Thursday, February 7, 2013

Hussein, Mon & Jin Pakai Toncet

Sewaktu kuar kat TV the making of Hussein, Mon & Jin Pakai Toncet then aku cukup tak puas hati sebab sebelum tu ada tulis Hantu Kak Limah Balik Rumah 2. Haa? Apa kes lak kena guna nama Kak Limah balik sedangkan cerita Hussein ni kira trilogy Kampung Pisang kan? Adakah sebab nak guna populariti Kak Limah balik ? Hmmmm..


Aku ingat lagi masa tengok filem Kala Malam Bulan Mengambang kat Metro Kajang masa zaman belajar dulu. Dalam hall tu kira tak sampai 10 orang pun. Waktu tu orang masih tengok Mamat Khalid sebelah mata jer. Even dilabelkan as pengarah pelik yang mengarah cerita pelik-pelik pulak. Tapi masa aku tengok Kala Malam Bulan Mengambang tu aku ketawa pecah panggung ar sehingga kawan aku kat sebelah naik malu lak. Sebab aku pun ketawa guling-guling masa layan Zombie Kampung Pisang ngan Man Laksa.

Tapi masa aku layan Hantu Kak Limah lak situasi dah berbeza. Filem tu dapat respond positif menjadikan filem tu jadi igauan ramai. Hall aku masuk waktu tu penuh sampai depan. Penangan Kak Limah sampai beberapa tahun dah berlalu still poster filem tu kekal kat tepi jalan di Kuantan. Hmmm..


...


Hussein, Mon & Jin Pakai Toncet sebuah cerita yang aku tak faham. Karektor pelakonnya makin lemah dan lemah. Kalau Zombie Kampung Pisang dulu cukup kuat then Kak Limah jadi sedikit longgar then Jin Pakai toncet ni cam entah apa-apa entah. Karektor Hussien tu cam ada tak ada cam tak kisah pun. O watak Mon, Pak Abu, Pak Jabir, Dr Samsuddin, Ucop, Azwan cam entah aku tahu apa fungsi mereka dalam cerita ni. Kak Limah lak sekadar cameo yang still aku rasa tak bagi apa-apa effect sehingga aku fikir adakah sebab cameo tu menjadikan namanya dimasokkan as sebahagian dari tajuk filem..? Hmmm..

Jalan cerita pun cam ala kadar jer. Cerita start terus Hussien kena kidnap dan usaha pencarian berlaku. Kedian balai raya kena serang orang bunian then Dr Samsuddin lawan Mon. Pelik. Dan aku yakin ko akan secara sedar tak sedar akan setuju kalau aku kata certain part tu cam tak perlu kot. Antaranya flash back masa Pak Abu ngan Pak Jabir era 60-an yang tak ada kaitan langsong ngan cerita ni. 

Rasanya cerita ni betol-betol start masa selepas lagu Lamunan Terhenti tamat then baru kau akan faham jalan cerita ni. Tapi itupun tak lama lepas tu cerita ni terus tamat. 








Memang ada part tu aku katawa gak tapi ada certain part tu aku rasa cerita ni terlalu banyak fokus pada effect graphic edit sehingga bahagian tu jadi tak lawak. Antaranya jin pakai toncet tu tengah genggam Hussien. Effect tu sangat fail. Sedangkan kalau dia buat jer make-up cam watak harimau jadian dalam Kala Malam Bulan Mengambang lakonan Farid Kamil pun okey gak. Sebab lawak. Ini tak. Aku tak jumpa pun toncetnya mana. Hmmm..

Filem ni berakhir tak macam 2 filem sebelum ni yang akan ada pelakon yang kata akan ada sambongan. Perlu ker?










Dan korang akan yakin lepas tengok filem ni korang akan kata "Mamat Khalid ni ahli Illuminiti ker?


5 comments:

MORIBAYU said...

mahu nonton.
tapi mau tunggu keluar di Astro.

:-)

mahu lihat..gimana filem ini meluah satira pada isu politik malaysia.

Aj Abdullah said...

yap, mamat khalid terkenal sebab suka perli kehidupan luar dan jadikan as lakon dalam filem. filem ni pun padat gak ngan mesej tersembunyi. tapi rasanya kali pertama tengok just nak menghiburkan diri dulu kot. tunggu kuar kat astro je lah nanti. hmmmm

skulluv said...

aku pun sikit kecewa bila dorang letak perkataan hantu kak limah 2. pada aku kalau nak letak better letak kampung pisang 3.

dan aku pernah tanya kat page dorang, dorang jawab kononnya ada kesinambungan daripada hantu kak limah. ape ntah alasan.

skulluv said...

aku pun sikit kecewa bila dorang letak perkataan hantu kak limah 2. pada aku kalau nak letak better letak kampung pisang 3.

dan aku pernah tanya kat page dorang, dorang jawab kononnya ada kesinambungan daripada hantu kak limah. ape ntah alasan.

Aj Abdullah said...

Jap.. aku fikir part mana kesinambungannya ek? Part hussein balik then kak limah perli tak tengok AF jer kot.. kecewa3. kan? hmmmmm