Kalau korang membesar era akhir 90-an or awal 2000 then korang mesti pernah layan drama Hong Kong bersiri bertajuk Journey To The West iaitu pengembaraan sorang sami ngan 3 ekor syaitan untuk ke India. Watak paling famous mestilah Sun Wukong iaitu sekor monyet syaitan yang liar dan sukar dikawal. Dan sempena Chinese New Year tahun ni ada remake filem under tajuk yang sama dibawah pengarahan pelakon lawak Stephen Chow.
Hari ni tadi aku gi satu event tapi bila sampai tengok kosong so aku tanya kaunter girl. Rerupanya tu majlis tertutup tapi kat FACEBOOK kata semua dijemput datang. Aku tak nak balik rumah terus so aku gi ar cinema. Cerita semua boring. Sebenarnnya last week masa nengok Hussien, Mon & Jin Pakai Toncet aku ada plan gak nak buat marathon terus layan Journey To The West ni tapi kemudian aku fikir-fikir balik nanti kakak aku quaranty akan beli cd cetak rompak. So waktu tu aku batal niat. Tapi hari ni lak sebab tak ada aktiviti lain so aku tengok ar. Cukup pasti aku yakin yang aku x akan menyesal.
Cerita ni bermula bila satu kampung air ni diserang oleh satu demon. Then muncul sorang priest (yang terjemahan BM nya jadi imam. Wakaka) dan sorang demon hunter yang sangat weirdo dan sorang demon hunter yang hot iaitu Shu Qi. Waktu ni kita tak akan expect apa-apa. Sehingga moment diaorang memburu demon kedua iaitu babi then baru aku buat spekulasi bahawa babi and ikan awal tadi ialah antara 3 fellowship yang akan bersama sami tu dan gelang perempuan tu ialah gelang yang akan mengikat kepala Sun Wukong. Plus pasti girl tu somewhere somehow akan mati. Yap, tekaan aku betol.
Sinopsis cerita ni: rasanya semua orang dah tahu kot. Yang membezakan cerita ni ialah ia versi yang lebih realistik sikit. Tak ada dewa-dewi kerajaan langit yang turun. Kira cam filem-filem barat sering buat sekarang ni: suka menjadikan cerita fairy tales lebih bersifat realistik dengan pendekatan yang menolak fantasi.
Secara keseluruhan cerita ni best dilayan. Jalan ceritanya padat. Tak ada ruang kosong yang leh buat korang leh sms ngan mak kau tanya dia masak apa dinner nanti etc. Lawaknya may be tak segila Shoalin Soccer or Kung Fu Hustle sebaliknya Stephen Chow lebih menceritakan perjalanan rohani mereka. Tapi memang ada masa korang akan ketawa besar ar but still tak sampai pecah perut. Dont expect anything sebab ada part kegilaan Stephen Chow buat korang tak menjangka apa sepatutnya berlaku.
Effectnya lak ada masa sangat wokey tapi so sure effect persekitaran sangat fail. Tapi ada masa rasa lebih best tengok guna 3D.
Then part yang rasanya kureng gak ar ialah pada watak Sun Wukong yang tua dan tak gila dan tak lincah. Plus ada part masa dalam zone kayangan tu rasa cam tengok Sun Goku dalam Dragon Ball lak.
Endingnya pun rasanya agak berebut-rebut.
Cerita yang pada tahap tak membuatkan korang rugi bayar RM15 untuk tengok. Hmmmm
No comments:
Post a Comment