Kenapa ada orang setiap kali masak dia akan letakkan perasa tambahan? Adakah atas sebab yang sama kenapa ada certain girl yang tak akan keluar rumah melainkan mereka tacap make-up kat muka dulu? Adakah sebabnya mereka tak nak terima realiti bahawa mereka tak pandai masak or mereka hanya mahu menghidangkan makanan yang sedap-sedap kepada orang lain? As those certain girl percaya bahawa make-up lah yang menjadikan mereka tampak cantik lalu mereka menghidangkan kesempurnaan diri mereka dengan make-up kepada semua..?
Emak aku selalu bising bila tengok rancangan masakan kat TV dimana chef tu masak ayam dan kemudian tambah perasa tambahan ayam (kiub pati ayam) dalam masakan. Emak aku persoalkan "Apsal kalau letak perasa tambahan ayam nanti rasa ayam tu lebih ayam ke..?" then aku berjenaka ngan emak kata "Bagus letak perasa tambahan daging. Nanti hasilnya akan jadi ayam berperasa daging.." Wakaka..
...
Korang pernah tak couple ngan orang yang mintak ko ubah itu ini tentang diri kau? Dia suruh kau pakai pencerah muka sebab kulit kau gelap or suroh ko gi salun untuk luruskan rambut sebab rambut ko kerinting or dia suroh ko join gym sebab perut ko boroi?
Cadangan aku kalau kau pernah jumpa ngan orang cam ni then awal-awal kata kat dia "Saya rasa saya tak boleh jadi putih, berambut lurus or six pack semata-mata sebab seseorang yang tak boleh terima saya seadanya. Apa kata kita break-up dan awak tolong ar cari lelaki sempurna yang punya ciri-ciri idaman yang tak ada pada saya. Sekian, terima kasih" then blah..
Aku rasa minda kita dah terlalu lama dibrainwash ngan idealogi-idealogi 'kesempurnaan' melalui media-media masa terutama dari TV melalui iklan, drama and film. Iklan krim pencerah kata kalau kulit gelap dan kusam so tak ada orang suka. Iklan shampoo kata rambut kerinting tu tak cantik. Heroin drama body cam patung Barbie walaupun bawak watak minah kampung. Hero lak asyik-asyik tayang body ngan perut six pack. Kalau nak propose kena buat itu ini baru betul. Majlis kawen kena grand-grand cam dalam Nona. Anak berselera makan bila letak perasa tambahan etc.
Disebabkan kita dah didodoikan ngan benda tu since dari saat kita kenal dunia so kita sedikit sebanyak dah meresap benda tu as part of us. Nak masak mesti tabur ajinomoto or perasa itu ini. Kalau tak nanti makanan tak sedap. As emak aku kata lagi: hanya orang yang tak yakin or tak pandai masak jer guna benda tu. Lagipun mana sedap makanan letak benda tu. Rasa artificial jer.
Sama cam girl sekarang ni gi mana-mana mesti tacap make-up. Kalau tak tacap then rasa diri tak cantik lak. Aku rasa matlamat make up ni sama jer cam ajinomoto. Khas untuk mereka yang tak yakin diri mereka cantik jer.
Lelaki lak gi gym, tambah itu ini dan bila dah rasa diri tu berketul sikit lalu ambik gambar shirtless depan cermin toilet. Leh tak aku nak muntah please..!!
Disebabkan kita dah terlalu mencari ciri-ciri kesempurnaan pada diri manusia menjadikan kita lupa ketidaksempurnaan juga ialah satu yang indah. Tapi kita dah lupa pada semua benda tu. Even kita malu lak pada ketidaksempurnaan tu.
Sorang kenalan ni pakai braces pada giginya. Aku rasa sedih lak. Dia mulai rasa giginya tak cantik. Sebab ramai yang kata giginya tak kemas, tak tersusun..., tak macam orang lain. Mungkin dulu dia tak peduli tapi sebab ramai manusia yang hanya melihat kesempurnaan mulai bagi komen itu ini, akhirnya dia goyah. Dia mengalah. Dia hilang keyakinan diri. Dia cuba menyempurnakan dirinya.
Aku rasa sedih. Dulu aku mencintai ketidaksempurnaannya. Ketidaksempurnaannya terlalu indah untuk aku. Tapi ketika dia dah jadi 'sempurna' pada pandangannya, lalu dia jadi biasa-biasa pada aku. Sebab kesempurnaan itu hanya milik tuhan yang satu. Hmmm
p/s: selamat pengantin baru untuk pok cik Fakrurazzy yang berambut kembang dan cik Jijah. Semoga bahagia sampai syurga.
No comments:
Post a Comment