Wednesday, February 9, 2011

Makanan Exotik

Apa makanan yang paling exotik yang korang pernah makan? Kalau korang setakat kata sate arnab, telur burung unta or seangkatan tu rasanya belum tahap exotik sangat r. Or kalu korang jawab kerang, siput sedut or seangkatan then itu kategori makanan erotik aka makanan menaikan nafsu shawat. Then teringat sorang kawan aku pernah makan BIAWAK MASAK KURMA: membuatkan aku terfikir tentang haiwan berkepala dinosour tu berkolaborasi ngan masakan selalu makan masa raya bukanlah dishes yang aku akan cuba.. Hmmm..


Since previous years ramai pelancong asing dari serata tempat di dunia datang ke kampung aku. Bukan nak jumpa aku tapi sebab kampung aku sekarang dah ada homestay. Ada dari Amerika, ada dari Brazil, ada dari China, ada dari Jepun etc. Tapi antara pelawat yang paling kerap ialah dari Korea. Walaupun aku suka layan cerita Korea tapi sepatah haram aku tak pernah faham ayat yang keluar dari mulot-mulot beliau itu. Tapi nak dijadikan cerita ni aku dan ALONG aka abang aku selalu r bukan lawak berbaur separa racism bila tengok diaorang ni.

Lawak tu berbunyik sebegini r: 
Musti pelawat dari Korea hairan dan geram setiap kali berada kat kampung kami ni. Kampung kami ni bukan sahaja cantik pemandangan ngan gunung ganang, pantai, hutan etc malah masyarakatnya sangat berbudi bahasa sebab membiarkan makanan berkeliaran  di jalan raya. Makanan  di sini merujuk kepada kucing dan anjing yang banyak di kawasan kampung kami. So kami tambah lagi jika suddenly kucing peliharaan jiran kami hilang masa tu then tahu r siapa yang ambik dan kat mana kucing tu berada waktu tu. 

Buat yang tak faham lawak ni: Dude, Korean eat cat and dog aka cat and dog are their foods. Tamat.







Realitinya motif aku kuarkan post ni bukanlah untuk cerita tentang biawak masak kurma, kucing masak barbeque, anjing  masak merah or what ever makanan pelik-pelik tu. Tapi sebaliknya tentang makanan apa yang korang pernah makan dan korang sangat rindu nak rasa benda tu lagi walaupun realitinya makanan tu berlambak kat kedai makan kat luar tapi rasanya tak sama cam apa yang korang pernah rasa dulu.

Tapi aku makan nasi lemak yang dibawa balik oleh ANGAH, my sis dari tempat kerja. Sejujornya nasi lemak ialah antara makanan yang aku suka makan tapi each time aku kat kedai makan then percaya r yang aku tak akan order nasi lemak. Entah kenapa bila masuk bab makanan ni aku ialah seorang yang sangat pemilih. Sebab sekarang ni bila makan nasi lemak kat kedai-kedai rasanya bukan cam nasi lemak yang dah disetkan dalam kepala hotak aku.

Nasi lemak yang ada kat kedai sekarang ni ada yang nasinya tak ada rasa lemak, ikan masinnya tak masin, sambalnya penuh minyak dan tak pedas or sikit sangat, dan serubi satu tak kena. Lebih SUCKS bila semua dah cam okey  ttiba service kat kedai tu plak yang cam SIAL.

Cuma part yang bagi aku tak best yang selalu berlaku pada aku ialah apabila aku ttiba teringin nak makan sesuatu. Contoh cam last few week aku ttiba nak makan banyak benda yang dah lama aku tak makan iaitu Nasi Ayam, Mee Jawa, Rojak Ayam, Mee Kolok dan Nasi Ayam Penyet. So pergi satu kedai ni dan order r. Bila dah sampai duh rasa itu tak kena r, rasa ini tak kena r, sup rasa air kosong r, kuah rasa ajinomoto jer lebih, ayam sangat kering etc. Then try kat kedai lain rasa tak best gak sehingga aku give-up nak cari kedai tersedap ni.

Bila aku kata kat kekawan yang aku most refer lepak and makan kat Fast Food Restaurant then ada r kata yang aku ni belagak tak nak makan kat kedai-kedai biasa. Bukannya apa sebab rasanya tak cam apa yang aku nak. Ia lebih kepada rasa AJINOMOTO yang SESEDAP RASA cam tu jer. Makan itu ajinomoto, makan ini ajinomoto dah rasa cam suap ajinomoto dalam mulut jer. Bila fikir-fikir balik ada ke tak sekarang kedai yang masak guna ramuan asli tanpa ajinomoto ek? Rumah aku tak guna benda tu r...






Dalam otak aku ada set 1 rasa ni: rasa makanan yang sedap yang sepatutnya.











Tapi nak tak nak kena akui yang nasi lemak tersedap yang pernah aku makan mestilah EMAK aku yang buat sebab sambal ikan bilis yang emak aku masak tu sangat-sangat pedas dan boleh ditambah tanpa had. Dan Ayam Masak Merah paling sedap plak dimasak oleh my aunt: UDAK. Hmmm...

No comments: