukar start dari hobi, gadget, kereta, tempat tinggal, kekasih, skandal, mangsa, one night stand etc. Semuanya bertukar ganti. Sedangkan satu-satunya perkara yang aku selalu tukar ialah kerja tapi last-last mengganggur sampai sekarang. Dan setiap kali jumpa then dia pasti akan cerita tentang social life dia yang sangat happening cam dia selalu gi melancong luar negeri, beberapa kali buat threesome or cuba skill tertentu yang sound cuma leh dibuat kat porn jer etc. Tapi reaksi aku: tumpang gembira je ar. Cemburu..? Sikit pun tak pernah. Lagipun dia kawan aku kot. Hmmm...












As aku kata earlier: aku sangat pasif bab cemburu. Kekadang dalam setahun tu aku langsung tak ada rasa cemburu (mungkin ada tapi aku secara tak perasan). Sebab aku tak tahu sebab untuk aku cemburu. Aku tak cemburu ngan orang yang kerja jawatan tinggi dan bergaji besar with kereta besar etc.Mungkin sebab aku tak ada apa-apa untuk aku bandingkan kot. Cam ko ada kerja tapi aku jobless. Kau ada kereta tapi aku ada motosikal under nama bapak aku. Bak kata omputeh: you dont worry to loose anything when you have nothing. Hmmm..





Tapi aku masih ingat rasa cemburu. Rasanya sangat tak menyelesakan. Salah satunya masa bekas awek aku (waktu tu still couple) cakap ngan lelaki lain. Waktu tu rasa hati ni sangat tak dapat nak dudok senang. Rasa nak marah jer mamat tu sedangkan rasional dalam diri kata: diaorang bercakap jer kot. Bukannya berromance pon. Hmmm..

Or masa kawan baik aku ni jumpa one guy ni dan diaorang jadi sangat rapat. Diaorang tengok wayang then lepak Mc D aka aktiviti yang kami (aku dan kawan) aku selalu buat tapi diaorang tak ajak aku sekali. Dan setiap kali lepak then dia selalu kata mamat tu perangainya sebijik cam aku. So timbol ar rasa tak best tu. Aku rasa cam tempat aku dah digantikan oleh kewujudan mamat tu. Perasaan aku bercampur marah-sedih-kecewa aka last-last aku tahu bahawasanya aku sedang cemburu.











Dan sekarang aku jadi makin pasif. Aku makin tak ada sebab untuk cemburu. Tapi kekadang muncul gak rasa cemburu tengok orang pandai melukis, menulis (cam Megat Eusofe) or ada idea untuk novel yang hebat. Tapi tak ar sampai tahap aku nak hantar santau etc ker. Tapi kekadang heran gak bila ada orang yang jadi hamba pada rasa cemburu ni sehingga sanggup jumpa bomoh hantar benda pelik-pelik, bodek boss, masok pasir dalam periuk nasi kawan sekerja etc. 












...




Recently aunt aku kata "Kesian tengok budak-budak tahfiz tu. Baju putih dah bertukar kuning. Pakaian selekeh jer. Tempat belajar pun cam reban ayam.." Tapi dalam hati aku cemburu lak pada mereka. Sebab mereka tak kejar duniawi. Mereka hafal Al-Quran dan hidup dalam kesederhanaan. Dan aku lak: sebaliknya. Hmmm..

1 comment:

MORIBAYU said...

me pun cemburu jugak.
banyak cemburu..bila bandingkan diri dengan orang lain.

Tapi...sekarang me faham.

Takdir tuhan..berbeza ikut keupayaan kita.
orang yg kita lihat sempurna,tak semestinya bahagia.
Kita tgk orang senyum,happy..macam ada segala-galanya.Tapi disebalik semua iklan ttg hidup dia,yg nampak perfectos tu.Ada kita tahu ?

kadang-kadang..yg sempurna itulah,yg paling getir ujian.

Jadi kita redhakan saja hati.

mungkin hari ini kita hanya katak bobok.
besok..mana tau jadi putra raja.

:-)