Thursday, February 24, 2011

The Other Ghost Story (Babak 2)

ALONG aku pernah share satu cerita ni semasa dia belajar di Sekolah Menengah Alam Shah (SAS) dulu. Dia masuk ketika aku before tadika lagi kalu tak silap. Dia cerita plak sekitar before aku masuk universiti. ALONG aku dan kekawan gila dia buat satu cerita hantu tentang sekolah tu. Tapi ketika aku di zaman universiti plak ada sorang kawan (bekas student SAS gak) lepak dalam bilik aku dan share cerita sama ngan beberapa penambahan. Membuatkan aku tersenyum sesorang sambil kata dalam hati: cerita dongeng yang ALONG dan kekawan dia reka dulu dah jadi urban legend setelah berbelas tahun berlalu. Hmmm..


So today aku nak share ngan korang how to create and become a good ghost storyteller yang the end cerita korang akan jadi urban legend dan akan terus jadi bahan perbualan masyarakat walau berpuluh-puluh tahun dah berlalu. Cool isnt apabila as masa berlalu ttiba ko dengar orang still heboh sebarkan cerita yang asalnya just cerita dongeng dari mulot ko jer, Hmmm.. 

Beberapa perkara yang korang perlu fikirkan before korang start make a story ialah:

1. TARGET MARKET
Kalau korang nak cerita tentang hantu kat rumah nenek korang then hanya orang kampung korang sahaja yang akan tahu or worst jiran sebelah rumah nenek korang sahaja yang akan tahu. Sama gak kalau nak cerita tentang sekolah korang then bbudak sekolah korang sahaja r yang akan tahu. Plus tengok umor market gak. Kalau share hantu sekolah tadika then bbudak tadika je r yang akan takut. Kedian bangsa. I used to tanya kawan Cina pendapat mereka tentang hantu then mereka kata hantu yang mereka percaya hanya hantu yang melompat-lompat yang sering kita tengok kat cerita Cina zaman dulu tu jer. Dan mereka kata hantu tu pun dah pupus ikut peredaran zaman. So market yang salah r.

Contoh terbaek cam rumah berhantu kat Seksyen 2 Shah Alam: students UiTM jer satu tahun ada berapa ribu kemasukan, each of the student perlukan rumah sewa dan Shah Alam lokasi yang besar ngan penduduk yang agak banyak. Umor remaja dan dewasa ialah khalayak paling banyak plus bangsa Melayu ialah bangsa yang paling mudah percaya dan memperbodoh dan diperbodohkan dengan perkara ni. So topik cerita tu ngan lokasi yang semua kenal, umor yang sesuai dan bangsa yang fanatik ngan hantu akan jadi sangat global dan meluas target marketnya sebab ramai yang akan tahu dan boleh relate each time korang bercerita.


2. PROPS & SETTINGS
Apa perkara yang each time orang sebut akan membuatkan ko terus ingat tentang hantu? Rumah tinggal, pokok ara, tandas sekolah, busut, sekolah asrama, perempuan cantik malam-malam baju putih rambut panjang, bunyi burung hantu, batu nesan, anjing meraung-raung tengah malam, kain kapan, kawasan perkuburan. Isn it terlalu tipikal. So bila korang kata kat Seksyen 2 Shah Alam tu ada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan. Kat sebelah dia ada pokok ara besar dan belakang rumah tu ada bust. Then ramai r yang akan start sambung balik "Betul r, aku pun pernah belajar kat sana. Betul ada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan" Dan si B pulak sambung "Kat pokok ara tu aku nampak sorang girl baju putih bla bla bla" dan bertambah-tambah panjang. Korang hanya perlu masukan bahan dan latar yang betul untuk start sesebuah cerita.

Bak kata bijak pandai: the best way to telling a lie is by not telling a lie at all. Katakan kalau korang buat cerita korang berada kat kawasan berpadang pasir ttiba ada cahaya terang dari langit terbang dan landing depan korang then sapa nak percaya sebab berapa ramai sangat rakyat Malaysia pernah pergi padang pasir dan berapa sangat orang kita yang pernah claim kena culik oleh alien? Or korang jumpa video yang ada kasi pelik cam girl keluar dari perigi then suddenly ada call kata ko hanya akan hidup kurang 7 hari jer. Dude, that movie r. 


3. PROMOTION
As ada sorang orang yang perasan omputeh kata kat aku "Apa yang menjadikan Levi's jeans berjaya sekarang? Jawapanya a good promotion" Realitinya korang sendiri sedarkan yang banyak syarikat-syarikat lain yang hasilkan denim jauh lebih hebat dari Levi's dari still ramai yang claim kata Levi's jauh lebih berkualiti tinggi. Even kalau tak dapat Levi's asli then yang tiruan pun tak kisah. Betapa kuatnya kuasa promosi yang hebat. Sama gak kalau korang ada cerita yang maha dasyat bagus sekalipun tapi link yang akan tolong menyebarkan cerita korang tu hampages, tak menjadi wei.

Contoh kalau korang share cerita korang ngan a group of ulat buku yang purata setahun mereka hanya akan buat kawan kurang 5 orang jer then korang still nak harap cerita korang akan tersebar luas ker? Kelahiran akan datang pun orang tak akan pernah dengar cerita korang.

Korang perlukan mamat-mamat/minah-minah yang fanatik takut ngan hantu tapi suka cerita hantu dan kenal ramai orang dan dia jenis kaki banyak mulut. Kalau bertuah jumpa orang macam tu percayalah yang korang tak perlu ramai promoter. Ko just share pada dia then kurang 24 jam cerita korang dah heboh satu bandar. Siap ngan unsur penambahan yang tak masuk dek akal lagi. Kira bonus r tu.

Plus pada zaman teknologi canggih manggih ni bertambah mudah r kerja promosi korang. Kan?











So amcam korang dah ready menjadi seorang great ghost storyteller yang seterusnya akan membentuk urban legend baru yang akan digeruni generasi akan datang?

Kalau korang Islam then percayalah yang each kebaikan yang korang share then disebar maka ia akan dikira as pahala untok korang sama gak ngan cerita karut marut yang tak ada faedah ni. Korang ada otak then fikir sendiri r either nak generasi akan datang membesar ngan tahyul mahyul atau sebaliknya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Wakaka

No comments: