Soalan:
Ko seorang blogger then one fine day ada sorang call kata dia nak publishkan beberapa post kat blog ko untuk dijilidkan menjadi sebuah buku. Apakah reaksi kau?
a) Sangat happy sebab penulisan kau dihargai dan bakal dibaca oleh khalayak yang lebih besar lagi. Dan berkat kesabaran dan kegigihan kau menulis akhirnya boleh menjana pendapatan sampingan kepada kau.
b) Kau jadi marah sebab kau rasa dimanipulasi oleh kapitalisme. Blog tu free dan orang leh baca ngan percuma setiap satu post kau tulis dan kau leh update lagi sepanjang masa so kenapa pulak diaorang kena bayar buku yang tulis benda yang sama..?
Dari Tanjung Malim ke KLCC ditulis oleh penulis yang sama untuk blog Sembang Kencang iaitu Fdaus Ahmad. Dan benda yang sama ditulis dalam blog beliau telah diadaptasikan ke dalam bentuk buku. So buku ni ialah cerita tentang Fdaus Ahmad yang dudok kat Tanjung Malim yang setiap hari ulang-alik naik bas kerja kat KLCC dan ada wife yang diberi nama Cikgu Kubu Baru, adik diberi nama Brother Otago, anak bernama Fateem dan beberapa orang kawan. Dia ordinary guy yang ada ordinary life so apa yang dia tulis totally dapat kita relate.
Kecuali bila kau baca part pengenalan yang menceitakan biodata penulis yang lahir kat Kota Florence, Italy. Petah bercakap Perancis, Inggeris & Sepanyol. Mampu menghafal Al-Quran pada usia 6 tahun. Diterima masuk Yale University pada usia 12 tahun bla bla bla pasti akan buat ko terbukak mulut tergamam sambil mempersoalkan "Mana part ordinarynya mamat ni..?". Jawapannya: Dia kelentong jer semua tu. Hmmm..
Secara keseluruhan: buku ni best tapi masalahnya sebab ia diambik sepenuhnya dari blog so harafiahnya kita tak baca keseluruhan blog dari awal penulisan sehingga penulisan terkini just dalam satu hari jer. So it takes 2 minggu lebih gak untuk aku habiskan novel tak seberapa tebal ni. Mode membaca buku ni cam menonton Kampung Boys by Lat kat Astro Ceria. Setiap episode ceritanya lain tapi ko tak boleh nak buat marathon keseluruhan season tu satu masa. Nanti otak kau akan meletop. Sebab mostly setiap episode or chapter dalam buku ni ceritanya lebih kurang sama jer.
Tapi apa yang menjadikannya berbeza ialah cara penulisan Fdaus Ahmad ni. Dia tulis sempoi tapi bermula ngan nada serius dan setiap new chapter tu ada klimaks sendiri dan cukup pasti peleraian tu akan buat korang rasa betapa sengal ar mamat Fdaus Ahmad ni. Antara partnya cam dia boring setiap majlis kawen mesti minum sirap so dia nak majlis kawen dia guna air coke or hadiah perkahwinan dia dulu makin lama makin hilang rerupanya dia recycle as hadiah untuk majlis kawen kawan dia or dia punya malas nak cuci kasut zaman sekolah-sekolah dia dulu tapi last-last dia gak yang terpaksa cuci kasut sekolah anak dia. Hmmm
Keseluruhannya: cover buku ni sangat cantek, paper dan font susun atur sangat ada kelas, kalau korang tengah bad mood then baca buku ni then korang pasti akan tersengih-senyum-ketawa sesorang. Then kalau korang tanya sama ada perlu ke tak untuk membeli buku ni. Then jawapan aku: aku tak menghalang dan aku tak mencadangkan. Sebab dia ada blog yang content dia sentiasa diupdate tapi kalau ko beli buku ni then one day semua teknologi kat dunia ni suddenly tak leh guna so still kau leh baca versi bukunya lak or jadikan as bahan bakar masa kecemasan. Hmmm..
2 comments:
bagusnya.
dari tulis blog~jadi buku.
:-)
cemburunya saya !!
kalau cam wani ardy yang masokkan puisi2 yang dia tulis dalam buku tu wokey sikit tapi kalau setiap post personal tu rasa cam manipulasi sikit kot. tapi best gak ar sebab kita leh bawak gi mana-mana.
plus aku leh imagine kalau ko kuar buku ngan gambar dan caption serta kata-kata indah ko, megat. mesti best
Post a Comment