Crossover ni aku tahu berlaku dalam komik or drama bila dua komik or drama berbeza ni tetiba leh berlaku penindihan. Duh, tak fahamnya aku ngan ayat aku sendiri ni. Contoh cam komik Spiderman ni berjalan tetiba muncul Wolverine muncul mengejar penjahat yang sama. So sepanjang series tu berlaku penindihan dua superhero dari dua komik yang berbeza. Kira cam tu ar basic crossover ni.
Dalam hidup ni setiap hari kita bertembung ngan ratus or ribu manusia yang mostly kita tak peduli sikitpun kewujudan mereka. Kita beratur beli tiket wayang or bertembung masa keluar dan masok lift or kereta sebelah kita masa tengah berhenti kat trafic etc. Melainkan kalau kita kenal jer then baru berlaku momment yang kita pedulik. Duh, sekali lagi aku tak faham apa yang aku nak tulis kali ni. Hmmmm...
Hari Ahad lepas aku gi shopping ni. Niat nak beli kemeja untuk satu event next week. Last Friday dah survey tapi sebab Raya Cina so gila ramai orang beratur nak try kat fitting room. Dan aku lak jenis yang selagi tak try baju yang aku leh nampak ngan mata kepala aku sendiri then aku tak akan beli baju tu. So aku punya thought ialah yang Ahad ni Raya Cina so orang mesti dah tak ramai tapi haram.. Ngan Cina dan Melayu penuh je satu mall.
So parking penuh ditambah asap rokok yang terperangkap dalam air cond kereta buat kepala aku pening. Dan bila aku pening kepala so mood aku tak ada ar. Tapi still aku terpaksa gak meneruskan aktiviti shopping aku sebab that day ialah last day 40% sale. For your information aku jobless dan kewangan aku sangat kureng so aku tak mampu nak beli masa full price.
Mood aku entah apsal bertambah-tambah teruk bila keadaan sekitar tak membantu cam masa nak bayar kat kaunter then tak ada orang bertugas so aku panggil ar pekerja dan ngan muka tak bersalah kata dia dah habis shift. Duh, langsung tak ada inisiatif nak panggil orang yang bertugas. Bila dah datang then buat muka tak bersalah ngan tak mesra layan customer.
Habis bayar aku blah. Sebab nak tenangkan mood aku tu aku gi STARBUCKS. Dari jauh aku tengok ada group of manusia ni yang happy-happy sempat suruh pekerja sana ambik gambar diaorang. Mood aku sangat menyampah. Jakun lah sangat. Minum kedai kopi nak ambik gambar dan upload kat Instagram lah tu.
Dan menjadikan mood aku lebih tak best bila aku ada issue ngan STARBUCKS mall tu. Sebab pekerja sana buat perangai masa nak layan customer so aku tegur depan-depan dia ar. Dan masa tu lak dia yang layan aku. Mungkin dia tak ingat aku tapi aku tak peduli. Even dia buat mistake lak ngan tak dengar order aku. So aku ulang satu persatu ngan muka serius. Dia buat lawak still aku tak layan. p/s: Kalau muka aku serius plus tak ada mood plus pening kepala so just beware ar. Jangan berani tegur aku.
Akibatnya pekerja tu jadi cuak gak tengok aku. Even rerakan dia lain tengok aku dan terus buat kerja. Malah aku rasa customer lain pun merasa gak ketegangan tu kot sebab bila aku menoleh customer lain then diaorang mengalih pandangan cam lepas tengok aku. Habis semua tu aku blah. Hmmmm..
Semalam aku check satu social network ni under hashhtag STARBUCKS. Then ada gambar group of manusia jakun tempohari. Belakangnya ada aku. Ceh, aku buat crossover laa..
Kalau korang tak faham matlamat post ni then percayalah yang aku pun haramjadah tak faham apa yang aku tulis. Hmmm..
No comments:
Post a Comment