Monday, February 25, 2013

Lari Dari Syurga Book Review

Kita start menulis sejak dari tadika lagi. Even ada yang sebelum masok tadika dah pandai menulis. Bila sekolah rendah dah start tulis dari frasa, klausa then jadi ayat penuh. Dari 35 patah perkataan masa UPSR jadi 4 muka surat penuh tulisan itu ini pada STPM. So aku percaya bahawa semua orang mampu menulis sebenarnya tapi sayangnya tak semua bahan tulisan tu sesuai dibaca oleh semua. Hmmm..


Aku tak suka baca antologi cerpen. Lebih-lebih lagi buku antologi cerpen yang ditulis oleh orang-orang yang berbeza. Sebabnya:

1st: Cerpen punya mood yang cukup pendek. Kita baru exciting baca then tetiba dah habis. It seem like kita tengah passionately masturbate tetiba parents ketuk pintu bilik suroh pergi beli daun kari kat kedai. Tengah nak sampai klimaks tetiba mood tu hilang. Just imagine novel tu ada 300 muka surat so permulaan, klimaks dan peleraiannya berjalan lancar tapi cerpen lak sekadar 3-4 muka surat yang sangat padat. Hmmm..

2nd: Penulis pertama menghasilkan cerpen yang best so buat kita rasa puas. Tapi penulis kedua lak kureng. Penulis ketiga setakat biasa-biasa. Penulis keempat lak okey balik. Membaca antologi cerpen oleh penulis berbeza ni menjadikan mood korang naik turun. Aku lebih refer untuk baca antologi cerpen oleh sorang penulis jer sebab kita awal-awal dah tahu selok belok cara penulisannya.


...


Aku suka tajuk buku ni. Lari Dari Syurga. Membuatkan aku ada curiousty untuk mempersoalkan: Kenapa nak lari dari satu tempat yang cukup indah kan? So aku beli buku ni walaupun realitinya aku bukan jenis yang suka baca antologi cerpen dari penulis yang berbeza. Dan unfortunatelynya benda yang aku tak suka tu jadi realiti.

Aku baca cerpen pertama. Setakat bolehlah. Kemudian aku beralih pada cerpen kedua dan seterusnya. Duh, wujud pola-pola tertentu yang muncul lalu menjadikan aku cenderung untuk judge bahawa semua novel seterusnya akan jadi lebih kurang sama jer. Penulis amature yang baik tapi nak tulis cerita gempak tentang seks yang giler ganas. Trust me, ia tak berjaya. Mungkin sebab ia sebuah novel yang bertema 'Lari dari syurga' so ramai yang terikat ngan jalan cerita yang lebih kurang sama jer tapi seriously.., ia tak sepatutnya menjadi alasan untuk berkarya lebih kurang jer kot.

Contoh: Aku suka melukis tapi aku tak suka subjek seni lukis masa sekolah dulu sebab cikgu bagi tajuk yang tak best. Itu alasan orang bodoh. Aku bodoh sebab fikir macam tu masa sekolah dulu. Sedangkan kalau orang bijak then mereka akan berfikir bahawa tajuk tu akan mencabar kreativiti mereka agar lari dari kebiasaan. Dan aku baru fikir tentang tu masa dah tamat sekolah. Terlambat. Hmmm..






As aku kata: jalan ceritanya lebih kurang sama. Tak bagi kepuasan. Ada yang menulis cerita cam nak bagi budak kecik makan bersuap. Bagi satu-satu. Ada yang nak memerli tapi bahasanya terlalu baik. Langsung tak pedas. Terlalu straight forward sangat.





Tapi...





Bak kata pepatah orang tua: setandan pisang tu tak semuanya buruk. Ada gak cerpen yang best untuk dibaca tapi as aku kata awal ar: Kenapa ia mesti cerpen sedangkan ia boleh jadi sebuah novel. Tahap tak puas pulak bila baca cerpen yang best tapi setakat tu jer. 











Plus aku tak ar anti cerpen sepenuhnya. Realitinya banyak cerpen-cerpen pendek yang bagi impak besar pada hidup aku. Kekadang tu jauh lebih besar dari novel. Hmmm..

No comments: